4/06/17

Rumah atas air Sungai Pahang



Mengimbau kenangan rumah atas air di sungai Pahang. Gambar ini diambil di sekitar bandar Temerloh. Kini semua sudah tiada ditelan aru kemodenan.

Kerja berat di bulan Ramadhan

Seseorang yang kerja berat pada bulan Ramadan dibenarkan tidak berpuasa dengan syarat-syarat yang ketat seperti berikut :

1. Dia hendaklah terlebih dahulu mencari kerja ringan bagi membolehkannya berpuasa. Jika tiada pilihan melainkan terpaksa bekerja berat juga, dia diharuskan berbuka puasa jika berpuasa memudaratkannya. Puasa yang ditinggalkan wajib diqada.


2. Jika dia ada pilihan untuk kerja ringan yang tidak memudaratkannya, tetapi sengaja memilih untuk kerja berat, dia berdosa jika berbuka puasa kerana melakukan kerja berat itu serta wajib qada. 

3. Jika tiada kerja ringan yang boleh dilakukan kecuali terpaksa melakukan kerja berat, maka dia harus berbuka puasa kerana dalam keadaan ini, dia dihukum sebagai seorang yang uzur. Dia wajib qada puasa yang ditinggalkan itu. 

4. Orang yang bekerja berat wajib berpuasa terlebih dahulu. Dia hanya diharuskan berbuka puasa jika mengalami dahaga atau lapar yang bersangatan semasa sedang bekerja. 

5. Sekiranya kemudaratan akibat bekerja berat boleh menyebabkan kematian, maka dia wajib berbuka puasa. 

6. Seorang yang terus tidak berpuasa kerana alasan bekerja berat adalah berdosa dan dia wajib qada puasa yang ditinggalkan.

(Catatan Syeikh Ahmad Faisol Hj Omar)