23/03/19

Tips kekal sihat musim panas



Bila keadaan panas, aktiviti pun jadi terhad; terutama sekali aktiviti luar. Badan akan mudah terhidrat atau kekurangan air. Buat mereka yang memang dah ada masalah kesihatan, lagilah perlu lebih berhati-hati. Kena pastikan badan menerima air secukupnya.



Apabila badan berada di dalam keadaan kepanasan, memang tak selesa dibuatnya. Apatah lagi kalau rumah tidak ada penyaman udara. Kipas yang dipasang berkelajuan maksima pun tak boleh nak hindar bahang kepanasan yang ada. Jika sidai kain di jemuran, dalam masa sejam sahaja ... kain dah kering. Kalau hari biasa, kena biarkan paling tidak 3 jam untuk kering sepenuhnya.


Saya kongsikan infografik ini untuk panduan serta tips kekal sihat di musim panas. 



Tips Kekal Sihat Musim Panas

Antara tips yang diberikan oleh pihak KKM ialah:
  1. Minum banyak air kosong, dan kurangkan meminum minuman berkafein dan banyak gula. Contohnya kopi, teh tarik dan juga teh. Tapi kalau nak kurangkan sejuk badan, boleh amalkan minum teh hijau yang menyegarkan.
  2. Gunakan kipas atau pendingin hawa. 
  3. Kurangkan melakukan atau terlibat dengan aktiviti-aktiviti luar, terutama sekali aktiviti berat dan yang dibuat di kawasan terdedah secara terus kepada pancaran sinar matahari.
  4. Pakai losyen pelindung untuk kulit apabila lama di luar.
  5. Memakai pakaian yang ringan, nipis dan longgar. Jangan memakai pakaian berwarna gelap, kerana ia mudah menyerap haba.
  6. Elakkan berada di dalam kenderaan yang tertutup tanpa pendingin hawa.
  7. Minum air isotonik untuk gantikan garam yang hilang kerana peluh.
  8. Pakailah topi atau payung untuk melindungi diri daripada pancaran matahari.

Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan ramai, terutama mereka yang tinggal di bahagian utara Semenanjung Malaysia yang alami cuaca dan suhu panas yang tinggi. 

Biasanya suhu persekitaran adalah antara 28-30 darjah celsius, jadi kalau dah nak sampai 40 darjah celsius tu .. memang badan akan terkejut dan beri kesan negatif terhadap kesihatan.



Maka, sangat dinasihatkan untuk amal 9 tips kekal sihat musim panas yang telah dikeluarkan oleh KKM.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan