Berikutan misteri kehilangan Acap. Adakah ia berkaitan dengan mistik dan alam lain? Sehingga kini belum lagi dijumpai di hutan. Ketika masuk ke hutan kita perlu ada adab-adab yang tertentu, beringat sebelum kena.
ADAB/PANTANG LARANG DIHUTAN
Bersiul di dalam hutan
- Dilarang sama sekali kerana ini akan menarik perhatian berbagai jenis binatang buas. Apabila kehadiran orang yang memasuki hutan itu diketahui oleh binatang buas, dirinya berada dalam keadaan bahava.
- Bersiul adalah perbuatan yg ditegah didalam Islam sebab Sewaktu Iblis turun kebumi, dia bersiul-siul sambil mencari anak-anak Adam utk disesatkan. Maka Kesimpulannya Bersiul tu Amalan Iblis
Melaung Semasa di Hutan
- Perbuatan melaung di hutan juga ditegah. Melaung atau bercakap dengan kuat dipercayai akan menarik perhatian berbagai-bagai jenis jembalang serta binatang buas yang ada di dalam hutan.
- Mentera & jampi serapah menjurus kepada syirik. Amalan ni patut ditinggalkan. Penggunaan telur & kemenyan biasanya dikaitkan dengan jin.i.
Tangkal
- Penggunaan tangkal sering dilakukan bagi mejaga diri. Adat masyarakat melayu mengguna tangkal sebagai pelindung selain dari Yang Maha Melindungi dijatuhkan hukum syirik.
Bahaya penggunaan tangkal
- Tangkal dari unsur haiwan
- Bagi tangkal yg diperbuat dari unsur haiwan, mengundang bahaya dari haiwan lain juga. Misalnya; tangkal dari kuku bapa rimau. Bau rimau tersebut dikatakan degeruni oleh rimau2 lain namun mungkin ada bapa rimau lain yg cuba mendekati bau ni sebagai pencabar kekuatan.
- Tangkal dari unsur jin
- Jin akan menjaga tuannya namun jin sesama jin adakalanya akan berlawan dan akibatnya pada manusia.
Azimat
- Guna ayat2 al-Quran & doa sebagai pendinding dan pemagar.
Seru haiwan
- Elakkan dari menyeru nama2 haiwan dengan perasaan riak/mempersenda2 haiwan tersebut. Ingat Ujian Illahi.
Seru Jin
- Elakkan dari seru nama2 jin, jembalang, qarin & seumpamanya.
Laung Nama sahabat
- Seeloknya elakkan dari laung nama sahabat, sebab ada jin / hantu syaitan yang suka mengajuk dan akan menyeru nama tersebut. Ini boleh mengelirukan kita.
Adab membuang air
- Kenalpasti lokasi bukanlah rumah/tempat jin/syaitan bertenggek.
- Jin suka tinggal di semak-samun, lubang2 pokok/tanah, pokok yang besar, gua2.
- Beri salam sebelum membuang air, jangan pancut arah banir pokok besar sebaliknya pancut arah bertentangan.
- Jangan kencing mengadap kiblat
Doa Masuk Hutan
- Bismillah..”Tidak akan rosak dan musnah diriku diatas sebarang PERBUATAN MAKHLUK melainkan diizinkan ALLAH taala”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan