13/09/21

Ciri-ciri ajaran sesat

Imam al-Shafie pernah berkata, “Jika kamu melihat seseorang boleh terbang di udara, dan boleh berjalan di atas air, jangan kamu tertipu dengannya sehingga kamu mengukur peribadi dan amalannya dengan pertimbangan neraca al-Qur’an dan al-Sunnah.”

Pelajari ajaran Islam berlandaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah untuk mengelakkan diri dan keluarga dari terpengaruh dengan ajaran-ajaran yang menyimpang dari ajaran Islam.

Jom lihat infografik ringkas mengenai Ciri-Ciri Ajaran Sesat.

Kredit: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia - JAKIM

25/01/21

Doa hindarkan dari penyakit selalu tidak puas di hati

Doa Supaya Dihindarkan Dari Penyakit Sentiasa Tidak Puas Hati

===============

Perasan tak kita ni selalu tak puas hati ini, tak puas hati itu? Apa yang dicadang, diputuskan atau dilaksanakan ada sahaja tak kena. Buat baik tak kena, buat tak baik lagi tak kena. Serba serbi tak kena.

Semua perkara kita nampak tak cukup, nampak tak elok. Semua perkara kita rasa tak puas.

Selalulah mohon pada Allah dengan doa Rasulullah SAW ini:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ نَفْسٍ لاَ تَشْبَعُ

"Ya Allah, Aku berlindung dengan-Mu dari jiwa yang tidak pernah puas".

[petikan dari hadis riwayat Ahmad]