17/05/19

Senarai kuih raya tradisional yang semakin dilupakan




Kunjungan keluarga, sanak-saudara, sahabat handai pasti yang dinantikan semasa hari perayaan. Jadi apa yang paling mustahak ialah menyediakan hidangan dan kuih-muih yang menyelerakan untuk mengisi perut mereka. 

Namun apa yang menjadi tidak seronok apabila ada pula kuih yang langsung tidak berusik, sampai habis raya pun kuih itu tak laku! 

Sedih kan, tapi hendak buat macam mana, lain orang lain citarasa. 

Ini senarai kuih raya tradisional yang semakin kurang di hidang waktu hari raya:

1. Almond London – biskut bersalut coklat dengan intinya kacang badam. 

2. Tart Nenas – pastri rapuh dengan jem nenas didalam

3. Popia Simpul Kasih – kulit popia disimpul dengan isi serunding ayam atau daging

4. Cornflakes Madu – kepingan cornflakes yang digoreng kilas bersama madu. 

5. Semprit – kuih tradisional menggunakan bahan mentega, tepung dan esen vanila

6. Sarang Semut – kanak-kanak paling suka kuih ini, ia rapuh dan sedap 

7. Biskut Suji – lemak-lemak manis dan cair bila didalam mulut

9. Biskut Dahlia – sama seperti kuih semprit cuma ia diacu menjadi bunga 

10. Kuih Ros – rangup dan manis, kuih paling nostalgia dihari raya 

11. Popia Nestum – kuih alaf baru, kulit popia yang digoreng kemudian disalut 

12. Rempeyek – lagi banyak kacang, lagi sedap! 

13. Mazola Kacang – semuanya tentang kacang! Siapa tak suka kacang kan? 

14. Biskut Marmar Carries – biskut dari susu ini memang sedap tak jemu bila makan

15. Rich Nut’s Karamel – kekacang yang dibakar bersama gula karamel

16. Biskut Lidah Kucing – warna pelangi yang cantik ini memang si kecil suka nak makan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan