24/05/19

Cara jaga bateri kereta supaya tahan lama


ADAKAH ANDA TAHU JANGKA HAYAT UNTUK BATERI KERETA ANDA??


Bateri kereta terbahagi kepada dua :

1. Bateri Kering.
2. Bateri Basah.

Tempoh biasa jangka hayat untuk bateri basah boleh mencecah 3-4 tahun manakala bateri kering pula sehingga 2 tahun 6 bulan. Dengan penjagaan yang elok,jangka hayat bateri boleh dipanjangkan dan ia juga dapat memastikan perjalanan yang selamat .

TIPS JAGA BATERI KERETA SUPAYA TAHAN LAMA.

1. Bateri basah.
• Pastikan tahap sukatan air bateri ( asid sulfurik ) sentiasa diperiksa supaya tidak kering.


2. Bateri kering.
• Apa yang perlu dilihat pada bateri kering ialah penunjuk cas bateri,”jika ianya hijau – OK””jika ianya hitam – KO “ kerana ianya “ Free Maintenance”.

3. Pastikan wayar penyambungan pada bateri dicabut jika anda ingin meninggalkan kereta untuk jangka masa yang lama bagi mengelakkan penyambungan cas berlaku.

4. Elakkan tombol terminal positif/negatif berkarat atau ada serbuk putih. Cara untuk mengelakkan dengan menyapukan gris atau bersihkan dengan natrium karbonat ( baking powder )kemudian bilas dengan air panas. Cara paling mudah adalah spray dengan silicon anti karat.

5. Gunakan kunci manual bukan kunci remote kerana jika anda guna kunci remote, bateri akan sentiasa digunakan kerana kereta sentiasa dalam mode standby untuk menggunakan alarm. Jadi pastikan anda kunci stereng kereta anda guna kunci stereng yang berkualiti!

6. Setiap kali parking kereta pastikan aircond dan radio sudah ditutup, waktu memandu juga elakkan memasang radio dengan kuat. Ini dapat memanjangkan jangka hayat bateri kereta anda juga

Mohon SHARE agar memberi manfaat buat semua..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan