Cara elak jadi gemuk selepas raya. Amboi sakan beraya nampak pergi ke rumah terbuka dari pagi sampai ke malam memanglah makan tak berhenti. Elok bulan puasa dah kurus dan ramping tiba hari raya, atau beberapa hari lepas raya perut dah naik! Jom cuba cara ni elak perut naik atau gemuk selepas raya.
1. Makan yang sihat dulu
Maksudnya cuba makan buah, sayur dan makanan yang sihat terlebih dahulu sebelum makan juadah hari raya. Makan dalam kadar yang seimbang jadi badan akan dapat nutrisi sihat terlebih dahulu.
2. Minum kopi hitam
Tak dinafikan kopi hitam adalah energi booster yang berkesan. Ia boleh menambahkan metabolisme jadi ia akan membantu badan membakar kalori, amalkan pagi dan petang. Ada tak antara rakan anda yang kuat makan tapi kurus? Itu kerana metabolisma mereka tinggi. Cara untuk kita yang metabolisme sederhana ini untuk tingkatkan pembakaran lemak adalah dengan minum kopi. Lebih elok tanpa gula kerana rasa kopi tanpa gula bagi saya lebih kaww.
3. Kunyah makanan sehingga hancur
Pernah dengar bahawa Nabi Muhammad SAW mengunyah makanan sehingga 40 kali, ia sangat bagus supaya makanan betul-betul hancur dan cepat dihadam. Cepat dihadam sekaligus kalori mudah dibakar. Jadi kunyahlah dengan banyak dan barulah ditelan. Sementara menguyahk tu boleh lah anda bersembang dengan rakan-rakan, jangan membawang sudahlah!
4. 1 rumah terbuka, 1 hidangan
Kuih raya anda makanlah sedikit, makan berat ambil 1 hidangan saja. Kan nak pergi beraya 8 rumah terbuka 1 hari! Hehehe betul tak, jangan makan sampai terlalu kenyang. Cukup untuk merasa hidangan tuan rumah takkan tak makan langsung kan. Raya tetap raya, makan tetap makan.
5. Elak air manis
Yang ni musuh paling utama. Air manis kena elakkan tapi dah tuan rumah hidang macammana nak elak? Minum segelas sahaja buat syarat hehe. Kemudian minum lah air kosong secukupnya. Minum lebih air kosong di hari raya supaya perut dapat dibersihkan dan melancarkan sistem perkumuhan.
6. Buat senam ringkas
Ringkas maksudnya tak perlu berjoging, pergi gym atau zumba. Cukup senam ringkas dalam bilik yang tak perlukan ruang besar seperti pumping, plank, dan squat. Lompat bintang pun ok asal keluar peluh. Amalkan awal pagi atau petang.
7. Enjoy hari raya anda! Jangan stress sangat pasal berat badan
Makan tetap makan jadi makanlah dengan portion yang betul, kesederhanaan itu paling penting. Tak mengapa berat naik 1-2 kg ketika raya itu normal, tapi jika berjaya dikekalkan itu 1 kejayaan yang sngat baik. 7 hari selepas raya sambung diet anda semula.
Selamat hari raya aidilfitri 2019! (tahun artikel ini ditulis)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan