Untuk menjadi pesaing dan alternatif terbaik kepada peminat gusti khususnya yang masih setia bersama WWE, AEW wajar melakukan beberapa langkah berikut:
1. Tidak terlalu bergantung harap kepada bekas-bekas bintang WWE. Afdhalnya, mereka membina bintang utama mereka.
Jangan jadi macam WCW dulu. Bawak masuk Hulk Hogan, Macho Man dan lain-lain, home grown talent seperti Sting terpaksa beralah.
2. Jangan terus attack personal atau mana-mana perkara yang berkaitan WWE. Sebagai sebuah organisasi baharu, mereka perlu mengukuhkan jenama sendiri dan tidak menyerang pesaing mereka secara keterlaluan.
Tindakan Cody yang memusnahkan singgahsana yang acapkali digunakan Triple H di acara Double or Nothing tadi kelihatan sangat serangan tanpa berselindung. Pada hemat saya, ia bukan sesuatu yang agak bijak.
3. Acara bayar dan tonton yang tidak meleret dan masa yang sedang-sedang elok. Di zaman Attitude Era dan WCW era nWo dulu pun, biasanya satu acara tak sampai 3 jam.
Biar penonton tak penat, dan seakan tak puas dengan acara yang tiba-tiba dah habis.
4. Memandangkan AEW kini boleh dianggap promotion besar dengan sumber kewangan yang kukuh daripada Tony Khan, seeloknya mereka memberi lebih peluang serta kolaborasi dengan promotion-promotion lain seperti Impact, ROH, NJPW dan lain-lain.
Cody dan pasukannya mampu mendapat manfaat hasil kerjasama ini dan boleh cipta "internal war" dengan promotion-promotion tersebut.
5. Bagus apabila AEW ingin memberi kebebasan kreatif buat para bintangnya untuk menonjolkan diri. Namun jangan terlalu bebas sehingga masing-masing nak bawa kepala sendiri dan tidak mahu "put over" kepada bintang lain. Mengambil kira pertikaian antara PAC dan Hangman Page baru-baru ini.
Kerana bawak kepala masing-masing inilah, WCW bungkus awal dulu akibat Hogan, Nash dan sekutu mereka buat syarikat itu macam jiran laki mak mereka yang punya.
6. Format TV-14 harus dikekalkan di mana aksi-aksi lasak dan darah berjejeran amat didambakan oleh peminat gusti sekian lama sejak WWE memilih untuk lebih mesra kepada kanak-kanak.
Even masa zaman WCW Monday Nitro dulu pun, format mereka juga adalah PG 13. Itu yang WWE muncul dengan TV14 untuk bersaing. Pulangkan semula paku buah keras kepada Vince McMahon.
7. Untuk permulaan, diharap acara mingguan mereka tidak mengikut acuan Nitro dulu dengan bersiaran serentak dengan Raw. Kalau boleh cari hari yang tiada program utama WWE bersiaran. Jangan biarkan peminat tukar-tukar channel.
Dari situ barulah AEW boleh bina fanbase yang kukuh bukan sahaja daripada peminat bukan WWE, malah akan mampu mencuri tumpuan peminat-peminat yang setia bersama WWE selama ini.
Apapun, kita sebagai peminat mengharapkan yang terbaik buat AEW. Persaingan yang sengit akan menatijahkan produk yang lebih baik kepada peminat. Tiada lagi monopoli dan boleh sewenang-wenangnya melakukan apa saja.
Kesudahannya, kita sebagai peminat akan gumbira dan bertepuk tangan pada akhirnya.
Kredit kepada En Hafiz Azwany
Tiada ulasan:
Catat Ulasan