Dalam pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), guru menentukan hasil pembelajaran yang akan dicapai oleh murid berdasarkan objektif pembelajaran yang ditentukan dari Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran.
Contoh instrumen dalam artikel ini hanyalah sebagai panduan dalam memberi idea kepada guru tentang bentuk instrumen yang boleh digunakan dalam melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Guru bebas memilih dan menentukan kaedah serta instrumen pentaksiran berdasarkan kreativiti, situasi dan hasil pembelajaran yang hendak dicapai.
Secara mudahnya, contoh instrumen pentaksiran seperti yang diberikan dalam Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) adalah seperti berikut:
1. Kaedah pentaksiran secara pemerhatian
|
Senarai semak |
|
Catatan anekdot |
|
Rekod berterusan |
|
Gambar Aktiviti |
2. Kaedah pentaksiran secara lisan
|
Pentaksiran secara lisan antara murid dengan guru |
|
Pentaksiran secara lisan antara murid dengan murid |
|
Pentaksiran secara lisan antara murid dengan bahan pembelajaran |
3. Kaedah pentaksiran secara penulisan
|
Lembaran kerja (soalan latihan) |
|
Lembaran kerja (bentuk jadual) |
4. Pentaksiran kendiri
|
lembaran pentaksiran kendiri atau refleksi |
|
Penggunaan rubrik |
|
Senarai semak |
|
Skala kadar |
5. Pentaksiran Rakan Sebaya
|
Borang maklum balas |
Semoga perkongsian 15 contoh instrumen Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) ini memberikan guru-guru sedikit input berguna mengenai pelaksanaan PBD di sekolah dengan lebih baik.
Sumber : cikgu hailmi
#pentaksiranbilikdarjah #pbd #contohinstrumenbilikdarjah #gambarpbd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan