Mengapa Diet Atkins Bahaya?
Boleh ke saya amalkan Diet Atkins?
Tidak boleh, Diet Atkins bahaya. Apa-apa sahaja diet yang membuang satu kumpulan makanan adalah tidak seimbang, tidak sihat dan berbahaya.
Sebab Kenapa Diet Atkins bahaya?
Berikut adalah 3 sebab utama mengapa Diet Atkins bahaya untuk di amalkan.
(1) Diet Atkins bahaya sebab buang karbohidrat.
Karbohidrat adalah sumber tenaga utama badan. Suka tak suka, badan kita akan bakar tenaga dari sumber karbohidrat dulu, kemudian barulah lemak dan protein. Itu hakikat.
Sumber makanan karbohidrat ini juga ada vitamin dan antioksidan yang penting untuk badan kita.
(2) Diet Atkins bahaya sebab berisiko kerosakan buah pinggang.
Setiap kali kita ambil protein dengan sangat banyak pada jangka masa yang panjang tanpa keperluan (kecuali sebab penyakit tertentu, ahli sukan, dan sebagainya), kita sebenarnya sedang membebankan buah pinggang dengan kerja berat.
Protein atau komposisi asasnya; Amino acid adalah gabungan Amino, functional (-R) and Carboxyl group. Hati dan buah pinggang kita bekerja untuk buang Amino group ni terlebih dahulu, barulah yang sebenar (-R) ni boleh diambil oleh badan. Amino ni ammonia, ditukar kepada urea, dan ia menjadi toksik kalau berlebihan.
Saya pernah manage kes kidney failure to due consumption of a protein supplement – ada satu susu ni, patient tu ambil susu ni saja as diet! Ya Allah…
Buah pinggang kita ni boleh berfungsi completely normal sampai 30% je tinggal yang elok. Namun, bila sekali dah rosak, buah pinggang tak boleh recover dan regenerate. Dan, penyakit buah pinggang ni tiada simptom khas untuk di kenalpasti kecuali melalui medical checkup. Ia pembunuh senyap.
(3) Diet Atkins bahaya sebab berisiko High Blood Sugar.
Bila kita buang karbohidrat, badan under starvation dan akan switch kepada ketosis. Ketosis adalah keadaan di mana apabila kurangnya carbo, badan akan guna lemak untuk untuk generate glucose sebagai tenaga. Masa ni, glucose dalam darah akan meningkat.
Low levels of ketosis is perfectly normal. Contohnya, ketika kita berpuasa. Namun, level ketosis yang tinggi adalah berbahaya. A state known as ketoacidosis, which can lead to serious illness in a relatively short space of time. Darah anda akan acidic, dan bertoksik. Mula-mula rasa tak bertenaga. Kemudian pening, rasa nak muntah, pitam dan banyak lagi masalah akan berlaku.
Jika anda seorang Obese, dan dalam diam sebenarnya glukos dalam badan anda tinggi/impaired tanpa anda sedari. Bayangkan jika glucose impaired + ketosis?
Anda mungkin berisiko mengidap diabetes.
Tapi, diorang cakap atkins diet tu boleh turun berat badan cepat. Ada seminggu sampai 2-3 kilo!
Turun berat cepat tu lah yang paling saya dan kebanyakan dietitian risau. Pengurangan berat badan yang sihat adalah sebanyak 0.5-1 kg seminggu.
Lebih dari itu, ianya tidak sihat. Sebenarnya, anda hilang air dan berat otot badan, bukan lemak.
Rapid initial weight loss is water, not your fat percentage.
Perkara ini hanya terkantoi apabila anda menggunakan menggunakan mesin Body Composition Analysis, sebelum dan selepas.
“Berat saya turun tapi percentage lemak saya turun sikit je atau, eh tak turun pon!
Oh! muscle mass saya turun mendadakkkk! sedihnye!”
Pembakaran tenaga utama di dalam badan dinamakan sebagai Citric Acid Cycle. Ia hanya hidupkan dengan membakar karbohidrat terlebih dahulu. Dan lemak untuk dibakar, lemak juga perlu masuk ke dalam cycle ini. Kalau tidak, lemak tu tidak boleh dibakar sebagai tenaga!
“Fats burn in Carbohydrate flame”, itu istilahnya.
Jika carbohydrate drop pada sangat-sangat low atau tiada, ia akan bertukar kepada ketosis di atas, untuk terus pastikan citric acid cycle itu berjalan. Tetapi, ianya berisiko tinggi dan metabolism akan drop dengan sebanyak-banyaknya.
Sebab itu, pengamal diet Atkins akan turun berat badan dengan cepat, tetapi, apabila anda kembali kepada pola pemakanan normal yang sihat, berat akan cepat naik.
Oleh itu, makanlah secara sihat, kawal portion setiap kumpulan makanan, amalkan cara hidup yang sihat, dan bersenamlah!
Satu lagi saya nak tambah, diet atkins mempercepatkan hati menjadi tisu dan koyak, apa maksudnya? Pendiet atkins ni lapar sebab itu cepat koyak hati (mudah marah). hehehehe
Sumber:
1. Essentials of Exercise Physiology
2. Edinburgh Renal Unit
3. Diabetes.co.uk, The Global Diabetes Community
4. American Heart Association
5. Archive of Internal Medicine Journal.
6. British Dietetic Association
7. Experience handling patient
Sumber : blog genkimomma
Tiada ulasan:
Catat Ulasan