Amalan orang tua-tua zaman dahulu banyak membantu mereka hidup sihat dan bertenaga hingga ada yang mencapai umur melebihi 100 tahun. Biar pun umur mereka boleh dikatakan agak uzur, namun kekadang penglihatan dan pendengaran mereka mengatasi golongan muda yang boleh dianggap anak, malahan cucu mereka.
Apakah amalan dan petua orang zaman dahulu sehingga memungkinkan mereka mengecapi kehidupan dengan keadaan sihat tubuh badan sehingga hari tua. Berikut adalah senarai petua-petua dan amalan yang mereka amalkan sejak berzaman.
Untuk Menurunkan Darah Tinggi – I
Minumlah air rebusan pokok Hempedu Bumi Pokok Cerita.
Minumlah air rebusan daun Pokok Ati-ati.
Makanlah biji buah Peria.
Makanlah pucuk Pokok Pala sebagai ulam.
Minumlah air rebusan Pokok Dukung Anak.
Minum air rebusan taugeh seminggu sekali. Air dan taugeh hendaklah sama nisbahnya.
Rebus daun pandan wangi secukupnya dengan dua gelas air. Biarkan hingga tinggal setengah gelas sahaja. Minum setiap pagi dan
petang.
Makanlah 3 ulas bawang putih mentah. Jika tidak tahan baunya, bolehlah direbus.
Parutkan kunyit sebesar ibu jari. Perah airnya dan tambah dua sudu madu. Minum ramuan ini setiap pagi dan petang.
Ambil segenggam daun kucai, basuh bersih selepas itu masukkan kedalam mesin bersama dengan sedikit gula batu yang telah
dihancurkan. Mesin sehingga lumat atau hancur( jangan campur dengan air ) bagi mendapatkan patinya sahaja. Masukkan kedalam
bekas mangkuk atau cawan, selepas itu embunkan sehingga pagi.Bila bangun pagi sebelum minum atau makan hendaklah diminum air
pati daun kucai serta dengan selawat 3 kali. Amalkan selama tiga hari, selepas itu jumpalah doktor untuk buat pengesahan.
Insyaalah darah tinggi akan jadi normal.
Untuk Menurunkan Darah Tinggi – II
Untuk cepat menurunkan darah tinggi ketika diserang darah tinggi. Pertama buat dua rakaat solat hajat mohon pada Allah. Kedua
ambil beberapa ulas bawang putih, mesin jadikan jus dan ambil 6 titik jus tadi di masukkan kedalan segelas air dan di minum 3
kali sehari, Insyaallah dengan izin Allah, selamat mencuba.
Untuk Menghilangkan Kencing Manis
Hari ini ramai dikalangan kita menghadapi masalah kencing manis tidak kira tua atau muda, lebih-lebih lagi dengan pemakanan
kita pada hari ini yang semuanya manis-manis belaka. Jadi petua yang saya dapat ini agar dapat kita kongsi bersama-sama.
Caranya mudah sahaja, iaitu dapatkan ubi kentang biasa rebus ( tanpa garam atau bakar menggunakan ( Oven ) apabila dah kira
cukup masak hidangkan untuk dimakan ( sebelum tidur atau makan sebelah malam ataupun sebelah pagi ). Rahsianya tentang ubi
kentang ialah ianya bersifat menyerap segala yang manis dan masin berlebihan yang ada didalam badan. Contohnya apabila
masakan seperti kari anda terlalu masin, lalu ubi kentang dimasukkan kedalam kari tadi dan hasilnya segala masin kari akan
diserap oleh ubi kentang tersebut, Dan kalau boleh petua ini amalkan selama dua atau tiga minggu anda akan dapat perbezaan
sekirannya anda menghadapi penyakit kencing manis dan orang yang sihat pun boleh mencuba sebagai pencegahan awal.
Untuk Mengurangkan dan Menghilangkan Sakit Gastrik
Jika anda kerap mengalami masalah gastrik ( pasti anda tidak mengambil makanan mengikut jadual), amalkan makan tepat pada
masanya, contoh : jika makan tengahari anda pukul 12.00, begitu juga hendaknya pada hari-hari berikutnya tanpa berlengah.
Lama-kelamaan… insyallah gastrik akan hilang… ia daripada pengalaman saya sendiri…kini gastrik tiada lagi!
Untuk Tajamkan Penglihatan
Amalkan hidup anda dengan meminum air suam setiap hari, mandi pada waktu subuh iaitu sewaktu bangun tidur dengan siramkan air
dari hujung kaki hingga kepala. Makanlah buah-buahan seperti epal, anggur dan lobak putih serta banyakkan melihat pemandangan
yang jauh dan serba hijau seperti pokok, dan selalu menghadap ke kiblat.
Untuk Melawaskan Kencing
Untuk melawaskan kencing, ambil beberapa biji lobak putih campur dengan batang kangkong bersama akarnya, direbus sekali.
Selepas air itu menjadi suam, amalkan meminum ayer itu. InsyaAllah sekiranya seseorang itu baru hendak menjadi penyakit batu
karang, ia akan memecahkan batu karang tersebut. Sekiranya tidak ada penyakit, ia mencegah dari mendapat penyakit batu
karang.
Untuk Menghilangkan Sakit Kencing Manis
Jika ada mengalami sakit kencing manis, sila ambil beberapa helai daun jarak rebus sehingga mendidih dan bersanguhlah /bertengkumus (bertengkumus maksudnya berselubung) selama setengah jam, sehingga badan berpeluh pada setiap pagi iaitu sebelum matahari terbit. (Semasa bersanguh / bertengkumus atau berselubung mestilah tanpa memakai baju). Dan amalkanlah selama satu bulan.
Tips hidup sihat dan panjang umur
#tipshidupsihat #ubatkencingmanis #ubatdarahtinggi ##carahidupsihat #caraumurpanjang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan