Siapa pernah mengalami Micro Sleep???
Micro sleep adalah keadaan di mana kita akan tertidur untuk beberapa saat hingga 30 saat tanpa kita sedari. Micro sleep ini terjadi terutamanya sewaktu memandu dan ianya sangat membahayakan diri dan keluarga yang bersama-sama kita. Ketika memandu kita paksa diri kita dan ingatkan kita masih sedar sedangkan rupanya kita dah terlelap beberapa saat!
Micro sleep ini juga terjadi pada waktu tertentu sewaktu awal pagi dan waktu tengah hari di mana badan kita memerlukan tidur pada waktu itu.
Simptom-simptom micro sleep
• Tersengguk-sengguk
• Kelopak mata semakin tertutup atau kuyu
• Mata terkebil-kebil
• Merenung dalam ke arah sesuatu yang kosong
• Tak boleh nak fokus
Faktor berlakunya micro sleep
Paling utama berlakunya micro sleep adalah tidur. Kurang tidur, jadual tidur yang tak menentu, tidur yang tak cukup dan sebagainya.
Jadi kalau rasa anda perlu memandu jauh pastikan anda dapatkan tidur yang cukup. Jika mengantuk berhenti rehat sebentar dilokasi yang selamat atau minum kopi panas di kawasan rehat dan rawat sepanjang perjalanan anda.
Micro sleep ketika memandu
Tahukah anda micro sleep juga terjadi akibat paras carbon dioxide yang tinggi didalam ruang kenderaan anda?
Sebagai panduan, tahap carbon dioxide yang baik dalam sesuatu ruang perlu berada dibawah 1000ppm. Level yang paling baik adalah dibawah 500ppm. Apabila tahap karbon dioksida mencapai antara 1000 - 2000 ppm anda akan mula merasa pening-pening (drowsiness). Apabila tahap carbon dioksida mencapai 2000 - 5000 ppm inilah ramai akan rasa letih dan mengantuk bergantung kepada tahap kesihatan individu. Potential untuk berlakunya micro sleep adalah bermula pada tahap ini. 5000ppm adalah had pendedahan dibenarkan untuk manusia terhadap carbon dioksida. Paras IDLH (immediate danger to life and health) carbon dioxide dalam sesuatu ruang adalah 40,000ppm.
Saya telah lakukan satu simple study perjalanan selama dua jam tanpa henti. Saya telah setting ventilation kereta dengan re-circulation mode (RC) dan open air mode (OA) ataupun fresh air mode. Rujuk gambar untuk memahami RC dan OA mode. Pemanduan ini saya lakukan dengan kereta dinaiki oleh dua orang sahaja.
Keputusannya;
Bagi OA mode, paras kandungan karbon dioksida sepanjang perjalanan kekal dibawah 1000ppm secara puratanya selama 2 jam. Namun suhu didalam kereta agak tinggi.
Bagi RC mode, paras kandungan carbon dioxide meningkat terutamanya setelah 15 minit perjalanan dengan bacaan tertinggi diberikan adalah melebihi 5000 ppm. Namun suhu udara memang jadi rendah.
Bagi OA mode ini memang pemandu merasakan segar namun kurang selesa dengan suhu sebab kebanyakan ujian dijalankan pada waktu tengah hari. Namun kesan pada pada setting RC memang dirasakan oleh pemandu yang mula terasa keletihan.
Ramai orang mengatakan mereka keletihan akibat kurang rehat sebelum pemanduan, ianya tidak salah. Namun faktor kualiti udara dalaman kenderaan anda juga mampu memberikan kesan tidak baik kepada pemanduan anda.
Kajian saya hanya melibatkan kenderaan yang dinaiki oleh pemandu dan seorang penumpang. Bagaimana jika kenderaan ini dinaiki seisi keluarga yang lebih ramai? Pasti peningkatan kandungan carbon dioxide akan jadi lebih cepat.
Bagaimana cara mengatasi?
Anda boleh secara berselang seli untuk membenarkan udara luar memasuki ruang kenderaan anda, mungkin bagi setiap 15 minit sekurang-kurangnya benarkan udara luar memasuki kenderaan anda. Kandungan carbon dioksida dalam udara biasa (ambient air) dianggarkan hanyalah pada paras 300ppm. Jika masih kurang berkesan anda perlu berhenti dan mengambil udara segar sebelum meneruskan pemanduan. Berhenti untuk tidur dalam ruang kenderaan tertutup (RC mode) mungkin tidak mampu mengurangkan keletihan anda tadi. Anda tetap perlukan udara segar.
Berhati-hati ketika memandu.
Ini adalah pesanan khidmat masyarakat untuk panduan semua sebelum pulang bercuti berhari raya.
Share sekiranya ianya mampu memberi manfaat.
*nota kaki: ppm = part per million

Kredit: PDRM Johor, saudara Hanis
#Microsleep
#sayangikeluargkita
Tiada ulasan:
Catat Ulasan