Pernahkah anda meninggalkan kereta anda pada suatu jangkawaktu yang agak lama, misalnya 3 hingga 6 bulan? Ada kalanya, apabila anda berbuat demikian, kereta anda menjadi sukar untuk dihidupkan. Begitu juga dengan sebahagian daripada yang suka membeli kenderaan tender (terutama kenderaan yang bermasaalah), anda akan dapati kenderaan tersebut samada susah untuk dihidupkan atau kadang-kadang “kong” sama sekali.
Mungkin ada juga di kalangan kita yang terpaksa berkhidmat ke luar negara dan terpaksa meninggal kereta kesayangan di dalam garaj di rumah buat beberapa tempoh yang agak lama.
Jika kenderaan ditinggalkan tanpa dihidupkan dalam tempoh yang lama ia boleh menjejaskan prestasi kenderaan atau sukar dihidupkan. Ada beberapa teknik untuk menyimpan kereta dalam jangka waktu yang lama samaada dalam masa enam bulan hinggalah bertahun-tahun lamanya tanpa mengurangkan prestasinya. Jika anda berhadapan situasi demikian letakkan kenderaan di garaj yang kering dan dingin.
Selain itu berikut adalah beberapa langkah yang harus dilakukan:
1. Cabut atau tanggalkan sambungan kabel bateri kenderaan. Ia bertujuan untuk mematikan arus bateri kenderaan, jika ditinggalkan terlalu lama bateri kenderaan boleh menjadi lemah.
2. Isi penuh tangki bahan bakar jika anda menyimpan kenderaan lebih dari satu tahun, Ia bertujuan mengatasi masaalah wap, kerosakan disebabkan air dan pembentukan karat. Sebelum anda menyimpan kenderaan, gantikan minyak injin dan penapisnya.
3. Titiskan minyak injin baru ke selinder untuk memberi lapisan perlindungan kepada selinder berkenaan. Anda juga perlu mengeringkan semua sistem pendingin untuk mengelakkan karat berlaku pada bahagian itu. Ia juga untuk mencegah masaalah akibat cairan penyejuk ataupun hubungan dengan aluminium.
4. Jangan sesekali mengeringkan penyejuk radiotor. Jika usia penyejuk sudah satu setengah tahun, gantikan dengan yang baru.
5. Isi penuh minyak brek. Tukar jika ia telah melebihi dua tahun. Minyak yang sudah lama akan merosakkan komponen logam.
6. Untuk mengelakkan kerosakan pada penyerap hentak kenderaan (absorbers), tualkan keempat-empat rodanya untuk merehatkan tayar, bearing dan komponen penyerap hentak yang lain.
7. Selimutkan kereta anda dengan kain, jangan lupa membuka sedikit cermin tingkap untuk memberikan ruang udara keluar masuk. Berdasarkan maklumat tersebut ia mampu mambantu anda mengatasi masaalah menyimpan kenderaan untuk suatu tempoh yang lama.
Sumber: Akhbar Tempatan
#kereta #baterikereta #jagakereta #keretamurah #keretatakhidup #carajagakereta #jipsjimatminyak
Info bermanfaat mestilah kena share :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan