20/05/19

Cara buat duit online tanpa modal



Berikut merupakan antara laman web yang anda boleh gunakan untuk mendapatkan pendapatan lumayan dari internet secara sampingan. Ada blogger yang serius menjana duit dari internet telah mencapai pendapatan ribuan malah jutaan ringgit. 


Itu bagi blogger tegar, tapi jika kita kekurangan masa boleh juga dilakukan secara sampingan sekurang-kurangnya keuntungan dapat menampung bil bulanan atau duit minyak hehe. Di samping itu kita boleh berblogging sambil berkongsi info bermanfaat, pahala dapat income sampingan pun dapat kan lumayan tu. 

1. Nuffnang

Nuffnang merupakan salah satu platform untuk web ataupun blog advertising yang sama seperti Google Adsense atau Innity tetapi syarat untuk memaparkan iklan dari platform ini agak longgar berbanding advertising platform yang lain. 

Anda perlu membuat blog untuk join Nuffnang. Program Nuffnang ini anda perlu daftar terlebih dahulu dan letak iklannya dalam blog anda. Saya sendiri kira-kira 10 tahun lalu menjana pendapatan yang agak lumayan namun kini agak perlahan mungkin kerana saingan dari program lain. Namun tak rugi anda berblog sambil mengisi iklan Nuffnang dalam blog anda. 

Anda cuma perlu memasangkan code pada Header, Sidebar, atau Content blog anda untuk memaparkan iklan-iklan yang akan automatik dipaparkan di web anda. Kemudian, anda akan dibayar berdasarkan jenis earning yang anda dapat seperti CPUV (Cost-Per-Unique-Visit) ataupun CPC (Cost-Per-Click). Kebiasaanya anda akan dibayar sebanyak 25sen per klik. Melalui platform Nuffnang ini juga, saya telah menjana lebih daripada RM1000 secara on off, secara pasif. 

2. Google Adsense



Dengan Google Adsense, kita boleh meletakkan iklan di dalam seberapa banyak website- website yang kita ada. Kita tidak memerlukan membayar apa- apa wang kepada Google untuk menyertainya. Google AdSense adalah perkhidmatan iklan percuma yang ditawarkan oleh Google untuk penerbit untuk 'upah' penyiaran iklan daripada kandungan web mereka. Penerbit adalah sesiapa sahaja yang mempunyai blog, laman web, laman saluran Youtube atau lain-lain ejen hartanah online yang dibenarkan.

AdSense sentiasa menjadi cara yang paling popular untuk mendapatkan wang daripada kandungan dan; batu loncatan untuk mereka yang ingin buat duit dan menjana pendapatan online. Program AdSense menjadi popular oleh kerana ianya mudah untuk digunakannya. Selepas konfigurasi awal, apa yang anda perlu lakukan adalah duduk dan; melihat wang masuk ke akaun anda. Selain daripada itu, Google bayar hasil pendapatan tersebut pada masa yang dijanjikan dan; anda tidak perlu bimbang tentang apa-apa jua unsur penipuan.



Untuk mula buat duit dari program AdSense memanglah mudah. Apa yang anda perlukan ialah blog (blogger) atau saluran Youtube untuk mendapatkan kelulusan bagi akaun AdSense anda (selalunya blog atau Youtube channel yang berumur lebih daripada 6 bulan). Sebaik sahaja anda perolehi kelulusan akaun adsense anda, anda perlu lakukan adalah membuat iklan (proses mudah) dan; meletakkan kod AdSense di blog anda menggunakan plugin percuma, dan; AdSense secara automatik akan memaparkan iklan. 

Sekarang, apabila pembaca klik pada iklan tersebut, anda akan mendapat wang daripadanya. Selepas ini, matlamat anda adalah untuk mendapatkan trafik ke blog anda dan; lebih banyak trafik yang anda dapat, maka lebih banyak pendapatan anda akan jana.

Amaran : Jika anda fikir ini sebagai satu method buat duit yang begitu mudah dan; anda boleh meminta rakan-rakan anda atau keluarga untuk klik pada iklan adsense anda, TOLONG JANGAN BUAT BENDA TU.



Google AdSense adalah rangkaian iklan yang berkualiti dan 'smart.' Apa-apa dan mana-mana aktiviti di mana penerbit yang meminta untuk klik pada iklan atau menggunakan kaedah yang tidak sah untuk mendapatkan lebih banyak klik, akan dikenakan tindakan pembatalan akaun AdSense. Setelah akaun anda dilumpuhkan, ia akan menjadi sukar bagi anda untuk mendapatkan kembali akaun anda.

Bahagian yang sukar adalah untuk mendapatkan akaun diluluskan dan ini boleh dilakukan hanya jika anda komited dan rajin mengemaskini laman web anda dengan teratur. Jangan ingat ini skim cepat kaya, ianya memerlukan kesabaran, dedikasi dan usaha yang gigih. Berkat kesabaran ialah, anda akan dibayar lumayan untuk dedikasi anda dari masa ke masa.
3. 8coin.my

Dahulu dikenali sebagai 8Share, juga dikenali sebagai SAYS merupakan salah satu platform yang memberikan anda pendapatan berdasarkan perkongsian iklan daripada mereka melalui link khas untuk akaun anda. Mudah sahaja, share iklan anda di mana-mana media sosial seperti Facebook, Twitter. Program 8coin ini sebenarnya adalah program lama yang dijenamakan semula. Lebih kurang sama macam program churpchurp juga. 

Kalau nak join, dan buat duit dengan 8coin, boleh daftar menerusi laman 8coin.my. Sesiapa yang suka bersosial media tu, tweet, share posting lebih baik anda share berita kool, hot topic atau cerita tergempak dari 8coin ni. Boleh juga tambah pendapatan kan. Anda tak perlu keluar modal pun nak join 8coin  ni. Free register je.

4. Churpchurp

Jika anda rasa anda adalah seorang social media influencer, bolehlah try join program ni. Untuk join program ni, boleh ke laman web mereka iaitu https://my.churpchurp.com/. 

ChurpChurp juga merupakan platform yang lebih kurang sama dengan 8coin.my, tetapi agak kurang aktif berbanding 8coin buat masa ini. Berkemungkinan besar ChurpChurp sudah kurang ataupun tidak aktif lagi. Harapan saya semoga churpchurp akan muncul semula atau dijenamakan semula.

5. Adhance.my

Dipercayai antara yang agak mudah untuk buat duit. Kita perlu promosikan laman web untuk mencari kerja yang dinamakan mukerja.my. Segalanya tentang web mencari kerja, info kerja tentang rakyat Malaysia. Orang yang memohon kerja dari link yang anda kongsi akan membolehkan anda mendapatkan bayarannya. 

Komisyen adalah daripada RM0.25 hingga RM1 untuk setiap permohonan. Sebagai contoh, anda promosikan satu pekerjaan kosong di media sosial dan ada 100 orang yang membuat permohonan untuk pekerjaan tersebut, jadi komisyen anda adalah RM100 (jika komisyen untuk pekerjaan tersebut adalah RM1).

6. Iklan Bidvertiser

Pada masa ini tidak ramai ramai blogger Malaysia menggunakan iklan Bidvertiser mungkin kerana beberapa masalah sebelum ini di mana terdapatnya iklan-iklan Bidvertiser yang telah diserang malware turut memberi kesan ke atas prestasi blog. 

Namun sejak itu, Bidvertiser telah meningkatkan langkah keselamatan dan memperketatkan setiap website yang memaparkan iklan mereka. Bidvertiser adalah iklan Pay Per Click (PPC) dan bergantung kepada jumlah'impressions' maka paparan iklan seperti ini agak kurang berkesan dan menarik perhatian pengunjung. 

Maka cara untuk menjana pendapatan melalui iklan Bidvertiser ini tiada jalan lain selain dari menggunakan format iklan 'Pop-up Under' atau 'Slider Ads'. Untuk menjadi Publisher Bidvertiser syarat-syaratnya tidak seketat Google Adsense. Tiada jumlah trafik minimum diperlukan. Namun ianya ada konflik sekiranya diletak bersama dengan iklan Google Adsense. Boleh rujuk cara daftar di web Bidvertiser.

Kesimpulan....

Ada banyak lagi cara lain sebenarnya yang akan saya update disini...

Tapi janganlah terlalu ghairah...tiada jalan yang mudah untuk mendapatkan wang yang banyak melalui iklan di blog. Anda perlulah rajin dan berusaha. 


Anda juga perlulah kreatif dan menggunakan teknik serta cara yang betul agar ianya tidaklah hanya menjadi satu usaha yang sia-sia dan akhirnya membuatkan anda kecewa dan hampa! 

Anda masih perlu berusaha. Tapi usaha yang ‘smart’ la. BUKAN work hard, tapi ‘work smart’. Tapi yang pasti menjana duit dengan berbblogging anda TAK Perlu Cari Orang, TAK Perlu Jual Barang, TAK Perlu Join MLM / Skim Cepat Miskin. Sabar dan konsisten dalam berblog insyaAllah......

Bersambung...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan