Masalah kembung perut atau angin dalam badan bukanlah satu masalah yang asing dalam kehidupan seharian. Ianya boleh berlaku apabila seseorang mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat. Ini merupakan faktor utama permasalahan angin dalam badan yang boleh menggangu aktiviti harian.
Ramai dikalangan kita mengalami masalah ini, samada muda tua kecil besar dewasa atau kanak-kanak, Antara punca lain juga yang menyebabkam angin dalam badan ialah stress. Ini kerana stress menyebabkan tekanan darah menjadi tinggi dan darah tidak dapat menampung peredaran yang terlalu cepat lalu menjadikan lebihan sel darah di dalam salur peredaran darah tidak cukup oksigen.
Selain itu, asid yang berlebihan disebabkan oleh gaya pemakanan dan amalan yang tidak sihat seperti kurang bersenam dan merokok juga boleh meningkatkan risiko seseorang mengalami angin lebih dalam badan. Keadaan ini bukan sahaja menyebabkan angin lebih dalam badan, malah boleh mendatangkan sakit lain yang lebih kronik.
Belum kena belum tahu kan?
Kebiasaannya individu yang mengalami masalah angin dalam badan akan berasa lenguh, keletihan dan diselangi dengan rasa sakit perut serta sendawa tanpa henti. Ianya terjadi apabila angin di dalam badan yang bermula dari dalam perut kemudian mula merebak ke seluruh tubuh badan kita.
Antara simptom angin dalam badan yang kuat adalah sesak nafas yang mana disebabkan oleh keletihan kerana kekurangan oksigen di dalam badan. Selain itu, anda juga mungkin akan berasa pening dan susah tidur. Hal ini terjadi kerana kadar metabolisma badan kita mula menurun.
Namum begitu, ianya bukan masalah yang rumit. Masalah angin dalam badan boleh dikurangkan dengan mengamalkan beberapa kaedah mencegah dan merawatnya dengan betul.
1. Cara yang pertama ialah, melakukan senaman secara konsisten. walaupun hanya 5 – 7 minit sahaja sehari ia dapat membantu masalah angin dalam badan. Senaman merupakan salah satu amalan yang sihat. Ini kerana ianya bukan sahaja boleh meningkatkan tahap metabolisma seseorang malah ia juga boleh membantu menangani stress. Amalan ini boleh melancarkan peredaran darah, melancarkan salur pernafasan dan juga menguatkan otot seseorang.
2. Kaedah yang kedua pula ialah mengamalkan diet yang seimbang. Kebiasaannya faktor pemakanan seseorang itu mempengaruhi kesihatan mereka. Biasalah, kalau makan banyak badan pun jadi malas nak bergerak. Oleh itu, sangat digalakkan untuk makan mengikut waktu dan mengikut diet yang seimbang. Antaranya ialah lebihkan memakan sayur-sayuran dan buah-buahan. Ini kerana makanan tersebut mengandungi nutrisi yang tinggi untuk melancarkan peredaran darah.
Elakkan terlalu memakan makanan yang berminyak dan pedas kerana ia akan menggangu salur pencernaan yang menyebabkan nutrisi tidak dapat diserap dengan baik. Amalkan juga meminum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari bagi mengelakkan dehidrasi disebabkan tubuh kekurangan cecair.
3. Cara yang terakhir pula, sekiranya angin dalam badan terlalu teruk, lebih elok sekiranya dirujuk ke klinik atau hospital. Adakalanya angin dalam badan adalah perkara biasa tetapi sekiranya ia tidak lagi dapat dibendung, rawatan klinikal perlu dijalankan contohnya individu tersebut terlalu letih sehingga menyebabkan demam dan sakit kepala yang melampau yang memerlukan ubat tahan sakit untuk melegakan kesakitan.
Sumber : hafizamri.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan