10/04/19

Ciri Orang Bunian



Siapa dia Bunian?

Bunian ialah sejenis Jin perempuan yang jasadnya sama seperti manusia dan kebanyakannya terdiri dari golongan bangsawan Jin. Mereka juga dikenali sebagai puteri Jin kerana rupa paras yang cantik dan kaya..

Menurut sumber yang terpecaya dari alam jin; (dari Seorang Ulamak Jin yang hidup dari zaman Nabi Idris A.S.)  Bunian mula wujud pada zaman Nabi Idris Alaihissalam iaitu apabila berlakunya perkahwinan Syafir (Manusia) dan Nur (puteri Jin). Bermula saat itu, puteri-puteri keturunan mereka dipanggil Bunian. Pada Zaman Nabi Sulaiman A.S. Nabi Sulaiman A.S. telah berkahwin dengan ratu Balqis yang merupakan seorang bunian yang hidup sezaman dengan Daud A.S.

Dalam keturunan bunian, Bunian adalah gelaran bagi perempuan sementara lelaki dipanggil Raja. Ketua keluarga mereka pula dipanggil Sultan. Mereka semua dipanggil Bunian kerana perhatian/tumpuan terhad Bunian mendominasi perhatian terhadap sultan dan raja. sedangkan maksud asal bunian adalah gelaran bagi perempuan/puteri.

Kehidupan mereka amat mewah dimana mereka tinggal di dalam mahligai / istana yang besar, mempunyai dayang2 dan pengawal2 istana yang ramai..

Pekerjaan Bunian sama seperti manusia. Ada yang berniaga, pengusaha ladang2 besar, doktor, dan lain2..

Jenis-jenis Bunian

1. Bunian  Mayang Salingan

Ciri2 Bunian Mayang Salingan :

Tidak suka menari tetapi suka menyanyi, barang kemas dan bersolek.
 Kebanyakkan adalah beragama kristian. Hanya segelintir sahaja yangberagama lain dairi kristian. sekiranya Bunian Salingan memeluk Islam, maka panggilan terhadap mereka bukan lagi salingan tapi Lipur Biru.
Dari segi pakaian pula, Bunian Salingan suka tidak mempunyai pakaian khusus tertentu, tetapi kebanyakannya berpakaian gaun moden dan seksi.
Dari segi tempat tinggal, mereka tidak tinggal ditempat yang khusus tetapi berada diserata tempat; dalam hutan, sekitar rumah dan di dalam rumah manusia.
Dari segi kekuatan/kuasa, biasanya Bunian Salingan lebih kuat dari yang lain.
Bagi yang agak nakal/ jahat ,mereka suka menyamar dan menjelma untuk menakut-nakutkan manusia. Pontianak dan langsuir adalah antara penyamaran Bunian Salingan..
Kebanyakan bunian jenis ini adalah dari keturunan diraja/ bangsawan.

2.    Bunian  Lipur Biru

Ciri2 Bunian Lipur Biru

Bunian yang keseluruhannya  beragama Islam dan lebih alim dan warak berbanding yang lain.
 Suka menari terutama apabila mendengar lagu ulik mayang.,boleh dikatakan setiap kali lagu ulik mayang diperdengarkan, maka datanglah bunian lipur biru menari-nari ditempat itu.
Mereka juga sangat suka barang kemas dan bersolek
 Tidak mempunyai pakain yang khusus. Tetapi  memakai pelbagai fesyen pakaian yang menutup aurat; seperti jubah, baju kebaya. Ramai juga dikalangan mereka yang suka berpurdah/niqob. Tidak dinafikan juga, ada sesetengah mereka yang tidak bertudung atau memakai pakaian yang tidak menutup aurat sebagaimana segelintir Manusia muslim pada hari ini.
Dari segi tempat tinggal, mereka suka tinggal di kawasan sungai  dan berbatu, dalam barang2 perhiasan, batu2 permata seperti zamrud, akik sulaiman dan lain-lain lagi.
Kebanyakan bunian jenis ini adalah dari keturunan diraja/ bangsawan.

3.    Bunian  Sinar Batangan

Ciri-ciri Bunian Batangan

Mekakai pakaian yang pelbagai terutama yang seksi-seksi.
Bunian jenis ini suka bermain buaian, memakai perhiasan yang cantik2.
Semuanya bukan Islam; seperti kristian, hindu, budha  dan ada juga yang pagan (tiada agama)
Mereka suka tinggal di tunggul2 kayu atau batang2 kayu tertentu..seringkali juga dijumpai kediaman mereka pada perhisan rumah yang diperbuat daripada kayu spt, almari, jam, kerusi, katil dan lain-lain.
Bunian jenis biasanya tidak berkahwin, tetapi suka mengamalkan seks bebas.
Bunian jenis inilah yang paling ramai melakukan kejahatan dan penyamaran untuk menakut-nakutkan manusia. Contoh penyamaran mereka; Pontianak, langsuir , pochong dan sebagainya.
Latarbelakang ekonomi bunian jenis ini pula agak pelbagai; ada yang kaya, sederhana dan miskin.
Sebagaimana Bunian Salingan apabila masuk Islam dipanggil bunian Lipur Biru, begitulah juga dengan bunian sinar batangan ini, sekiranya mereka memeluk Islam , mereka juga dipanggil Bunian Lipur Biru.

PERHATIAN!

Kadang-kadang Bunian suka membina Istana di barang2 perhiasan atau cenderamata yang dijual di kedai-kedai cenderamata  seperti, rehal kayu bentuk kotak, lampu tidur, Barang2 perak, tembaga dan lain2 barang..




bersambung……

1 ulasan:

  1. Alhamdulillah..menarik apa yg dosampaikan.Tetapi, saya agak musykil sekiranya org Bunian yg suka mendiami tmpt2 yg spt cenderamata,batu perhiasan,perabut kayu.Apakah saiz mereka ni?Sgt kecilkah? atau serupa dgn manusua biasa macam kita.Sekian.T.kasih

    BalasPadam