13/02/19

Resepi sambal hitam Pahang lagi pedas lagi sedap!



Lagi pedas lagi pekat lagi sedapppp. Orang sekarang cakap merecikkkk..ia makanan kebanggaan orang Pahang.

Sambal hitam pembuka selera! Buat sendiri sedapp dan byk! Share la..

Bahan2

½ cawan belimbing buluh rebus [rujuk resepi cara2 merebus]
½  cawan cili padi (ikut kepedasan masing2)
2 cawan ikan bilis yang telah dikopek 
6 ulas bawang merah [3 ulas ditumbuk, 3 ulas dihiris nipis]
5 sudu besar kicap manis atau secukup rasa *Jika perlu, xletak pun x pe, hitam sbb belimbing tu. Kicap nak bg rasa lagi sedap.
garam & gula secukup rasa
1 cawan minyak masak

Cara2 Menyediakan

1. Sediakan terlebih dahulu belimbing buluh. Kuantiti belimbing buluh terpulang masing2.  Belimbing rebus ni boleh disimpan dalam peti sejuk sebagai stok. Jadi bolehlah rebus banyak2 & simpan stok.  Belimbing hendaklah dicuci bersih.  

Masukkan ke dalam periuk TANPA AIR dan renih dengan menggunakan api yang kecil.  Biar sehingga belimbing mengeluarkan jusnya sendiri & kecut.  

Selang seminit atau dua minit mesti dikacau supaya periuk tidak hangit.  

Biarkan sehingga belimbing mengecut & jusnya betul2 kering dengan api yang kecil sehingga warna belimbing bertukar menjadi gelap.  


PESANAN: jika nak guna untuk buat sekali je sambal ni.. memadai hanya rebus anggaran 10 biji belimbing sehingga belimbing bertukar warna coklat saja.  Tujuan merebus belimbing sehingga betul2 kering & gelap adalah untuk tujuan simpanan.

2.  Tumbuk cili padi sehingga halus.  Tumbuk 3 ulas bawang merah sehingga lumat. (3 ulas lagi dihiris nipis)  Tumbuk juga ikan bilis tetapi jangan terlalu lumat.  Tumbuk belimbing buluh juga separa lumat.

3.  Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang yang dihiris sehingga wangi.  

Masukkan bahan2 tumbuk sekaligus & tumislah sehingga bahan2 tersebut sehingga nampak agak kering & garing (agak lama juga).  

Tambahkan kicap manis, garam & gula secukup rasa. Biarkan sambal kering sedikit (seperti serunding gitu).  Bila dah garing tutupkan api lalu tolakkan sambal ke tepi kuali beberapa minit supaya minyak tos sebelum dihidang.  

Atau boleh juga angkat dan sejatkan sambal menggunakan penapis santan sebelum dihidangkan dengan nasi putih atau ketupat pulut.  

4. Sambal ini boleh disimpan lama & boleh buat banyak2 untuk simpan stok.   Boleh dihidang dengan apa saja juadah yang rasa sesuai dihati anda... Sedap yang teramattttt!!!



Sumber : google, resepi fesbuk,

#sambalhitam #sambalhitampahang #carabuatsambalhitam
#resepisambalhitam #sambalhitamtemerloh
#gambarsambalhitam #bahansambalhitampahang

7/02/19

Kelebihan dan kebaikan pisang



Buah Pisang merupakan buah-buahan tropika yang mudah kita temui di Malaysia. Selain itu, harganya pun juga agak murah berbanding dengan buah-buahan lainnya.



Namun, mungkin anda tidak menduga bahawa sesederhana buah pisang yang biasa diketemu sehari-hari itu ternyata memiliki seribu macam manfaat,
mulai dari perlindungan kardiovaskuler, menjaga kesihatan mata, memperbaiki tulang, sehinggalah berupaya mencegah kanser buah pinggang.

BERIKUT ADALAH SENARAI MANFAAT DAN KHASIAT BUAH PISANG:

Perlindungan Kardiovaskuler

Pisang adalah salah satu sumber terbaik untuk potassium, iaitu mineral penting yang menjaga tekanan darah normal dan fungsi hati.

Rata-rata, pisang yang terdiri daripada 467 mg potasium dan 1 mg sodium, boleh membantu pencegahan tekanan darah tinggi dan atherosclerosis.

Sebuah penyelidikan yang ditulis di Archives of Internal Medicine mendedahkan bahawa makanan dengan serat tinggi, seperti pisang, membantu penyakit hati.

Penyelidikan sepanjang 19 tahun menunjukkan bahawa orang yang makan banyak serat, sekitar 21 gram sehari, mempunyai kadar penyakit jantung koroner 12% lebih sedikit, dan 11% penyakit kardiovaskuler lebih sedikit berbandingkan dengan yang memakan serat sedikit (5 gram sehari).

Menjaga Kesihatan Mata

Ketika kecil, orang tua anda tentunya menyuruh untuk banyak makan karot supaya mata kita sentiasa sihat dan baik.

Namun, sebagai orang dewasa, buah-buahan merupakan sumber lebih penting dalam menjaga kesihatan mata.

Studio yang terdiri daripada 100,000 orang peserta yang diminta mengkonsumsi buah, sayuran, vitamin antioksidan A, C dan E, serta carotenoid untuk menilai pembentukan penyakit mata ARMD, menunjukkan bahawa konsumsi sayuran, vitamin antioksidan dan carotenoid tidak berkaitan dengan penyakit tersebut.

Sementara itu, konsumsi buah-buahan menunjukkan perlindungan terhadap penyakit mata yang kuat ini.

Memperbaiki Tulang

Mengkonsumsi pisang secara rutin akan membantu tubuh anda menyerap kalsium secara lebih baik. Pisang mengandungi banyak fruktooligosakarida, yang merupakan prebiotik atau bakteria yang baik bagi usus besar anda.

Bakteria ini mengeluarkan enzim serta vitamin yang meningkatkan kemampuan penyerapan nutrisi serta melindungi terhadap mikroorganism jahat.

Kemampuan tubuh untuk menyerap kalsium juga menjadi lebih baik, sehingga bagus untuk tulang. Selain itu, risiko kanser usus juga berkurangan.

Menyihatkan Ginjal

Penyelidikan dari International Journal of Cancer menunjukkan bahawa konsumsi buah dan sayuran, terutama pisang, secara berkala boleh melindungi tubuh.

Penyelidikan selama 13.4 tahun merangkumi penduduk yang terdiri daripada 61,000 wanita usia 40-76 menunjukkan bahawa wanita yang memakan lebih daripada 75 buah dan sayuran sebulan (atau 2.5 se hari) mengurangkan risiko kanser buah pinggang sebanyak 40%. Di antara buah-buahan lain, pisanglah yang paling melindungi.

Beberapa Tips Tambahan:

Makanlah pisang yang buahnya benar-benar matang, kerana semakin matang buahnya, maka level antioksidannya juga semakin tinggi. (Penyelidikan Universiti Innbruck Austria)

Jika anda ingin mempercepat proses matangnya, maka taruh pisang dalam sebuah paper bag atau bungkus dengan akhbar.

Selain dimakan biasa atau menjadi salad, sandwic atau kerepek pisang dengan mentega kacang dan madu juga merupakan hidangan yang lazat.

Selain itu, anda juga boleh menghidangkannya dengan cara dipotong-potong kecil dan dimasukkan ke sarapan oatmeal bersama susu segar anda.

4/02/19

Cara dan resepi masak ayam goreng sedap macam KFC!



Ayam goreng pastinya digemari oleh semua orang tidak kiralah kanak-kanak mahupun kita yang dah dewasa ini. Betul tak? Lagi-lagi kalau dapat makan panas-panas memang sedap! 

Ia juga salah satu menu masakan yang senang dan mudah untuk dimasak. Biasanya, kalau nak jimat masa, kita akan goreng ayam yang digaul dengan kunyit je, ada juga digoreng dengan tepung salut ayam. Itu pun dah cukup sedap kan?

Tetapi, kali ini kami ingin kongsikan kepada anda cara membuat ayam goreng ala KFC yang mudah dan sedap. Anda bolehlah mencuba resepi ini untuk hidangan anda sekeluarga. Memang sedap hingga menjilat jari.

Bahan-Bahan Perap



Ayam setengah ekor

2 Sudu besar serbuk cili (ikut citarasa masing-masing)

2 Sudu besar serbuk kari

10 Ulas bawang putih (ditumbuk)

1 Sudu besar serbuk lada hitam

1 Sudu besar lada sulah

2 Sudu kecil garam

1 Sudu kecil serbuk perasa 

1 Sudu kecil soda bikarbonat

1 Sudu kecil cuka (untuk ayam juicy)

Bahan Salut:

2 Biji telur

1 Cawan tepung gandum

1 Cawan tepung jagung

1 Sudu kecil garam

1 Sudu kecil serbuk cili

1 Sudu kecil soda bikarbonat

Cara-caranya: 



Masukkan ayam ke dalam bekas besar dan masukkan kesemua bahan perap. Gaul rata semua bahan tersebut. Perap sekurang-kurangnya 30 minit, lagi lama anda perap lagi sedap! Setelah diperap, masukkan telur dan gaul rata. Kemudian, gaul rata kesemua bahan salut. Masukkan ayam ke dalam bahan salut dan salutkan pada keseluruhan ayam.

Panaskan minyak. Pastikan minyak betul-betul panas tau! Goreng ayam di dalam minyak yang banyak (deep fry). Setelah kekuningan, angkat ayam dan toskan. Siap!