Surah Al-Kahfi pendinding diri di akhir zaman

Dah baca Surah Al KAHFI?? Kenapa perlunya baca Surah Al Kahfi ni?? Saya nk kongsi 2 kelebihan membaca Surah Al Kahfi setiap hari Jumaat dan cara untuk membaca Surah Al-Kahfi secara mudah dan cepat.




Pertama : Akan dipancarkan cahaya untuknya diantara dua jumaat. 

Mafhum hadis : “Barangsiapa membaca surah Kahfi pada hari Jumaat, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jumaat.”

Kedua : Kita juga akan dilindungi daripada FITNAH DAJAL.

Dalam riwayat Muslim yang lain, dari Abu Darda’ radhiyallahu ‘anhu, bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat dari permulaan surat al-Kahfi, maka ia dilindungi dari Dajjal.” Iaitu dari huru-haranya.

Belum baca bossku.. Susah la nak baca Surah ini bossku.. Berbelit-belit lidah saya ini..Huhu

Tak pe2.. Baca je. Mulakan dengan sikit-sikit.. Contohnya bahagikan kepada 6 kali baca untuk satu surah

Ayat 1-31
Ayat 32-50
Ayat 51-59
Ayat 60-82
ayat 83-99
Ayat 100-110


Tempoh dikira membaca surah Kahfi pada hari Jumaat ialah bermula dari selepas maghrib hari khamis sehingga sebelum maghrib hari jumaat.

Selamat beramal bossku.
Surah Al-Kahfi pendinding diri di akhir zaman Surah Al-Kahfi pendinding diri di akhir zaman Reviewed by cikguzim on Isnin, Julai 01, 2019 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.