Resepi kuih apam puri / apam kaya





Bentuk macam karipap tapi bukan karipap, inti pun lain betul. Ada inti kaya, inti butter, dan inti kelapa. Ada yang panggil karipap apam, karipap apam puri. Entah macam-macam nama. Biasa makan je tapi taktau nama apa. 😅 sedap ! Inti dia cair dalam mulut perghh. 

Lebih popular dinamakan sebagai kuih apam puri atau apam kaya. Susah juga nak jumpa nama sebenar kuih ni.

Resepi diambil dari komen fb. Jom buat kuih apam kaya puri. Tak cuba tak jadi 😁

BAHAN INTI:

2 biji telur
2 cawan santan
¾ cawan gula
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar tepung jagung
2 helai daun pandan
Secubit garam
Sedikit pewarna hijau 

CARA MEMBUAT INTI:

1) Campur semua bahan kecuali daun pandan. Kacau guna whisk or sudu hingga sebat / rata.

2) Tapiskan dan masukkan ke dalam kuali.

3) Kemudian, masukkan daun pandan. Kacau dengan api sederhana hingga pekat. Biarkan sejuk dahulu.

BAHAN UNTUK KULIT:

2 cawan tepung gandum
2½ cawan air
Sedikit garam
1 sudu kecil baking powder
½ sudu kecil soda bikarbonat
1 biji telur
Sedikit pewarna kuning / hijau



CARA MEMBUAT KULIT:

1) Campur kesemua bahan. Kisar dan tapiskan.

2) Masak seperti membuat kuih dadar atau pancake. Masak hanya sebelah permukaan sahaja ( tak perlu terbalikkan ). 

3) Setelah masak angkat dan letak di dalam pinggan.

4) Isikan dengan inti kastard yang telah dibuat tadi.

5) Kemudian lipat dan tekan hujung kuih tersebut. Tekan dengan sudu untuk mendapat bentuk yang cantik.

NOTA:

1) Sebaiknya guna fry pan yang kecil untuk dapatkan bentuk yang sama besar.
2) Boleh juga gunakan acuan membuat karipap.

Mungkin lain orang lain cara dan resepinya, boleh tinggalkan cadangan di ruang komen.

SELAMAT MENCUBA..😉😉

Credit ilovebakingin

Resepi kuih apam puri / apam kaya Resepi kuih apam puri / apam kaya Reviewed by cikguzim on Jumaat, Mei 17, 2019 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.