Jin dan syaitan beza atau sama? Sama tapi tak serupa, fungsi syaitan untuk menyesatkan manusia, jin pula suka menakut-nakutkan manusia (hantu). Mereka sama dicipta dari api. Syaitan ditambat pada bulan Ramadan manakala jin tidak. Sebab itu santau dan sihir boleh berlaku dalam bulan puasa.
Kita nak lihat 10 jenis rumah yang jin suka tinggal di dalamnya....
1. Rumah yang secara tidak kita sedari telah didirikan diatas tempat tinggal Jin. Jin sangat suka kawasan bumi yang ada mata air. Mata air yang disukai oleh jin ialah mata air yang tidak pernah kering walau pun pada musim kemarau.
Maka rumah yang didirikan diatas tapak seperti ini, akan menjadi tempat tinggal jin.
Oleh sebab itu berhati-hatilah memilih tapak rumah. Jika terdapat mata air, terlebih dahulu bertanyalah kepada seseorang yang arif mengenainya.
2. Rumah yang didirikan diatas kawasan kubur. Tidak kira kubur itu kubur lama atau baru. Tidak kira walaupun disitu hanya ditanam satu mayat sahaja. Atau mungkin disitu dulu pernah menjadi tapak pembunuhan atau ada orang mati terbunuh disitu, atau pernah ada mayat dibuang disitu dan sebagainya.
Jin suka berkumpul dikawasan perkuburan, atau tempat dimana pernah terdapat orang mati disitu, atau orang mati dibunuh disitu, atau orang mati ditanam disitu, atau mayat orang dibuang disitu atau pernah dibuang cebisan-cebisan tubuh dan tulang-tulang manusia disitu.
Jika kita mendirikan rumah ditas tapak seperti itu, maka jin-jin akan secara automatik turut mendiami rumah kita. Akibatnya mereka akan menimbulkan masalah besar kepada kita.
Oleh itu berhati-hatilah memilih tapak rumah. Jangan sampai terkena tapak-tapak yang seperti itu. Jika kita telah mengenal pasti memang ada kubur lama atau tulang-tulang manusia disitu, hendaklah “dibersihkannya” terlebih dahulu. Mintalah khidmat nasihat orang yang arif mengenainya.
3. Rumah yang didirikan diatas tapak yang dahulunya pernah menjadi tempat “pembuangan” jin-jin disiitu. Ini termasuk pembuangan oleh bomoh atau pawang ketika melakukan rawatan kepda pesakit yang “tersampuk jin” atau melakukan upacara seperti contohnya “membuang saka” , “membuang sihir”, “membuang hantu”, “membuang toyol”, “membuang pelesit”, “membuang polong”, “membuang hantu raya” dan sebagainya.
Jika kita mendirikan rumah ditas tapak seperti ini, maka jin-jin yang “dibuang” itu akan turut mendiami rumah kita dan akan menimbulkan masalah besar kepada kita.
Atau misalnya sesuatu kwasan itu merupakan kawasan hutan yang menjadi tempat tinggal jin atau tempat pembuangan jin, kemudian pada satu masa ia dibangunkan pula untuk menjadi kawasan perumahan, maka jin-jin akan turut mendiami mana-mana rumah yang disuskainya.
Biasanya apabila kita berpindah ke kawasan perumahan seperti itu, pada awalnya tidak mengalami apa-apa ganguan. Tetapa lama kelamaan mereka akan menggangu kita, lebih-lebih lagi bagi rumah yang tidak didirikan solat, sepi dari Azan dan Iqomah, sepi dari bacaan ayat-ayat suci al-Quran, sepi dari zikir, tasbih, tahmid, solawat dan sebagainya.
4. Rumah yang didalamnya menyimpan tangkal sihir atau objek sihir atau tangkal azimat, seperti contohnya: “tangkal penunggu rumah”, “tangkal pagar rumah”, “tangkal pendinding” dan sebagainya. Keris lama “yang berpenunggu” juga termasuk dalam kategori objek atau tangkal sihir yang berpenunggu jin. Semua itu adalah merupakan cabang ilmu sihir yang disebaliknya pasti ada jin-jin sihir yang digunakan untuk melaksanakan tuntutan ilmu sihir tersebut. Jadi, apakah jin-jin itu duduk ditangkal sentiasa ?
Jawabnya: tentu tidak. Pastinya jin-jin itu akan berkeliaran didalam rumah dan diluar, juga boleh jadi mengikut tuannya kemana-mana pergi. Banyak kes dimana jin-jin sihir akan menggangu anak cucu dan keluarga lantaran tuannya tidak memenuhi syarat-syarat tertentu umpamanya disyaratkan kena mengasap kemenyan, mengadakan sajian tertentu, membuang ancak ke sungai dan lain-lain.
Oleh itu jangan sekali-kali terpedaya dengan tuntutan nafsu ingin memiliki “kuasa ghaib” (‘super natural power”) melalui cara yang salah ini, semata-mata supaya dikenali orang sebagai “bomoh”, “pawang”, “mahaguru silat” atau ingin mudah mencari pendapatan atau ingin membalas dendam atau lain-lain.
Harus diingat bahawa tangkal azimat tidak dapat mendatangkan apa-apa manfaat atau mudharat kecuali dengan izin Allah. Sekali kita telah mengambilnya, bermakna kita telah mengikat janji dengan jin , syaitan dan iblis untuk melaksanakan kerja-kerja sesat melalui sihir yang jahat dan terlaknat.
5. Rumah yang didiami oleh orang yang memiliki jin yang dipusakai turun temurun (biasa disebut “saka” lebih releven jika disebut "jin saka"). Ini termasuk orang yang tidak mengetahui dirinya ada memiliki “jin saka” ,kerana “jin saka” akan memilih sesiapa sahaja daripada keturunan keluarga tuannya yang disukainya.
Jika “jin-jin saka “itu lebih dari seekor dan dari yang jenis membiak seperti manusia, maka semakin lama jin-jin itu akan beranak pinak dan akan bertambah ramai. Maka tidak mustahil sebahagiannya akan keluar dari tubuh seseorang dan mendiami rumah, berkeliaran diluar rumah atau akhirnya berkeliaran ke tempat-tempat lain. Para pengamal perubatan traditional menyatakan “mengeluarkan” jin saka dari dalam badan manusia adalah suatu kerja yang sangat susah. Perlu dilakukan mengikut banyak kaedah dan teknik serta tektik yang bijaksana. Walau bagaimana pun, dengan izin Allah, dengan pertolongan Allah dan dengan berkat keyakinan aqidah yang tinggi ianya boleh dilakukan lebih-lebih lagi jika secara berjamaah.
6. Rumah yang didalamnya berlaku berbagai fahsya dan mungkar, seperti, syirik, fasik, meninggalkan solat, meninggalkan puasa, makan harta anak yatim, berzina, berjudi, minum arak, membunuh, menganiaya manusia atau bintang, memuja syaitan, main muzik yang melampau, menyimpan arak, menyimpan patung-patung idola (pujaan), gambar-gambar idola (pujaan), memain atau menyimpan alat-alat muzik kebudayaan yang “ada penunggu”, dan lain-lain.
Jin-jin, syaitan dan iblis sangat suka kepada benda-benda tersebut. Malaikat Rahmat tidak akan memasuki rumah seperti ini. Maka rumah seperti ini sangat disukai jin, syaitan dan iblis dan akan menjadi tempat tinggal jin-jin.
7. Rumah yang dibina ditas tapak yang menjadi “tempat laluan jin” yang keluar masuk daripada alam jin ke alam manusia atau sebaliknya, atau dari tempat lain menuju ke sesuatu tempat kerana ada tugas yang hendak didlaksanakan. Ini ialah kerana ramai manusia yang bersahabat dengan jin dan berintraksi dengan jin untuk meminta tolong kepada jin-jin. Maka jin-jin akan menjadikan rumah itu sebagai tempat persinggahan atau “pusat pertemuan” atau sebagai “gerbang”atau “medium” laluan bagi pergerakan aktiviti mereka. Contohnya apabila seseorang yang diktakan mempunyai kebolehan biasa pergi ke tempat perkampungan jin (orang bunian?), dia hanya akan pergi ke suatu tempat tertentu yang telah ditandakan, maka apabila dia sampai ke tempat itu dia hanya melangkah masuk, maka tiba-tiba dia akan berada dalam perkampungan jin (orang bunian?).
Mungkin “gerbang” itu dahulunya berada dalam kawasan hutan. Maka apabila telah dibangunkan oleh manusia mungkin “gerbang” itu sekarang, misalnya telah ditanam dengan pokok landskap buluh renik. Maka untuk masuk ke dalam alam jin itu seseorang hanya perlu membaca sesuatu mentera kemudian melangkan masuk ke dalam rimbunan buluh renik tersebut.
Maka jika kawasan seperti ini dibina rumah diatasnya, maka rumah berkenaan juga akan menjadi tempat laluan jin-jin atau “gerbang” atau “medium”,atau menjadikan rumah itu markas mereka.
Rumah seperti ini biasanya kelihatan “menyeramkan” jika kita menghampirinya atau memasukinya.
8. Rumah yang telah disihir, iaitu rumah yang telah diletakkan atau ditanamkan dibawahnya sesuatu objek sihir oleh manusia yang berniat jahat. Selagi ada objek itu, maka jin sihir akan berada di rumah itu untuk melakukan gangguan sihir seperti yang dikehendaki oleh si penyihir. Pernah seseorng terpaksa mengorek tanah dihadapan rumahnya seluas 10 kaki persegi dan dalam 5 kaki kerana menurut pakar ilmu pengubatan sihir, penyihir telah menyimbahkan air dan menaburkan pasir sihir yang banyak disitu dan air sihir itu mungkin telah meresap masuk ke dalam tanah. Apabila dilakukan kerja membuang tanah tersebut, barulah sihir tersebut dapat dibinasakan.
9. Rumah yang penghuninya ada mengamalkan ilmu sihir atau cabang ilmu sihir seperti ”ilmu guna-guna”, “ilmu pengasih”, “ilmu pembenci”, “ilmu pemanis”, “ilmu awet cantik & muda”, “ilmu pelaris”, “susuk” dan lain-lain. Maka rumah seperti ini akan didiami oleh jin-jin sihir.
Biasanya orang yang baru menuntut ilmu sihir, dia akan membawa pulang ke rumahnya seekor atau mungkin banyak jin-jin sihir. Maka menjadilah jin atau jin-jin itu kawan rapatnya semasa jaga dan juga semasa tidur. Maka celakalah orang seperti ini kerana memilih jalan sesat yang dilaknat Allah hingga ke hari Akhirat. Kemudian jin atau jin-jin itu akan kekal setia dengannya dan akan terus setia kepada keturunannya hingga ke cucu cicit serta jenerasinya yang akan datang. Mungkin inilah caranya jin “saka” bermula.
10. Rumah yang dimasuki oleh “jin liar” dengan cara mengikut seseorang semasa pulang ke rumah. Biasa terjadi seseorang yang pergi ke sesuatu tempat, kemudian “jin liar” mengikutnya kemana-mana dia pergi dan turut sama pulang ke rumah tanpa disedarinya. Ini mungkin disebabkan “jin liar” itu telah memilihnya kerana orang itu tidak memiliki sesuatu apa pun sebagai “pelindung, perisai atau penghalang”. Maka jin tersebut terus mengikutnya pulang dan tinggal bersama-samanya di rumah.
MOHON PERLINDUNGAN DARIPADA ALLAH
Dalam amalan Islam, kita dituntut untuk sentiasa meminta perlindungan Allah daripada jin, iblis dan syaitan sebelum kita keluar rumah. Contohnya Rsulullah menyarankan kita membaca “ta’uz” :
أَعُوْذُ بِا للهِ مِنَ الشَّيْطَا نِ الرَّجِيْم
(Aku berlindung dengan Allah daripada Syaitan yang direjam),
Tiada ulasan:
Catat Ulasan