24/03/19

Tips jimat aircond paling senang


Tips ringkas aircond (tengok simbol)

Selalunya pengguna aircond terkeliru dengan perbezaan antara dry mode dan cool mode. Biasanya pada alat kawalan jauh dry mode ditunjukkan dengan lambang titisan air manakala cool mode dengan lambang empingan salji.

Untuk penjimatan tenaga yang efisen, kami galakkan korang gunakan dry mode kerana untuk mod ini kompressor tidak berlari pada kadar maksimum untuk menyejukkan ruang.



Sensor akan mengesan perubahan suhu dan mengekalkan suasana nyaman dengan kadar kelembapan sebanyak 60% sahaja dalam ruang udara. Dan yang paling penting korang pun tak mudah selesema..

Cubalah.

Kredit: Sejuknya Air Conditioner

#carajimatbilelektrik #carajimataircond #baikiaircond #penghawadingin

23/03/19

Gambaran wajah jin

Jika ada yg mereka yg dibukakan hijabnya..maka lebih kurang beginilah yg mereka akan nampak pada setiap hari...siang mahupun malam...lakaran ini benar...lebih kurang beginilah antara jelmaan2 yg ada..

Cuma ini adalah gambaran/jelmaan..rupa sebenar iblis/jin/syaitan..

Kredit: Zulkarnain Hj Idris
Lakaran: Ad Np












Syaitan tugasnya untuk menyesatkan manusia manakala jin tugasnya untuk menakutkan manusia. Di dunia kita dapat lihat jin , di akhirat kelak kita yang nampak, mereka tak nampak kita.

Wallahuallam...

#rupajin #mukajin #gangguanjin #sihir #saka #carahalaujin #wajahjin #jin

Apa bakal berlaku kepada bumi jika supervolkano Yellow Stone meletus?


Super Volcano Yellowstone Bakal Meletus : Tulisan John MohamedYellowstone merupakan taman negara yang terletak di daerah Wyoming di Amerika Syarikat, merupakan tempat pelancongan yang sentiasa menjadi tarikan orang ramai dan para saintis. 


Sememangnya sangat indah untuk dilawati kerana kawasannya yang mempunyai geiser dan kawah air panas yang berwarna warni. Yellowstone mempunyai satu rahsia terpendam yang mungkin ramai tidak tahu iaitu terdapat satu ruangan yang cukup besar dan mengandungi magma atau batuan cair.

Tempat ini juga merupakan sebuah gunung berapi yang masih aktif cuma mengambil masa yang agak lama untuk meletus.

Ahli sains dan kaji bumi yang membuat kajian berkata, terdapat beberapa gegaran kecil iaitu gempa bumi yang lemah akibat magma yang berada dibawah tanah sedang bergerak. Yellowstone mempunyai takungan magma yang besar dan berukuran hampir 5 batu kedalam bumi dan disalurkan oleh magma dari mantle bumi.

Kawah Yellowstone ini mencapai keluasan 72km yang boleh dilihat dari angkasa, kalau buka google earth anda akan nampak betapa besarnya kawah Yellowstone ini. Letusan nya yang terdahulu 2500 kali lebih kuat berbanding letusan gunung berapi St Helen yang terletak di Amerika Syarikat. Gunung berapi ini telah meletus sebanyak 3 kali dalam sejarah nya, 2.1 juta tahun,1.3 juta tahun dan paling terbaru 640,000 ribu tahun dulu.

Letusan yang terdahulu menghamburkan kira kira 1000km kubik padu yang bercampur dengan batu serta debu ke langit. Ini bermakna peluang untuk gunung berapi ini untuk meletus kali ke 4 masih besar dan kemungkinan yang paling hebat. Ini menyebabkan ramai saintis dan ahli kaji bumi risau mengenai perkara ini.

Melalui kajian terbaru dan hasil bacaan saya di internet menunjukkan setiap bulan pasti ada berita terbaru yang akan menyebabkan orang yang sentiasa mengikuti perkembangan Yellowstone akan merasa risau, setiap hari akan direkodkan gempa bumi lemah disekitar Yellowstone tersebut.

Para saintis sudah dapat lihat tanda awal kehadiran magma yang menyebabkan pokok disekitar kawasan tersebut mati akibat gas dan suhu tinggi yang mula naik dari bawah tanah.


Kesan buruk akibat letusan Yellowstone ini sangat bahaya, boleh menyebabkan jutaan manusia mati akibat gas dan debu yang sangat beracun, aliran pyroclastic yang mencecah 300kmj dan gas panas setinggi 1000c akan menghancurkan seluruh isi yang terdapat disekitar Yellowstone dan hampir separuh dari negara Amerika akan musnah akibat letusan hebat yang sudah lama menunggu masa untuk meletup dalam abab ke 21 ini.

Beberapa jam selepas letusan berlaku, keadaan disekitar tempat tersebut mula bertukar menjadi gelap segelapnya sehinggakan perlu bantuan lampu, itu pun kalau meletup pada waktu siang. Perubahan iklim yang mendadak akan berlaku dalam tempoh beberapa hari kemudiannya.

Selang beberapi hari, asap dan debu kemudiannya akan dibawa oleh angin dan akan menutup cahaya matahari dibeberapa negara. Akibatnya banyak tanaman dan haiwan ternakan akan musnah akibat kekurangan makanan, wabak dan penyakit akan melanda seluruh dunia pada ketika itu, kejadian ini dinamakan sebagai Volcanic Winter yang disebabkan oleh debu gunung berapi mengandungi sulfur oksida yang mampu menghalang cahaya matahari dari sampai ke permukaan bumi.

Partikel halus dan tajam akibat ledakan gunung berapi ini akan mula masuk didalam lautan,tasik dan sungai yang akan menyebabkan bekalan air bersih tidak dapat disalurkan. Kemungkinan besar pada waktu tersebut akan berlaku kacau bilau yang sangat hebat, mana tidaknya sudahlah makanan dicatu malah air untuk diminum pun hampir kering.

Begitu hebat kesan letupan gunung berapi yang berskala mega ini yang akan menyebabkan jutaan manusia mati, ekonomi akan menjadi tidak tentu, harga makanan melambung tinggi secara mendadak, suhu dunia mulai turun.

Manusia yang terselamat pada ketika itu mungkin terkapai-kapai untuk menyelamatkan diri.

Sumber: John Mohamed

Tips kekal sihat musim panas



Bila keadaan panas, aktiviti pun jadi terhad; terutama sekali aktiviti luar. Badan akan mudah terhidrat atau kekurangan air. Buat mereka yang memang dah ada masalah kesihatan, lagilah perlu lebih berhati-hati. Kena pastikan badan menerima air secukupnya.



Apabila badan berada di dalam keadaan kepanasan, memang tak selesa dibuatnya. Apatah lagi kalau rumah tidak ada penyaman udara. Kipas yang dipasang berkelajuan maksima pun tak boleh nak hindar bahang kepanasan yang ada. Jika sidai kain di jemuran, dalam masa sejam sahaja ... kain dah kering. Kalau hari biasa, kena biarkan paling tidak 3 jam untuk kering sepenuhnya.


Saya kongsikan infografik ini untuk panduan serta tips kekal sihat di musim panas. 



Tips Kekal Sihat Musim Panas

Antara tips yang diberikan oleh pihak KKM ialah:
  1. Minum banyak air kosong, dan kurangkan meminum minuman berkafein dan banyak gula. Contohnya kopi, teh tarik dan juga teh. Tapi kalau nak kurangkan sejuk badan, boleh amalkan minum teh hijau yang menyegarkan.
  2. Gunakan kipas atau pendingin hawa. 
  3. Kurangkan melakukan atau terlibat dengan aktiviti-aktiviti luar, terutama sekali aktiviti berat dan yang dibuat di kawasan terdedah secara terus kepada pancaran sinar matahari.
  4. Pakai losyen pelindung untuk kulit apabila lama di luar.
  5. Memakai pakaian yang ringan, nipis dan longgar. Jangan memakai pakaian berwarna gelap, kerana ia mudah menyerap haba.
  6. Elakkan berada di dalam kenderaan yang tertutup tanpa pendingin hawa.
  7. Minum air isotonik untuk gantikan garam yang hilang kerana peluh.
  8. Pakailah topi atau payung untuk melindungi diri daripada pancaran matahari.

Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan ramai, terutama mereka yang tinggal di bahagian utara Semenanjung Malaysia yang alami cuaca dan suhu panas yang tinggi. 

Biasanya suhu persekitaran adalah antara 28-30 darjah celsius, jadi kalau dah nak sampai 40 darjah celsius tu .. memang badan akan terkejut dan beri kesan negatif terhadap kesihatan.



Maka, sangat dinasihatkan untuk amal 9 tips kekal sihat musim panas yang telah dikeluarkan oleh KKM.

22/03/19

Gambar kenangan banjir besar 2014 dan kemarau 2016 di Pahang


Berikut merupakan gambar kenangan ketika banjir besar tahun 2014 di sekitar bandar Temerloh iaitu bandar yang terletak bersebelahan dengan sungai Pahang dan antara yang teruk mengalami kesan banjir tahun 2014. 













Berikut antara gambar-gambar kenangan musim kemarau yang agak teruk ketika tahun 2016. Sampaikan sungai Pahang mampu untuk diseberangi dengan berjalan kaki di atas pasir, ada juga rodong yang mencari kijing dan etak-etak di pasir dan tepi sungai. 









Gambar dari pelbagai sumber : Google/ fb



21/03/19

Sayangi Tabung Haji dan kekalkan simpanan anda di dalamnya



Sayangi institusi Islam ini, kukuhkan perpaduan ummah, niatkan nak simpan dalam TH untuk simpanan pergi haji. Hibah tinggi atau rendah itu bonus tambahan bagi kita.

Insyallah penstrukturan yang dilaksanankan semula akan memulih danmenjamin simpanan kita pada masa akan datang. 

20/03/19

Jangan merungut, berdoalah ketika musim panas ini..




*Doa Ketika Cuaca Panas*


Cuaca di tanah air kita Malaysia semakin tidak menentu, panasnya membahang sehingga ke malam.

Keluhan demi keluhan yang diungkapkan oleh bibir tidak mampu memberi sebarang kebaikkan.

Adalah lebih baik setiap keluhan yang sia-sia digantikan dengan doa dan munajat kepada Allah.

Terdapat Athar yang telah sampai kepada kita mengenai bacaan doa ketika menghadapi cuaca panas

*لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ ، مَا أَشَدَّ حَرَّ هَذَا الْيَوْمِ ، اللَّهُمَّ أَجِرْنِي مِنْ حَرِّ جَهَنَّمَ*

(Lailaha illa Allah, Mā asyadda Harra Hazal Yaum, Allahumma Ājirni  min Harri Jahannam )

Maksudnya :

*Tiada tuhan melainkan Allah, Alangkah panasnya cuaca pada hari ini, Ya Allah Ya Tuhanku Jauhkanlah aku daripada panasnya neraka jahannamMu*

Semoga keluhan yang bermain dibibir kita digantikan dengan doa dan munajat kepada Allah.





Khadimakum :

Zulhafizi Salim AlRifā'i

1/03/19

Kenapa kucing tanam najisnya? Pandai jaga kebersihan atau ada kisah di sebaliknya?



Jika selama ini anda menganggap kucing menanam najisnya kerana ia pentingkan ‘kebersihan’ anggapan anda betul tetapi tidak 100%…

Jom kita baca kisah dongeng ini dahulu ya, tapi versi Indonesia dong hahaha......

........................

Dahulu kala, kucing bersahabat dengan harimau. Mereka selalu bersama-sama di hutan . Harimau tidak pandai berburu, maka kucing yang mencari hewan buruan untuk mereka berdua. Karena tubuh kucing kecil, maka ia hanya dapat menangkap hewan-hewan kecil untuk mereka makan.
Harimau sering merasa lapar karena makanannya hanya sedikit. Ia sering melihat kucing berburu dan berpikir, kalau ia berburu, tentu ia akan mendapat mangsa yang lebih besar dan ia dapat makan sampai puas.
“Kucing,” kata harimau. “Aku ingin berburu, tapi aku tidak tahu caranya. Ajari dong,”“Gampang, kok,” kata kucing. Lalu ia mulai mengajarkan cara mengejar hewan buruan. 
Esoknya, kucing menunjukkan bagaimana menerkam dan menangkap buruannya.

Harimau belajar dengan cepat. Ia sudah dapat menangkap hewan buruan besar. Tapi harimau tidak puas.
“Kucing sangat pintar,” katanya dalam hati. “Pasti ada ilmu lain yang dimilikinya. Ia harus mengajarkannya kepadaku.”“Hai, kucing,” kata harimau. “Kau sudah mengajarkan aku berburu. Ajari aku kepandaian lain, dong.”“Kepandaian apa lagi?” jawab kucing. “Semua sudah kuajarkan kepadamu”
Harimau masih penasaran. Ia berpikir terus, bagaimana caranya agar kucing menunjukkan kemampuan yang belum diajarkannya. 
“Mungkin kalau aku mengejutkannya,” kata harimau dalam hati, “kucing akan menggunakan ilmu itu.”
Pada suatu hari, kucing sedang tidur. Harimau mengendap-endap dan menerkam kucing! Kucing terkejut tapi ia dapat menghindar dan memanjat sebatang pohon yang tinggi.

Pada saat itu kucing baru teringat bahwa ia belum mengajarkan cara memanjat pohon kepada harimau. Sementara harimau yang merasa dikhianati, marah besar.
“Kucing!” teriak harimau dari bawah pohon. “Aku tahu kau bukan teman yang baik. Akan kubalas kau!”
Harimau menunggu kucing turun dari pohon, tapi kucing tetap bertahan . Akhirnya harimau merasa lelah dan lapar, ia pun pergi sambil mengancam,
” Kau tidak bisa lari dariku. Ke manapun kau pergi, aku akan mencarimu.”

Setelah harimau pergi, kucing turun dari pohon dan lari ke perkampungan manusia. Kepandaiannya menangkap tikus membuat manusia suka padanya dan sering memberinya makanan. Kucing pun tinggal di perkampungan. Namun, walaupun kucing tahu harimau tidak dapat mengejarnya ke perkampungan, ia selalu berhati-hati. Setiap membuang kotoran kucing selalu menimbunnya dengan tanah atau pasir atau dedaunan agar tidak tercium dan dapat ditemukan oleh harimau.

..........................

Ahahahah ia cuma cerita dongeng. Jadi kenapa kucing timbus najisnya?




Seperti yang anda sedia maklum, selepas ‘melepas’ kebanyakkan kucing akan menimbus najisnya (atau kencingnya).

Tidak dinafikan kucing memang haiwan pembersih jika dibandingkan dengan haiwan @ binatang peliharaan lain, namun ‘kebersihan’ bukanlah sebab utama perlakuan tersebut.

Berikut merupakan fakta ringkas mengapa kucing menimbus najisnya:

Untuk mengelakkan kucing yang lebih dominan rasa tercabar
Untuk mengelak pemangsa
Sebagai pengiktirafan anda adalah ‘bos’ mereka (kucing rumah)
Dan juga kebersihan..

MENIMBUS NAJIS MERUPAKAN NALURI HIDUP SEMULAJADI KUCING

Kucing menggunakan bahan buangannya seperti najis atau kencing untuk menandakan kawasan jajahannya.

Mungkin bau najis kucing sama sahaja bagi kita, tetapi tidak bagi kucing. Setiap kucing mempunyai bau najis tersendiri yang hanya dapat dikesan oleh kucing sendiri. Ini disebabkan oleh kewujudan bahan kimia unik yang berbeza pada setiap kucing.

Dalam habitat semulajadinya, kucing (semua jenis kucing – singa, harimau, harimau bintang…) seringkali bersaing untuk mendapatkan kawasan jajahan @ perburuan mereka. Najis atau kencing digunakan sebagai cara untuk memberi isyarat bahawa kawasan tersebut adalah jajahan mereka. Untuk tujuan ini kucing tidak akan menimbus najisnya.


Hanya kucing dominan (tomcat) sahaja yang akan berbuat demikian. Kucing dominan adalah kucing yang lebih besar, lebih kuat atau kucing yang merasakan dirinya cukup kuat untuk mencabar kucing-kucing lain.

Kucing-kucing dalam kategori ini akan berak dan kencing merata-rata tanpa menimbus bahan buangan mereka. Kucing jenis ini adalah kucing yang anda lihat sering bergaduh sesama sendiri malahan mungkin pernah mencabar anda.

Kucing yang lebih kecil, lebih lemah, yang lebih kepada kategori ‘pengikut’ dan kucing betina pula akan lebih berhati-hati dengan bahan buangan mereka. Setiap kali mereka membuang najis atau kencing, mereka akan menanam bahan buangan tersebut.

Ia adalah satu cara untuk memastikan kucing dominan tidak merasa tercabar.

MENIMBUS NAJIS UNTUK MENGELAK ANCAMAN PEMANGSA

Selalunya kucing tidak akan membuang najis atau kencing berdekatan dengan tempat tinggalnya.

Kucing menimbus najis atau kencingnya jika ia membuang berdekatan dengan sarangnya terutama jika ia mempunyai anak kecil.

kucing hutan

Ini untuk mengelakkan keluarganya daripada dikesan oleh pemangsa.

Kucing peliharaan @ kucing rumah masih terbawa-bawa naluri hidup ini. Sungguhpun tidak ada pemangsa akan datang kerumahnya, ia masih berasa ragu-ragu. Penyelesaianya, ia akan pergi ke kawasan rumah jiran anda dan membuang najis disana.

ANDA ADALAH ‘BOS’ MEREKA

Jika anda memelihara kucing dan kucing tersebut menimbus najis atau kencing setiap kali ia melepas, itu menandakan bahawa kucing tersebut mengiktiraf anda sebagai ‘tuan’ atau ‘dominan’ dikawasan tempat tinggalnya.

kucing mengiktiraf anda sebagai tuannya

Berhati-hati jika kucing anda berak atau kencing merata-rata tanpa menimbus. Ini bermaksud mereka merasakan diri mereka lebih ‘dominan’ daripada anda.

Jika anda perhatikan setiap kali tiba musim mengawan tiba, kucing jantan akan datang berkunjung (jika anda mempunyai kucing betina) dan akan kencing merata-rata – dinding, tiang, tayar kereta…

Itu tandanya dia tidak mengiktiraf anda sebagai empunya kawasan tersebut. Ia merasakan dirinya lebih kuat daripada anda dan rumah anda adalah kawasan jajahan mereka (selain daripada memberi amaran kepada kucing-kucing lain).