5/05/16

Awas Pewangi Kereta Sebabkan Kanser Paru Paru





Syarikat pengeluar Dettol memohon maaf kerana menyebabkan penyakit paru2 yg tidak diketahui puncanya. Kurangkan penggunaan bahan2 kimia sentetik. Saya tidak hairan jika ramai pesakit kanser paru2 skrg. Byk bhn kimia yg digunakan sbg penyegar dlm kereta, bilik tidur dan di tempat kerja.

Kesemua produk didapati mengandungi salah satu daripada bahan kimia terbabit pada paras tertinggi dengan phthalates - bahan mengganggu sistem endokrin (EDS) - terkandung dalam empat daripada enam produk tersebut.

Pendedahan dalam tempoh yang lama kepada EDS boleh menjejaskan sistem imun dan otak.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pengguna-pengguna Standard Malaysia, Ratna Devi Nadarajan yang menjalan ujian itu, EDS boleh menyebabkan lelaki berkelakuan lebih feminin dan sebaliknya.

"Ia juga boleh membantutkan perkembangan organ-organ penting dan menyebabkan keguguran. Tahap kerosakan, bagaimanapun, bergantung kepada kesihatan individu, dengan wanita hamil dan kanak-kanak berdepan risiko tinggi," katanya.



Ratna berkata sesetengah penyegar udara ditemui mengandungi campuran beberapa jenis phthalates yang jauh lebih berbahaya.

Dua daripada penyegar udara ditemui mengandungi toluena yang boleh merosakkan hati, buah pinggang dan otak jika terdedah terlalu lama kepada produk itu.

Persatuan itu turut menemui penyegar udara buatan tempatan mengandungi bahan kimia yang tinggi iaitu toluena dan tiga jenis phthalates.

Ratna menjelaskan kebanyakan orang di luar sana terutama di kawasan bandar menghabiskan beberapa jam dalam kereta setiap hari, menghidu bahan kimia dari penyegar udara itu.
"Sekurang-kurangnya, bahan kimia ini boleh menyebabkan sakit kepala, loya dan kemurungan," katanya.

Apabila berada dalam persekitaran yang terhad seperti di dalam kereta dengan udara segar yang amat sedikit, beliau berkata bahan kimia itu lebih berbahaya.

Ratna berkata mereka masih menunggu data mengenai had dan praturan penyegar udara dari pengawal selia tempatan serta negara-negara lain untuk melakukan perbandingan.

Beliau menasihatkan para pengguna untuk mengelakkan penggunaan penyegar udara terlalu kerap dan memilih pengudaraan secara semula jadi dan mementingkan kebersihan di rumah. Ratna mencadangkan alternatif semula jadi seperti daun pandan, serai dan arang.

So sekarang nie terlalu banyak kita terdedah dari pencemaran..untuk elakkan demikian,Apa kata kita letak daun pandan dalam kereta..Mestilah wangi kan...kalau dalam rumah kita buat bunga rampai..wangi kan..

Dipatuk ular, apa yang kita perlu buat?



 

Apakah yang anda harus lakukan jika dipatuk/digigit ular atau apabila anda syak anda dipatuk ular? Lakukan langkah-langkah berikut:

1. Pertama sekali anda mestilah bertenang. Jangan panik! Pastikan anda menjauhi ular tersebut dan cari tempat yang selamat. JANGAN PANIK! Hanya 18 dari 140 spesies ular Malaysia yang berbisa! Dan jika pun anda dipatuk oleh ular yang berbisa tidak semestinya ia menyebabkan kematian kerana majoriti dari gigitan ular adalah ‘dry bites’.

2. Pada masa yang sama, cuba cam kan rupa, ciri2 dan warna ular tersebut bagi tujuan pengesahan spesies di hospital nanti. Di era moden ini, sila ambil gambar ular tersebut dgn smart phone (jenama mesin basuh pun boleh, tak semestinya iPhone wink emoticon

3. Jangan mengikut adegan dalam cerita Hindi atau Tamil dengan memotong atau menghisap tempat gigitan ular tersebut! Ia sama sekali tidak membantu malah boleh menyebabkan kecederaan tisu menjadi lebih teruk! Juga boleh menyebabkan bisa ular merebak dgn lebih cepat di dalam tubuh pesakit akibat dikolom ganas oleh anda wink emoticon. Bisa ular di dalam badan mangsa akan segera merebak ke dalam saluran limfa dan adalah mustahil utk manusia menyedutnya semula.

4. Dapatkan bantuan segera. Anda boleh membuat panggilan kecemasan ke talian 999 untuk tujuan ini. Jika anda mempunyai rakan atau saudara dan tidak mahu menunggu, segera pergi ke hospital terdekat dengan anda.

5. Kurangkan pergerakkan pada anggota yg dipatuk ular. Memasang anduh atau splint utk mengurangkan pergerakkan adalah amat membantu.

6. Jangan ikat atau pasang torniquet pada anggota badan yg dipatuk ular! Ia tidak membantu merencatkan penyebaran bisa ular. Malah ia menambahkan kesakitan dan jika dibiarkan terlalu lama boleh merosakkan anggota yg terlibat akibat sekatan bekalan darah!

ketahui jenis patukan ular

7. Kurangkan pergerakkan mangsa seminima yg boleh. Kekal bertenang sepanjang masa. Ini adalah penting kerana degupan jantung yg laju dan pergerakkan badan yg keterlaluan akan menyebabkan merebaknya bisa lebih pantas dan mungkin menyebabkan ganguan sistemik. Atas sebab ini juga elakkan pesakit terdedah kepada agen2 yg boleh mempercepatkan degupan jantung seperti minum kopi, minuman beralkohol dan rokok.

8. Cuci luka patukan ular itu dengan air yang bersih tanpa menyental atau menggosok2 lukanya. Juga, anggota yg dipatuk ular berkemungkinan akan bengkak akibat bisa ular tersebut. Oleh itu tanggalkan cincin, jam tangan, gelang dll yang mungkin akan tersangkut kelak akibat bengkak yg keterlaluan. Ini juga akan mengganggu pengaliran darah.

9. Jika ular sudah dibunuh, boleh bawa bangkai ular tersebut ke hospital bagi tujuan pengecaman spesies. Ini adalah penting bagi memastikan anti-venom yg tepat dapat diberikan seandainya perlu.
Harus diingat, berhati2 menguruskan bangkai ular tersebut. Walau ia telah mati, kita masih boleh terdedah kepada bisanya seandainya jari kita tertusuk pada taring ular tersebut.

10. Rawatan lanjut akan diberi oleh Pakar Perubatan Kecemasan di Hospital anda.

11. Tidak semestinya setiap gigitan ular memerlukan ubat Antivenom!
DIGIGIT ULAR TIDAK BERMAKNA WAJIB MENERIMA ANTIVENOM!!!

12. Antivenom perlu diberikan hanya pada kes2 yg memenuhi kriteria ketat envenomasi (systemic atau severe local). Ini adalah kerana antivenom itu sendiri mempunyai risiko komplikasi dan kesan sampingan terhadap pesakit dan tidak boleh diberikan sebarangan.

13. Keputusan memberikan ubat antivenom ini hanya akan dilakukan oleh Pakar Perubatan Kecemasan setelah dinilai dengan teliti berdasarkan ilmu dan pengalaman mereka bagi mengurangkan risiko seminima mungkin buat mangsa gigitan ular.

‪#‎KESIMPULAN‬:

1. Cuba utk sentiasa bertenang jika digigit ular.

2. Kurangkan pergerakkan seminima mungkin. Pasang anduh jika perlu.

3. Dapatkan bantuan segera utk ke hospital. HUBUNGI 999 tanpa segan silu.

4. Sila cam kan rupa ular bagi tujuan pengesahan spesies di hospital untuk memudahkan strategi rawatan. Setiap jabatan kecemasan akan mempunyai album dengan galeri gambar ular bagi memudahkan pesakit mengecam jenis ular yg menggigit mereka.

5. Kaedah merawat gigitan ular memang mengambil pendekatan tunggu dan lihat. Pemerhatian utk kesan envenomasi secara teliti adalah amat mustahak. Jika anda menunggu lama dan mahukan penjelasan sila bertanya kepada doktor atau kakitangan yg bertugas.

p/s:

APA YANG ANDA JANGAN LAKUKAN:

Tolong jangan berselfie ketika mengambil gambar ular tersebut.

Sumber : fb/Penolong Pegawai Perubatan 
Dr Abdul Rahman Abdul Kadir
Pakar Perubatan Kecemasan


3/05/16

Sejarah kesultanan Melayu Pahang

Pahang adalah negeri yang terletak di bahagian tengah membawa ke timur Semenanjung Tanah Melayu. Ia bersempadan dengan Laut China Selatan di timur, negeri Kelantan dan Terengganu di utara, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan di barat, dan Johor di selatannya.


Kesultanan Melayu PahangKesultanan Melayu Pahang
Pahang merupakan negeri yang terbesar dengan gunung tertinggi dan sungai terpanjang di bahagian Semenanjung Tanah Melayu (Malaysia), merupakan negeri yang tertua selepas Patani (sekarang dalam wilayah Thailand), iaitu lebih tua dari Melaka. Di zaman silam, kerajaannya meliputi hujung tanah hingga ke Singapura. Rajanya juga mempunyai talian persaudaraan melalui perkahwinan dengan Parameswara, iaitu Raja yang pertama membuka Melaka.

Walaupun kerajaan di negeri Pahang telah lama wujud, namun corak pemerintahan Kesultanan Melayu Islam di negeri Pahang wujud selepas terbentuknya Kerajaan Islam di Melaka. Sultan Pahang yang pertama adalah putera kepada Sultan Mansur Shah, Melaka (c.1470 M).

KESULTANAN MELAYU PAHANG

Pada umumnya Kesultanan Melayu Pahang dibahagikan kepada beberapa peringkat. Peringkat pertama, apabila pemerintahan Siam di Pahang telah diserang dan diambil alih oleh kerajaan Melaka. Maharaja Dewa Sura telah ditawan dan dibawa ke Melaka, puterinya, Puteri Onang Seri telah dikahwini oleh Sultan Mansur Shah berputerakan Raja Muhammad dan Raja Ahmad.

Berlakulah peristiwa di mana anak Bendahara Paduka Raja Tun Perak yang bernama Tun Besar sedang bermain sepak raga telah dibunuh akibat ditikam dengan sebab telah menjatuhkan destar Raja Muhammad yang sedang berkuda. Pertelagahan kedua-dua keluarga segera ditegah oleh Bendahara Tun Perak dengan katanya yang masyhur “Nyiah! Nyiah kamu semua, nyiah kerana istiadat hamba Melayu tiada pernah derhaka. Tetapi akan anak raja seorang ini janganlah kita pertuan”. Lantaran peristiwa itu, Raja Muhammad telah ditolak dari bumi Melaka dan dirajakan di Pahang sebagai sultan yang pertama, bergelar Sultan Muhammad Shah (c. 1470). Makam baginda terdapat di Dusun Pinang, Pahang Tua, Pekan (c. 1475).

Raja Ahmad menyusul menjadi Sultan Pahang setelah kemangkatan Sultan Muhammad Shah. Dari keturunan baginda kedua inilah wujudnya dinasti pertama Kesultanan Pahang dari Kesultanan Melaka sehinggalah ke Sultan Abdul Ghafur Mohayuddin Syah. Dinasti ini tamat di negeri Pahang setelah Sultan Abdul Ghafur Mohayuddin Syah dan anakanda baginda, Raja Muda Abdullah dibunuh oleh seorang anggota keluarganya yang turut menerima hukuman yang sama (c. 1614). Makam keluarga diraja ini terdapat di Makam Chondong, Padang Buluh, Pekan.

Berikutnya, kesultanan di Johor telah mengambil alih pemerintahan di Pahang tetapi telah diserang oleh kerajaan Acheh di bawah pemerintahan Sultan Iskandar Muda (Mahkota Alam). Kerajaan Acheh juga melanggar Johor Lama khususnya di Batu Sawar membawa bersama Sultan Alauddin Ri’ayat Shah serta Bendahara Paduka Raja Tun Mohamad atau dikenali juga sebagai Tun Seri Lanang bersama-sama puluhan ribu rakyat Johor dan Pahang ke Acheh. Seorang Puteri Pahang, Puteri Kamaliah dan anak saudaranya Raja Mughal, putera kepada Raja Ahmad turut dibawa ke Acheh. Puteri Kamaliah dikahwini oleh Sultan Iskandar Muda dan terkenal dalam sejarah dan puisi (nazam) di Acheh hingga hari ini sebagai Putroe Phang. Raja Mughal dijadikan anak angkat dan menantu kepada Sultan Iskandar Muda dan kemudiannya diangkat sebagai Sultan Acheh bergelar Sultan Iskandar Thani (1638-1641). Setelah kekuasaan Acheh bertambah reda di Johor dan Pahang dengan kemangkatan sultan serta ketiadaan zuriat Sultan Pahang, maka Pahang telah diletakkan di bawah satu wilayah pemerintahan berpusat di Johor dan Pahang diletak di bawah jagaan Bendahara. Pada masa ini, dinasti Kesultanan Negeri Pahang yang berpusat di Johor adalah dalam dinasti yang sama iaitu keturunan dari Sultan Melaka yang berasal usul dari Sultan Muhammad Shah hingga ke Sang Nila Utama, raja yang bermula di Palembang turun ke Bentan, Singapura dan membuka kerajaan di Melaka.

Pemerintahan dinasti ini berakhir dengan mangkatnya Sultan Mahmud Shah ke-2 di Kota Tinggi pada Ogos 1699 dibunuh oleh Laksamana Bentan Megat Seri Rama. Sultan Mahmud Shah ke-2 atau Marhum Mangkat Dijulang tidak mempunyai zuriat, maka telah digantikan oleh keluarga dan keturunan yang terkanan dan yang terdekat iaitu keluarga bendahara, Bendahara Paduka Raja Tun Abdul Jalil. Bendahara Paduka Raja Tun Abdul Jalil bergelar Sultan Abdul Jalil Ri’ayat Shah ke-4 (Marhum Mangkat di Kuala Pahang), adalah anak kepada Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid.

Dinasti ini kekal terus memerintah Kerajaan Johor-Riau-Pahang. Pada penghujung pemerintahan kerajaan ini, Raja bersemayam di Riau (Bentan), Bendahara di Pahang, Temenggung di Johor, dengan masing-masing mempunyai kuasa mutlak dalam pemerintahan, kecuali dalam pelantikan baru Bendahara dan Temenggung dari kalangan zuriat masing-masing. Akibat campur tangan Belanda dan British melalui Perjanjian Inggeris-Belanda pada tahun 1824, hilanglah kekuasaan Riau ke atas wilayah Johor dan Pahang. Maka, Pahang dan Johor telah menjadi negeri berdaulat dan seterusnya melantik pemerintahan wilayah masing-masing sebagai sultan.

Pada 6 Ogos 1882, Sultan Ahmad Al-Muadzam Shah bergelar Sultan Pahang yang pertama. Baginda telah mengalahkan kekandanya Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir melalui perang saudara kerana perselisihan keluarga dan menyebabkan rakyat Pahang berpecah-belah untuk seketika. Semasa berundur ke Johor, Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir dan anakandanya Tun Koris telah meninggal dunia di Sedili pada bulan Mei 1863. Wan Ahmad kemudiannya dilantik sebagai Bendahara Siwa Raja dan bergelar sultan pada 6 Ogos 1882. Maka dari zuriat sultan inilah kekal sebagai pemerintahan Kesultanan Pahang hingga hari ini.

Sumber : dirajapahang