Cara dan resepi masak ayam goreng sedap macam KFC!



Ayam goreng pastinya digemari oleh semua orang tidak kiralah kanak-kanak mahupun kita yang dah dewasa ini. Betul tak? Lagi-lagi kalau dapat makan panas-panas memang sedap! 

Ia juga salah satu menu masakan yang senang dan mudah untuk dimasak. Biasanya, kalau nak jimat masa, kita akan goreng ayam yang digaul dengan kunyit je, ada juga digoreng dengan tepung salut ayam. Itu pun dah cukup sedap kan?

Tetapi, kali ini kami ingin kongsikan kepada anda cara membuat ayam goreng ala KFC yang mudah dan sedap. Anda bolehlah mencuba resepi ini untuk hidangan anda sekeluarga. Memang sedap hingga menjilat jari.

Bahan-Bahan Perap



Ayam setengah ekor

2 Sudu besar serbuk cili (ikut citarasa masing-masing)

2 Sudu besar serbuk kari

10 Ulas bawang putih (ditumbuk)

1 Sudu besar serbuk lada hitam

1 Sudu besar lada sulah

2 Sudu kecil garam

1 Sudu kecil serbuk perasa 

1 Sudu kecil soda bikarbonat

1 Sudu kecil cuka (untuk ayam juicy)

Bahan Salut:

2 Biji telur

1 Cawan tepung gandum

1 Cawan tepung jagung

1 Sudu kecil garam

1 Sudu kecil serbuk cili

1 Sudu kecil soda bikarbonat

Cara-caranya: 



Masukkan ayam ke dalam bekas besar dan masukkan kesemua bahan perap. Gaul rata semua bahan tersebut. Perap sekurang-kurangnya 30 minit, lagi lama anda perap lagi sedap! Setelah diperap, masukkan telur dan gaul rata. Kemudian, gaul rata kesemua bahan salut. Masukkan ayam ke dalam bahan salut dan salutkan pada keseluruhan ayam.

Panaskan minyak. Pastikan minyak betul-betul panas tau! Goreng ayam di dalam minyak yang banyak (deep fry). Setelah kekuningan, angkat ayam dan toskan. Siap!
Cara dan resepi masak ayam goreng sedap macam KFC! Cara dan resepi masak ayam goreng sedap macam KFC! Reviewed by cikguzim on Isnin, Februari 04, 2019 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.