12/12/16

Pawang Nong pawang terkenal Pahang


Bedir buluh dan senapang terung manggor ialah antara pemainan tradisi warisan Ulu Cheka, Jerantut, Pahang. Permainan perang, tembak menembak ini menggunakan ‘peluru’ buah cenderai, gumpalan kertas basah atau terung manggur untuk menghidupkan suasana seperti pertempuran di zaman perang. Permainan ini amat disukai kanak-kanak, umpama mewarisi jejak kepahlawanan nenek moyang mereka yang pernah bertempur dengan musuh di zaman sebelum kemerdekaan dan darurat.

Pada tahun 2007, selama lima hari empat malam penduduk Ulu Cheka meraikan sambutan 100 tahun kewujudan kampung itu dan mengenang jasa pahlawan yang membukanya - Nong Taib bin Santan. Allahyarham disanjung kerana beliau pahlawan terbilang, sahabat kepada Mat Kilau dan Tok Bahaman. Dilahirkan pada tahun 1882, beliau meninggal dunia pada 1977 meninggalkan isteri dan 11 orang anak serta cucu cicit yang rata-ratanya penduduk Kampung Ulu Cheka.

 Nong Taib atau digelar Pawang Nong kerana kepakarannya mengubati penyakit secara tradisional, bersama tujuh rakan, telah membuka Kampung Ulu Cheka pada 1907,dan dilantik sebagai Ketua Kampung pertama sehingga tahun 1966. Kini seorang daripada cucu saudaranya mewarisi kepimpinan beliau sebagai Ketua Kampung Ulu Cheka, Nazri Che Husin, 49. Silat Menurut Nazri, Nong Taib adalah pendekar Silat Cekak. Ramai orang Melayu ketika itu datang belajar ilmu silat dengannya.

 Menurut Nazri , beberapa kali datuk saudaranya itu hendak ditangkap askar Jepun tetapi Nong Taib dapat meloloskan diri. Mengikut cerita orang tua-tua beliau berjaya ‘memagari’ Kampung Ulu Cheka daripada dicerobohi tentera Jepun dan pengganas komunis. Pengaruh komunis juga tidak dapat menembusi kampung ini kerana penduduk Kampung Ulu Cheka amat bersatu padu di bawah kepimpinan Nong Taib yang menubuhkan pasukan kawalan Home Guard dan polis simpanan semasa zaman darurat.

 Atas kebijaksaanan beliau ketika itu, penduduk Kampung Ulu Cheka tidak dipindahkan dan mereka dibekalkan senapang patah untuk menentang pengganas komunis. Penduduk kampung telah menentang komunis sebanyak tiga kali, malangnya ada penduduk kampung yang terbunuh. Jasa Pahlawan Nong Taib juga terlibat dengan Peperangan Perlok, menentang komunis di Maran, Pahang.

 Menurut seorang guru, Jamlus Mat Zium, kisah peperangan ini disebut di dalam buku bertajuk ‘Askar Melayu 50 Tahun’, tulisan Tan Sri Abdul Samad Idris terbitan Pustaka Budiman Sdn Bhd. Ketokohan Nong Taib terserlah apabila beliau berjaya menyelamatkan seorang pembesar negeri yang ditahan komunis di Tong Kiat, Maran pada 1945. Selepas peristiwa itu beliau diisytiharkan sebagai Pawang Diraja oleh Sultan Pahang. Seribu satu kisah legenda ini dicerita berulang kali oleh orang tua-tua di kampung ini yang memuji semangat kepahlawanannya dalam menentang askar Jepun dan pengganas komunis.

 Sebagai menghargai jasa seorang pejuang, Nong Taib diberi pengiktirafan menerima pingat British Empayar Medal (BEM) yang dihantar sendiri oleh Jeneral Sir Gerald Templer selain menerima pingat Ahli Mangku Negara (AMN) dan Pingat Jaksa Kebaktian (PJK) daripada kerajaan persekutuan serta Pingat Kelakuan Terpuji (PKT) daripada Pahang. Nong Taib menerima pingat British Empayar Medal (BEM) semasa pemerintahan Inggeris.-fotoBERNAMA Sebagai penghormatan kepada Nong Taib, Sekolah Kebangsaan Ulu Cheka ditukar nama kepada Sekolah Kebangsaan Pawang Nong dan satu lagi usaha mengenengahkan jasa beliau ialah apabila Majlis Daerah Jerantut menamakan sebuah bulatan sebagai Bulatan Pawang Nong dan satu persimpangan sebagai simpang Pawang Nong.

 Penduduk Menyambut Merdeka Semangat kental warisan pahlawan Nong Taib mengalir di dalam jiwa penduduk Ulu Cheka untuk terus menyemarakkan semangat patriotik. Saban tahun diadakan sambutan hari kemerdekaan dengan pelbagai aktiviti. Penduduk Ulu Cheka berusaha mengekalkan semangat nasionalisme dalam generasi muda dengan membudayakan amalan pengibaran Jalur Gemilang di bulan kemerdekaan saban tahun sehingga menjadi tradisi yang menaikkan semangat cintakan negara.

 Adakalanya anak-anak muda menyertai konvoi bermotosikal membawa Jalur Gemilang mengelilingi kampung atau mengambil bahagian dalam Larian Kemerdekaan. Acara larian penuh meriah ini disertai semua golongan kerana pelbagai kategori disediakan. Pertandingan mewarna Jalur Gemilang dalam kalangan kanak-kanak turut diadakan manakala pertandingan menyanyikan lagu-lagu patriotik dianjurkan untuk golongan dewasa.

Memandangkan tahun ini, bulan kemerdekaan disambut di bulan Ramadan dan Aidilfitri, maka tidak banyak aktiviti diadakan. Jika tidak, persembahan puisi , nasyid dan kuiz berkaitan kemerdekaan, turut diadakan. Bagi merapatkan silaturrahim penduduk kampung juga bergotong royong membersihkan persekitaran kampung dan acara sukaneka merdeka turut diadakan. Selain itu juga aktiviti keagamaan seperti bacaan Yassin, sembahyang hajat dan doa selamat juga diadakan sempena bulan kemerdekaan bagi mengekalkan keamanan dan kesejahteraan kampung. Tahlil Perdana khas diadakan oleh penduduk kampung untuk Allayarham Nong Taib ketika sambutan Maulud Nabi, Aidilfitri dan sebagainya.


 Hari penghargaan tokoh juga turut diadakan sebagai menyanjungi orang kampung yang terlibat dengan zaman perang dan khidmat bakti seperti imam, ketua kampung dan sebagainya sempena sambutan hari kemerdekaan Semangat permuafakatan penduduk kampung yang begitu tinggi menyebabkan Kampung Ulu Cheka menjadi juara tiga kali berturut-turut pertandingan sambutan bulan kemerdekaan peringkat daerah manakala pernah menjadi juara peringkat negeri Pahang pada 2006. Galeri Jasamu Dikenang Sebuah bilik sementara dijadikan galeri ‘Jasamu Dikenang’ di Sekolah Kebangsaan Pawang Nong, Ulu Cheka.

Galeri ini menyimpan koleksi pahlawan seperti pakaian silat, gambar-gambar lama dan sebagainya milik Nong Taib dan penduduk lain yang pernah berjasa. Ketika sambutan 100 tahun Kampung Ulu Cheka lima tahun lepas, penduduk kampung berjaya mengumpul lebih kurang 260 artifak, tetapi peralatan ini dikembalikan semula kepada pemilik kampung kerana ketiadaan galeri untuk dijadikan tempat simpanan.

 Penduduk Kampung amat memerlukan sebuah galeri yang boleh menempatkan bahan sejarah ini untuk dijadikan rujukan generasi akan datang dan mengekalkan warisan turun temurun bagi mewujudkan generasi celik sejarah dan cintakan budaya bangsa di samping mengenang jasa pahlawan. Nazri berharap ada pihak tertentu terutama Jabatan Warisan Negara sudi menaja atau menyediakan galeri khas untuk menyimpan koleksi pahlawan, peralatan senjata, alat permainan, sejarah adat istiadat, peralatan memburu, herba dan contoh masakan tradisonal Ulu Cheka sebagai menzahirkan budaya Melayu tradisional yang boleh ditatapi, dikenang dan dipelihara generasi seterusnya. Selamat Ulang tahun ke-55 Malaysia. - BERNAMA

Hikayat pahlawan legend Pahang Mat Kilau



** LATAR BELAKANG MAT KILAU ** Imam Rasu atau Tok Gajah adalah ayah kepada Mat Kilau Ibu Mat Kilau adalah Teh Mahda iaitu anak kepada Tok Kaut, Burau.

Mat Kilau dilahirkan sekitar tahun 1865/1866 di Kg. Kendondong, Pulau Tawar, Jerantut Pahang. Mat Kilau dijaga dan dipelihara seperti kanak-kanak lain di kampung.


********************************************************************************************************************** ** ZAMAN KANAK-KANAK MAT KILAU **

 Mat Kilau diserah mengaji Quran dengan beberapa kanak-kanak lain.Mat Kilau mengaji dengan tekun hinggakan dia pandai membaca Quran dengan berbagai lagu.

Apabila tamat Quran Mat Kilau belajar berzanji dan diikuti denganberdikir Maulud.Setelah pandai berzanji dan berdikir Maulud,barulah Mat Kilau belajar berdikir rebana yang lebih terkenal sebagai ‘Dikir Pahang’. Oleh kerana suaranya merdu,maka jadilah Mat Kilau sebagai seorangpendikir yang terkenal di Pulau Tawar.


********************************************************************************************************************** ** HOBI MAT KILAU **

 Semasa kecil Mat Kilau suka bermain gasing.Oleh itu kerana mat Kilau pandai main gasing,maka dialah yang dijadikan jurumudi,iaitu orang yang memangkah terakhir.Apabila ada perlawanan main gasing seperti melawan pasukan Pedah di sebelah Hulu Atau Burau di sebelah Hilir, Mat Kilau dijadikan Ketua pasukan Kampung Masjid.

Setelah remaja,Mat Kilau mengambil bahagian di dalam permainan orang-orang dewasa iaitu berlaga buah keras.

Disebabkan dia seorang pemuda yang kuat kudrat,maka Mat Kilau dijadikan orang tukang hencang. Mengikut apa yang diketahui Mat Kilau tidak pernah menghencang tidak pecah. Dia jadi lebih terkenal sebagai penghencang buah keras apabila Sultan Ahmad (Sultan Pahang ketika itu ) sampai dan bersemayam di Pulau Tawar .

Mat Kilau juga gemar pergi berburu. Apabila ‘peran tua’ (ketua berburu) tidak berburu.Mat Kilau dijadikan peran.Akhirnya Mat kilau dijadikan Tok Peran. Sebagai pemburu Mat Kilau telah memperolehi banyak pengetahuan bersangkut paut dengan hutan.


********************************************************************************************************************** ** PERKAHWINAN MAT KILAU **

 Apabila berusia lebih kurang 20 tahun, Mat Kilau berkahwin dengan seorang gadis yang bernama Yang Chik binti Imam Daud, Kampung Kedondong, Pulau Tawar. Hasil perkahwinan ini Mat Kilau telah dikurniakan tiga orang anak.


********************************************************************************************************************** ** ILMU YANG DIPELAJARI **

 Setelah berkahwin barulah Mat Kilau belajar bersilat dan menuntut ilmu kebatinan. Mat Kilau bukan sahaja belajar bersilat sebagaimana sahabatnya yang lain,bahkan beliau lebih mendalami silat dengan menggunakan senjata seperti keris dan parang.

Tentang ilmu batin pula Mat Kilau banyak menuntut ilmu kepahlawanan hinggakan boleh menghilangkan diri.

Mat Kilau juga banyak menuntut ilmu daripada ayahnya sendiri iaitu Tok Gajah. Ilmu kebatinan secara agama banyak dituntutnya daripada Haji Osmanyang dikenali juga sebagai Haji Muntuk sebelum dia berpindah ke Pekan sebagai Mufti Negeri Pahang.

********************************************************************************************************************** ** SIKAP PERIBADI MAT KILAU **

 Mat Kilau mempunyai sifat-sifat pemimpin,maka beliau telah menjadi seorang pemuda yang sangat disegani dan dihormati. Mat Kilau mempunyai cara pemikiran yang matang.

Pada bula Oktober 1888 semasa Tok Gajah berada di Pekan, Hugh Clifford (Residen British di Pahang) telah datang ke Pulau Tawar dan berunding dengan anak Tok Gajah iaitu Mat Kilau itu sendiri. Ini menunjukkan Clifford mempercayai idea-idea Mat Kilau.

Mat Kilau menjadi seorang yang luas pandangan dan mendapat kepercayaan penuh dari masyarakat terutamanya bagi penduduk setempat. Mat Kilau juga merupakan seorang yang amat disegani.Ini bukan kerana dia adalah seorang anak orang yang berpangkat tetapi keranakejujurannya. Mat Kilau adalah seorang yang tegas malah dia bukan sahaja disegani bahkan amat dikasihi oleh pengikut-pengikutnya.

Pengikutnya terlalu ramai,tetapi yang diketahui namanya ialah Awang Nong,Teh Ibrahim,Mat Kelubi,Mat Ali (khatib), Awang (Imam) dan Mat Tahir.Mereka ini sanggup sehidup semati dengan Mat Kilau.


********************************************************************************************************************** ** KEMATIAN MISTERI MAT KILAU **

 Khabar yang menyatakan Mat Kilau mati tersiar di dalam akhbar-akhbar Inggeris yang diterbitkan di Singapura. The Straits Times dan The Free Press menyatakan “Ketua Pendehaka,iaitu Dato’ Bahaman telah jatuh ke tanang pemerintahan Siam pada bulan Oktober,1895“. The Free Press pula memberitahu bahawa “Mat Kilau telah melawan apabila hendak ditawan dan akibatnya dia telah cedera di muka dan di kepalanya.Luka-lika itu sangat parah dan dia telah mati di dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan banyak darah”.

Dengan tersiarnya berita kematian Mat Kilau oleh akhbar The Free Press keluaran 22 Oktober,1895,maka pada pendapat umum tamatlah sudah riwayat Mat Kilau.akan tetapi apa yang sebenarnya berlaku tiada diketahui kecuali beberapa oarang sahabatnya seperti Mustafa bin Awang Mat (Jusoh Rimau) ,Pendekar Tok Demali, Raja Ibrahim (Pak Him), Mat Kelantan dan beberapa orang lain.


 ********************************************************************************************************************** ** KEMUNCULAN SEMULA MAT KILAU **

Disebabkan Mat Kilau dicop sebagai ‘penderhaka’ oleh Inggeris, maka terpaksalah Mat Kilau mengasingkan diri dan berpindah dari satu tempat ke satu tempat dan akhirnya bermastautin di Batu 5, Jalan Kuantan-Gambang. Sejak 1930, Mat Kilau terpaksa menukar namanya buat beberapa kali dan akhirnya dia memakai nama Mat Siam. Pada Disember 1969, Tuhan menggerakkan hati Mat Kilau yang pada itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin Ibrahim, memperkenalkan dirinya yang sebenar. Untuk mengelakkan dirinya daripada menjadi tumpuan ramai, Mat Kilau bersetuju mengumumkan dirinya di kampung kelahirannya.



Atas daya usaha Omar Mat Kilau, pahlawan Melayu itu dibawa ke kampung asalnya iaitu Kampung Masjid, Pulau Tawar. Pada Jumaat 26 Disember 1969, Mat Kilau pergi ke masjid di Kampung Masjid untuk bersembahyang Jumaat. Selepas sembahyang, Mat Kilau membaca Quran dan kemudian mengisytiharkan dirinya sebagai Mat Kilau. Pengisytiharan itu menggemparkan orang ramai sehingga Kerajaan Pahang menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat. Jawatankuasa itu dibentuk pada 8 Januari 1970.

Beberapa orang ditemuramah bagi membuktikan bahawa Mat Siam itu adalah Mat Kilau. Setelah disahkan, pada jam 10.30 pagi Khamis, 6 Ogos 1970, Mat Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang, Raja Tan Sri Yahya Mohd Seh. Setelah empat hari pengumuman pengiktirafan terhadap dirinya dibuat, Mat Kilau meninggal dunia kerana uzur. Usianya ketika itu dipercayai 122 tahun. Dengan kematiannya itu, beliau tidak sempat menceritakan kisah perjuangannya lebih lanjut

11/12/16

Semua agama menyeru kebaikan


Semua agama menyeru kepada kebaikan, toleransi, keamanan. Tiada pun agama mengajak kepada penindasan, keburukan, kejahatan.

Jika anda Islam jadilah muslim yang baik, begitu juga Kristian, Buddha, Yahudi dan lain lain nescaya dunia akan aman.

Peace no war