Surah pilihan ketika mengandung dan doa mudah bersalin





Terdapat banyak penyelidikan mengenai kesan suara seorang ibu kepada anak yang dikandung dalam rahim. Apabila seorang ibu membaca dengan kuat, suaranya mempunyai kesan menenangkan pada bayi yang belum lahir atau bayi yang baru lahir. Kajian juga turut mendapati, hal ini turut menurunkan kadar jantung bayi.

Intonasi dalam suara telah dibuktikan dapat membentuk pembelajaran auditori bagi bayi walaupun masih dalam rahim. Menjadi keutamaan bagi bayi untuk kenal suara ibu mereka. Malah, suara bukan setakat mempengaruhi pembangunan sistem pendengaran bayi, lebih menarik lagi, ia juga memberi kesan kepada perkembangan sosial dan emosi mereka.



Satu penyelidikan dijalankan di Eropah pada 2013 menunjukkan bahawa mendedahkan bayi dalam kandungan kepada muzik mempunyai kesan jangka panjang pada otak mereka. Mereka mendapati bahawa bayi yang baru lahir dapat mengingati versi ‘Twinkle, Twinkle Little Star’ yang dimainkan untuk mereka sewaktu di dalam rahim dan memberi respons berbeza apabila versi alternatif dimainkan. Menurut kajian juga, bayi menyimpan memori-memori sewaktu dalam kandungan sehingga 4 bulan selepas kelahiran.

Kajian barat telah menunjukkan bahawa muzik klasik yang dipasang kepada bayi dalam kandungan, dapat memberi kesan kepada perkembangan sosial, emosi dan system pendengaran mereka. Sebagai Muslim, ibu-ibu boleh menggantikan muzik klasik ini dengan alunan-alunan ayat suci al-Quran.

Adalah lebih baik, jika ibu itu sendiri yang dapat membaca ayat al-Quran untuk diperdengarkan kepada bayi di dalam rahim. Ini kerana, bayi amat kenal dengan suara ibu mereka.



Walaupun tiada dalil dalam Islam yang menyuruh ibu hamil mengamalkan mana-mana surah dalam al-Quran, tetapi tidak salah sekiranya ibu hamil membaca surah-surah dalam al-Quran dengan harapan agar Allah swt mengurniakan kesihatan, kebaikan, kemudahan serta rahmat Allah buat ibu dan anak yang dikandungnya.

Sebagaimana janji Allah dalam Al-Quran yang bermaksud:

“Dan Kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian.” (Surah Al-Isra, ayat 82)

Antara Surah-surah dalam al-Quran yang boleh diamalkan oleh ibu hamil adalah:

1) Surah al-Fatihah

Surah al-Fatihah merupakan surah pertama dalam al-Quran, seperti mana maksudnya iaitu pembukaan. Antara fadilat mengamalkan surah Al-Fatihah adalah menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan.

2) Surah Maryam

Surah Maryam memang terkenal dan sinonim buat ibu hamil. Antara kisah yang terdapat dalam surah ini adalah ketika Maryam ra melahirkan Nabi Isa as di tengah padang pasir secara sendirian. Surah ini elok diamalkan untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.

3) Surah Luqman

Surah Luqman mengisahkan tentang nasihat-nasihat seorang bapa kepada anaknya. Antara fadilat amalkan surah ini adalah untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.

4) Surah Yusuf


Surah Yusuf pula menceritakan kisah hidup Nabi Yusuf as. Nabi Yusuf as terkenal dengan ketampanan wajah. Harapannya, dengan mengamalkan surah ini, anda dapat memperoleh anak yang bukan setakat cantik rupa tetapi juga cantik akhlak seperti Nabi Yusuf as.

5) Surah Yaasin

Antara fadilat membaca Surah Yaasin adalah untuk mempermudahkan urusan. Itulah sebabnya kita selalu baca Surah Yaasin buat orang yang sedang nazak dan mereka yang akan menduduki peperiksaan. Tujuannya agar urusan mereka dipermudahkan dan diberi ketenangan hati. Begitu juga buat ibu yang mengandung. Antara tujuannya adalah untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.

6) Surah at-Taubah

Turunnya Surah at-Taubah kerana menceritakan tentang kaum musyrik yang mengingkari janji, dan isi yang paling tersohor dalam Surat At-Taubah ialah mengenai perang Tabuk. Dinamakan at-Taubah kerana taubatnya 3 orang yang tidak ikut dalam perang Tabuk, padahal dalam sejarah peperangan, mereka selalu mengikuti perang melawan musuh-musuh Allah SWT.

Oleh itu, dengan mengamalkan surah ini, diharapkan agar kita sentiasa mengingati Allah swt dan sentiasa bertaubat kepadaNya. Mudah-mudahan ibu hamil dan bayi dalam kandungan dapat membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.

7) Surah an-Nahl

Antara intipati Surah an-Nahl adalah berkenaan dengan lebah seperti mana nama surah ini yang bermaksud lebah. Terlalu banyak hikmah yang kitab oleh pelajari daripada seekor lebah. Surah ini diamalkan oleh ibu hamil untuk melahirkan anak yang berdisiplin. Malah, ayat 78 Surah an-Nahl sangat elok diamalkan ketika hendak bersalin agar proses kelahiran bayi sentiasa dipermudahkan.

Lebih mudah pasangkan surah dari video ini, dengarkan untuk ibu menagndung dan bayi dalam kandungan :
Kesimpulan

Kajian telah menunjukkan bahawa bayi dalam kandungan dapat mendengar serta memberi reaksi kepada persekitarannya. Oleh sebab itu, orang tua selalu berpesan kepada ibu hamil agar sentiasa menjada perilaku dan tutur kata.



Ibu mengandung boleh selalu amalkan doa mudah bersalin ini juga.


Adalah sangat baik jika ibu hamil dapat membaca al-Quran setiap hari bukan sahaja untuk amalan diri sendiri, tetapi juga untuk erdengarkan alunan ayat suci al-Quran kepada bayi di dalam kandungan. Mudah-mudahan, anak yang dilahirkan menjadi anak yang bijak, sihat serta soleh-solehah. Amiiin

Juga boleh perdengarkan selalu bacaan al-quran mp3 dari telefon atau tv. Bapa juga boleh baca sambil mengusap perut ibu mengandung. Moga bermanfaat! InsyaAllah

Surah pilihan ketika mengandung dan doa mudah bersalin Surah pilihan ketika mengandung dan doa mudah bersalin Reviewed by cikguzim on Jumaat, Mei 03, 2019 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.