25/05/19

Contoh surat rayuan semakan semula egtukar guru


Keputusan eg tukar guru 2019 sudah pun keluar. Ramai berjaya ada juga yang gagal. Kepada yang gagal boleh cuba buat surat rayuan susulan supaya pihak atasan dapat semak semula pertukaran anda.


Sertakan SEGALA SURAT sokongan; laporan perubatan, laporan polis, geran rumah, surat nikah, surat beranak anak, etc segala jenis dokumen yang perlu. Ingat, secara psikologinya bila pihak atasan lihat surat anda TEBAL, lagi ada peluang untuk anda berjaya tukar. Usaha dan usaha lagi membuat rayuan ya cikgu2 semua. InsyaAllah...

CONTOH SURAT RAYUAN KEPADA MENTERI PENDIDIKAN / PEGAWAI ATASAN YG BERKENAAN

Kemudian boleh SK kepada pegawai-pegawai berkenaan

NAMA ANDA
sekolah anda
alamat sekolah anda

Y.B. Dato’ Seri DiRaja Mahdzir Bin Khalid
Menteri Pendidikan Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 10, Blok E8, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya

Y.B. Dato’ Seri,

RAYUAN SEMAKAN SEMULA
PERMOHONAN PERTUKARAN DARI __________ KE PPD ________, NEGERI _________ BAGI SESI JANUARI 2019

Saya seperti nama di atas ingin membuat rayuan agar permohonon saya ke PPD ________, NEGERI __________ bagi sesi Januari 2019 dipertimbangkan semula.

2. Bagi tujuan tersebut, berikut merupakan maklumat saya untuk rujukan pihak Y.B. Dato’ Seri. :

Nama : xxxxxx
No. KP :
No. Fail JPN :
No. Siri Permohonan :
Opsyen :
Pengalaman Mengajar :
PPD Semasa :
PPD Dipohon :

3. Tujuan utama permohonan pertukaran ini dibuat adalah bagi membolehkan saya untuk menjaga ibu saya di kampung. Ibu saya merupakan seorang ibu tunggal yang tinggal bersendirian di kampung. Buat masa sekarang, saya perlu berulang-alik dari _______________
 ke kampung saya untuk menjenguk ibu saya di kampung. Perkara ini sangat membebankan saya dari segi kos dan masa.

4. Selain itu, permohonan pertukaran ini juga akan membolehkan saya untuk menyambung pengajian di peringkat Master dalam bidang pendidikan kelak. Saya berhasrat untuk menyambung pengajian bagi memantapkan lagi pengetahuan saya dalam mendepani murid-murid di sekolah, seterusnya menjadikan sesi pembelajaran lebih menarik.

5. Bersama ini saya sertakan dokumen berkaitan bagi tujuan semakan semula ini. :

1. Borang permohonan EG-TUKAR sesi Januari 2019
2. Salinan Sijil Perkahwinan (dll dokumen)

6. Saya amat berharap agar Y.B. Dato’ Seri dapat mempertimbangkan rayuan semakan semula ini. Kerjasama dan keprihatinan pihak Y.B. Dato’ Seri amat saya hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,

( xxxxxxxx )

No. Tel :

-----------------------
Ingat cikgu semua jangan putus asa. Usaha doa tawakkal. Semoga egtukar guru berjaya. Sharing is caring. Park dan kongsikan kepada rakan yang lain di FB menggunakan butang share di bawah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan