Cara untuk jimatkan petrol. Jom jimatkan petrol dengan cara ini.
Kita mungkin tidak dapat mengawal pergerakan harga petrol. Namun, terdapat beberapa cara untuk menggunakan petrol secara optimum. Gunakan tips dibawah untuk jimat perbelanjaan petrol anda.
Kita mungkin tidak dapat mengawal pergerakan harga petrol. Namun, terdapat beberapa cara untuk menggunakan petrol secara optimum. Gunakan tips dibawah untuk jimat perbelanjaan petrol anda.
1. Selaraskan tekanan angin tayar kereta
Jika tekanan angin tayar dibawah paras optimum, kereta anda bakal menggunakan lebih banyak petrol. Tekanan angin optimum juga penting bagi memastikan pemanduan yang selamat dan ekonomikal. Periksa tekanan angina selalu, terutamanya sebelum perjalanan yang jauh. Jika ianya berada diparas yang betul, petrol boleh dijimatkan sehingga 2% – 3%. Anda dinasihatkan untuk memeriksa tekanan angin setiap 2 minggu, ataupun sekurang-kurangnya sebulan.
2. Isi petrol ketika suhu sejuk
Untuk memaksimakan nilai petrol yang anda isi, lakukannya ketika suhu persekitaran masih sejuk. Pada cuaca seperti ini, kapasiti minyak petrol adalah lebih padat. Ketahui bahawa caj yang dikenakan adalah berdasarkan harga seliter, dan bukan kepadatan, mengisi petrol pada waktu awal pagi ataupun malam bakal memastikan anda mendapat kapasiti minyak yang lebih banyak. Selain itu, jika anda mengisi petrol pada suhu lebih sejuk, jumlah minyak yang anda akan dapat juga lebih kerana minyak lebih padat pada suhu sejuk.
3. Jangan ikut kereta dengan rapat
Bukan sahaja tindakan ini berbahaya, anda juga akan menggunakan lebih banyak petrol jika kenderaan di hadapan berhenti secara tiba-tiba. Mengikuti kereta dihadapan dengan terlalu rapat akan menyebabkan anda menekan brek secara mengejut dengan kerap kerana anda perlu bertindak pantas pada tindakan kereta dihadapan. Jadi, pastikan anda berada pada jarak selamat di antara kenderaan yang berada di hadapan untuk mengurangkan penggunaan brek secara tiba-tiba. Jangka hayat brek anda juga akan lebih terpelihara.
4. Gunakan kad kredit yang betul
Tahukah anda, lebih kurang 40% kad kredit di Malaysia menawarkan ganjaran berkaitan kereta, seperti rebat tunai atau mata ganjaran untuk perbelanjaan petrol? Bagi pengguna kereta, semestinya kad kredit seperti tersebut sesuai untuk anda. Dengan menggunakan kad kredit yang menawarkan rebat petrol, anda boleh mendapat beberapa peratus dari wang yang anda belanja untuk mengisi petrol.
Kad kredit Standard Chartered JustOne Platinum Mastercard® merupakan cadangan kami. Antara faedah-faedah kad tersebut ialah:
Rebat 15% untuk petrol, dengan perbelanjaan bulanan minima RM2,500.
Rebat 10% untuk petrol, dengan perbelanjaan bulanan minima RM1,500; rebat 5% untuk petrol, dengan perbelanjaan bulanan minima RM1,000; dan rebat 0.2% untuk perbelanjaan-perbelanjaan lain.
Tawaran barangan eksklusif.
Rebat 15% untuk bayaran bill automatik dan pembelian dalam talian.
Had rebat RM85 sebulan
5. Selenggara kereta anda
Pastikan anda hantar kereta untuk diservis bagi menjaga prestasi enjin, dan gunakan minyak enjin yang betul. Selain itu, ikut jadual servis kereta anda untuk mengelakkan masalah besar berlaku pada komponen kereta. Antara penyelenggaraan yang perlu anda lakukan ialah menukar minyak enjin, penapis udara, dan juga palam pencucuh. Jika komponen kereta berfungsi dengan baik, perjalanan menjadi lebih lancar dan penggunaan petrol juga menjadi lebih efektif.
6. Ringankan beban kereta
Sebelum memulakan perjalanan, periksa barangan di dalam kereta. Jika ia tidak diperlukan, keluarkan dari kereta anda. Dengan beban yang berkurangan, kereta akan menggunakan lebih sedikit petrol. Anakala membawa banyak barangan akan menyebabkan kereta anda menggunakan lebih banyak petrol. Oleh itu, hanya bawa barangan yang diperlukan sahaja.
7. Periksa trafik sebelum memulakan perjalanan
Rancang perjalanan anda untuk mengelakkan trafik yang sesak. Menurut kajian, kesesakan jalan raya akan mengakibatkan penggunaan petrol kereta meningkat sehingga 20% disebabkan oleh pemanduan yang memerlukan tindakan berhenti dan bergerak dengan kerap.
8. Pastikan pemanduan lancar
Ingat, anda berada di jalan raya, bukannya litar F1. Sebaik sahaja lampu bertukar hijau, anda tidak perlu menekan pedal minyak seperti sedang berlumba. Jika anda memecut secara tiba-tiba, ia akan mendatangkan beban pada kereta dan juga boleh mengakibatkan penggunaan petrol lebih tinggi. Sebagai panduan, ambil masa 15-20 saat untuk mencapai kelajuan 80 km/j. Dengan ini, kereta anda berjaya mencapai kelajuan ekonomik 60 km/j – 80 km/j. Sebaik sahaja anda mencapai kelajuan efektif, cuba kekalkan kelajuan terebut, kerana ia membazir minyak sekiranya anda memperlahankan kenderaan, dan cuba memecut kembali. Jika dilakukan dengan betul, pemanduan yang lancar juga akan menjadikan perjalanan anda lebih selesa serta penggunaan petrol yang efektif.
9. Matikan enjin kenderaan
Sewaktu mengambil penumpang, atau menunggu seseorang? Anda digalakkan untuk mematikan enjin kenderaan. Sebenarnya, membiarkan kenderaan anda tanpa bergerak akan lebih menelan minyak. Setiap 2 minit enjin anda tidak dimatikan dan kereta tidak bergerak, penggunaan minyak sama dengan perjalanan 1.5km. Jadi, jika anda perlu berhenti lebih dari 5 minit, matikan enjin kenderaan.
10. Gunakan jalan yang rata
Jika boleh, elak menggunakan jalan raya yang tidak rata. Ini kerana jalan raya yang tidak rata serta berlubang boleh menyebabkan kereta anda menggunakan 30% lebih petrol. Setiap kali tayar melonjak, pergerakan kehadapan kereta berkurangan. Ini kemudian akan menyebabkan pemandu menekan minyak untuk mara kehadapan, oleh itu berlaku pembaziran petrol.
11. Jadi pemandu berhemah
Antara punca utama yang dikenalpasti menyumbang kepada penggunaan petrol tinggi ialah gaya pemanduan agresif. Memotong kekiri dan kanan, memecut sebaik sahaja lampu isyarat bertukar hijau, dan banyak lagi akan mengakibatkan penggunaan petrol kereta meningkat. Lebih memburukkan keadaan, komponen kereta seperti brek dan tayar akan lusuh dengan lebih cepat. Jika anda tidak memandu secara agresif, anda boleh menjimatkan petrol sehingga 20%.
12. Elakkan penggunaan minyak premium
Minyak RON97 lebih mahal berbanding RON9, dan disebabkan itu ramai menyangka kualitinya lebih baik dan akan memberikan lebih ‘mileage’. Tetapi, setakat ini tiada bukti menyokong kenyataan bahawa RON97 lebih baik dan menawarkan lebih ‘mileage’. Ia sebenarnya bergantung kepada keupayaan enjin dan juga gaya pemanduan anda. Jadi, jika kereta anda tidak memerlukan RON97, jimatkan wang dan gunakan RON95.
Anda juga perlu peka dengan perubahan harga minyak setiap minggu. Ambil kesempatan dengan mengisi minyak pada minggu harga yang murah, dan cuba untuk jimatkan penggunaan ketika harganya mahal. Jika boleh, jangan isi minyak pada minggu harga petrol meningkat dan cuba tunggu minggu hadapan.
Rumusan tips jimat petrol kereta dan motor
Cara untuk jimatkan perbelanjaan petrol
Reviewed by cikguzim
on
Selasa, April 23, 2019
Rating:
Tiada ulasan: