25/05/19

Pencuri nampak lautan luas dan tak jumpa pintu keluar. Ini doa untuk lindungi dan pagar rumah



Awas pencuri ada di mana sahaja. Usaha dan berdoalah untuk keselamatan rumah kita. Pernah dengar ada kes di mana pencuri dapat masuk tetapi tak dapat keluar, pencuri tak jumpa pintu, nampak lautan atau api berkobar. Ini semua adalah dari pertolongan Allah.


Ketika rumah anda telah dikunci dengan rapi, maka letakkan tapak tangan kanan anda ke pintu atau dinding rumah dan bacalah ayat-ayat doa seperti berikut :

1) Mengucap dua kalimah syahadah.. (1x)
2) Berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.. (3x)
3) Baca Ayatul Kursi.. (1x)
4) Baca Surah Yasin ayat ke-9.. (1x)

“Wa ja’alna mim baini aidihim saddaw wamin kholfihim saddan fa aghsyaina hum fa hum laa yubsiruun”

Bermaksud : “Dan KAMI adakan di hadapan mereka dinding-dinding dan di belakang mereka dinding-dinding (pula), dan KAMI menutup mata mereka sehingga mereka tidak dapat melihat”.

5) Lafazkan “Bismillahitawakkaltu’Alallah” ; “La haulawala khuwwata illabillah ‘ill ‘Aliyil ‘Aziim”

Semoga kita mendapat perlindungan Allah jua.

Amalan kita sewaktu dalam rumah....


Sebenarnya amaln daripada penghuni rumah itulah yang lebih utama untuk mereka melakukan perkara-perkara yang boleh dikatakan dapat menjauhkan rumah mereka itu dari terkena gangguan makhluk halus atau gangguan manusia.

1. Pertama: Membaca surah al-Baqarah

Jika anda masih sangsi sudah terlalu banyak dalil-dalil yang menceritakan tentang kelebihan apabila seseorang itu mengamalkan membaca surah Al-Baqarah. Apatahlagi kalau selalu di baca di dalam rumah.

Rumah tersebut tidak dimasuki syaitan: Imam Ahmad, At-Tirmidzi, Muslim dan An-Nasa-I pernah meriwayatkan dari Suhail bin shalih, dari ayahnya, dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda :“ Janganlah kamu menjadikan rumah kamu sebagai kuburan,sesungguhnya rumah yang di bacakan Surah Al Baqarah tidak akan dimasuki syaitan“.

At Tirmidzi mengatakan : hadis ini hadis yang sahih.

2. Kedua: Cara-Cara Untuk Elak Rumah Dimasuki Pencuri Atau Jin/Iblis



Ketika rumah, pejabat, kedai anda telah selesai dikunci, letakkan tapak tangan anda ke dinding atau pintu rumah lalu baca doa berikut :

Mengucap dua kalimah syahadah (1 kali)
Selawat ke atas nabi (2 kali)
Ayat kursi (1 kali)
Baca ayat 9 dari Surah Yasin (1 kali)
“Wa ja’alna mim baini aidihim saddaw wa min kholfihim saddan fa agsyaina hum fa hum laa yubsiruun”

Maksud ayat:

“Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding(pula), dan kami tutup(mata), mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.”

3. Ketiga: Perbanyakkan membaca al-Quran

Termasuk juga, apabila didapati kita selalu membaca Al-Quran di dalam rumah, ianya bukan sahaja boleh memberikan kelebihan kepada kita yang membacanya, lebih dari itu jin dan syaitan juga akan lebih menjauhkan diri dari rumah yang selalu diperdengarkan dengan bacaan Al-Quran di dalamnya.

Sumber dari Pusat Rawatan As-Syifa,An-Nur.



2 ulasan: