Tugas telah dibahagi, sebagai guru atau fasilitator, anda telah ditugaskan untuk membuat latihan dalam kumpulan (LDK)!
Alamak tak tau dan tiada idea untuk buat ldk apa, harap ldk dalam senarai di bawah dapat membantu! Ada ldk yang mudah tanpa bbm dan ada yang perlu guna bbm yang mudah seperti kertas a4, gunting, kertas mahjung, kertas surat khabar dll sahaja. Harap membantu...
LDK 1 - Tarikan Kasih
Objektif;
-melatih kerjasama antara ahli kumpulan
-membentuk sikap sabar dan berhati-hati dalam diri peserta
-melatih sifat kepimpinan peserta
Kaedah;
-setiap kumpulan akan dibekalkan secawan air dan setiap ahli kumpulan akan mendapat seutas tali
-setiap peserta dikehendaki mengikatkan tali masing-masing pada cawan tersebut
-setiap kumpulan dikehendaki bergerak dari garisan permulaan hingga ke garisan penamat sambil membawa caawan yang berisi air tersebut dimana setiap peserta akan menarik hujung tali masing-masing
-permainan akan dinilai berdasarkan isipadu air yang masih terdapat dalam cawan tersebut
LDK 2 -Telefon rosak
Objektif;
-melatih sifat peka dalam diri peserta
-membentuk kerjasama antara ahli kumpulan -melatih kreativiti peserta dalam berfikir
Langkah;
-setiap kumpulan akan diberikan satu frasa ayat
-peserta pertama yang menerima frasa tersebut dikehendaki memberitahu frasa tersebut kepada peserta yang berikutnya dan akan berterusan hingga kesemua ahli kumpulan mengetahui frasa tersebut
-peserta yang terakhir dikehendaki menterjemahkan frasa tresebut dalam bentuk lukisan
LDK 3 - Akukah Itu?
Masa : 30 minit
Alatan :Kertas A4 dan pen/pensel
Objektif :
1. Peserta mengenal diri mereka yang sebenar.
2. Peserta akan dapat menyedari keadaan diri mereka.
3. Timbul keinginan untuk meneroka keadaan diri sendiri.
Langkah :
1. Peserta diminta untuk melukis gambar mereka sendiri mengikut kebolehan masing-masing. (Kecantikan lukisan itu tidak penting)
2. Peserta diminta tidak duduk terlalu dekat (jarak antara peserta) semasa melakukan tugas ini.
3. Letakkan tanda yang mudah untuk kenal pasti lukisan masing-masing. Tetapi jangan tulis nama pada lukisan tersebut..
4. Masa diberikan antara 5 – 7 minit untuk menghasilkan lukisan tersebut..
5. Ketua akan mengumpul semua lukisan yang telah siap dan kemudian menyerahkan semula kepada peserta. Tetapi kena pastikan bahawa lukisan yang dibuat itu tidak diserahkan kepada empunya lukisan. 6. Peserta diminta untuk mengenal pasti tuan empunya lukisan gambar tersebut dengan hanya menunjukan sahaja apabila diminta oleh ketua tanpa bergerak atau bangun dari kerusi.
7. Bagi peserta yang salah meneka , ketua akan cuba bertanya mengapakah susah untuk mengenal pasti empunya lukisan gambar tersebut dan bagi yang meneka dengan betul ketua akan menanyakan sebab mereka bolah meneka dengan betul.
Pengajaran/ Rumusan :
1. Susah untuk mengenal pasti seseorang itu dengan hanya melihat pada luaran sahaja kerana mungkin apa-apa yang dilihat tidak sama dengan sikapnya yang sebenar.
2. Orang tidak akan dapat mengenal diri kita jika sekiranya kita sendiri tidak kenal siapa diri kita
LDK 4 - Menaiki Rakit
Tajuk : ‘Menaiki Rakit’
Sasaran : Semua Golongan
Objektif Aktiviti :
1. Melahirkan semangat kekitaan dikalangan peserta.
2. Meningkatkan kesedaran bahawa perlunya semangat kerjasama.
3. Membina sikap saling perlu memerlukan bila keadaan terdesak.
Senarai Peralatan : Kertas Suratkhabar
Jangka Masa : 45 minit
Langkah- Langkah :
1. Fasilitator membentangkan kertas surat khabar di atas lantai.
2. Semua peserta dikehendaki berdiri di atas surat khabar tersebut.
3. Fasilitator mengoyakkan kertas surat khabar tersebut sedikit demi sedikit sehingga menjadi kecil. Peserta tidak dibenarkan meletakkan kaki di tempat yang tiada surat khabar di atas lantai.
4. Peserta akan berpaut antara satu sama lain agar tidak jatuh.
5. Peserta yang terjatuh dari 'rakit' dikira batal dan terkeluar. (Asingkan peserta lelaki dan perempuan)
Falsafah :
1. Menyedarkan peserta bahawa kerjasama adalaha penting.
3. Tidak mementingkan diri sendiri dalam saat kesusahan bak kata pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
3. Hidup ini banyak dugaan dan cabaran.
4. Perlunya kita berganding bahu untuk mempertahankan maruah dan akhlak kita.
LDK 5 - Puzzle dan Lukisan
MASA: 30 minit
Alat : kad manila berbentuk segiempat yang telah dipotong kepada 6 bahagian dalam bentuk yang tidak seragam. satu set kad manila terdiri daripada 6 keratan. Setiap set terdiri daripada warna yang sama.
BILANGAN AHLI: 6 orang untuk satu set, ahli tidak terhad.
OBJEKTIF: Bagi memupuk sikap kerjasama dalam mencapai sesuatu matlamat.
LANGKAH-LANGKAH:
1. Keratan- keratan kad manila dikumpulkan didalam sebuah kotak. Kemudian setiap ahli akan diminta untuk mengambil satu keratan kad sahaja.
2. Dalam masa 10 minit ahli diminta untuk mencari 5 lagi keratan kad manila yang lain untuk dicantumkan dengan keratan miliknya untuk menjadi satu segiempat yang sempurna.
3. Apabila satu segiempat kad manila telah terhasil, maka setiap pemilik keratan kad manila tersebut akan mambentuk satu kumpulan.
4. Arahan diberikan kepada setiap kumpulan untuk melukis objek yang dikehendaki contohnya gambar bola, kasut dan sebagainya dengan syarat lukisan yang dibuat mestilah melibatkan keenam-enam keratan kad tersebut.
5. Hanya pemilik keratan tersebut sahaja yang boleh melukis pada keratan miliknya. Ini bermaksud setiap ahli akan terlibat untuk melukis 1 objek yang dikehendaki. Hasil lukisan perlulah diwarnakan.
LDK 6 - Cari dan pasang
Masa : 30 minit
Alat: kertas tebal atau kad manila yang dipotong menjadi beberapa bentuk dan saiz yang boleh membentuk satu segi empat bagi setiap kumpulan. Satu set segi empat mengandungi 6 keratan bagi kumpulan yang terdiri daripada enam orang ahli. Semua keratan kertas itu mestilah terdiri daripada warna yang sama, tetapi bentu dan saiz berbeza.
Objektif: menggalakkan ahli bergaul dan berkenalan antara satu sama lain. menyedarkan ahli bahawa kerjasama adalah penting untuk menjayakan sesuatu tugas.
Langkah:
1) Gaulkan keratan kertas tebal atau kad manila yang secukupnya untuk setiap ahli di dalam kotak.
2) Terangkan kepada ahli bahawa mereka dikehendaki mengambil hanya satu keratan sahaja
3) Dalam masa 10minit, minta ahli mencari keratan yang sepadan daripada rakan lain dan mencantumkannya sehingga menjadi satu segiempat.
4) Apabila mereka telah mendapat semua ekratan yang dapat membentuk segiempat maka ahli yang mempunyai keratan itu menjadi ahli kumpulan tersebut.
5) Berikan mereka masa 10 minit untuk berkenalan dan bertukar-tukar maklumat fasilitator menerangkan bahawa dalam aktiviti kumpulan seterusnya mereka dikehendaki berada dalam kumpulan masing-masing dan mendapatkan seberapa banyak maklumat yang boleh tentang ahli kumpulan mereka.
LDK 7 - Paper roll
Sasaran : Pelajar Sekolah Rendah Tahap II dan ke atas
Jangka Masa : 20-30 Minit
Peralatan : Kertas A4, Pen / Pensel
Langkah – langkah :
1. Pelajar diminta memilih kawan yang paling dirapat di dalam kelas secara berdua-dua.
2. Individu diminta mengambil kertas sebanyak mana yang mereka mahu.
3. Tuliskan butir diri sepanjang kertas yang mereka ambil dan kertas tersebut dibacakan oleh pasangan yang satu lagi dan sebaliknya.
Objektif : Menguji keterbukaan dan sifat perkongsian dengan rakan sekelas yang lain.
Falsafah : Berusaha bersifat lebih terbuka
Team work sangat penting dalam LDK
Dan di bawah ini tambahan LDK yang ringkas dan menarik juga. Kredit kepada penulis ldk ini. Antaranya :
Rantai Nama
Ikatan Kasih
Aktiviti :
Air Dalam Gelas
Aktiviti :
Aktiviti :
Bendera / Logo Kumpulan
Ciptaan
Aktiviti :
Surat adik angkat / abang angkat / kakak angkat
Aktiviti :
Rantai Nama
Aktiviti :
i. Pelajar akan dibahagikan kepada kumpulan kecil (5 – 10 orang setiap kumpulan)
ii. Mereka akan memperkenalkan diri masing-masing dimulakan dengan fasilitator masing-masing.
iii. Setiap ahli kumpulan akan menyebut nama diri sendiri, dan giliran disebelah kiri pula akan memperkenalkan diri sambil mengulang nama rakan yang disebelah kanan tadi.
iv. Contohnya, nama saya Rashid bin Salem dan rakan sebelah kanan saya Maimunah binti Rashdan.
v. Begitulah seterusnya sehinggalah orang yang terakhir dalam kumpulan perlu memperkenalkan semua ahli dalam kumpulan.
Nilai / rasional aktiviti : Membina hubungan dan suasana teraputik dalam kumpulan.
Tag Nama
Aktiviti :
Tag Nama
Aktiviti :
1. Setiap kumpulan akan dibekalkan sekeping kad manila, pen marker, tali rafia dan gunting.
2. Setiap kumpulan akan membuat tag nama masing-masing dengan kreatif menggunakan bahan yang dibekalkan.
3. Tag nama tersebut akan digunakan sepanjang program.
Ikatan Kasih
Aktiviti :
1. Pelajar diagihkan setengah meter tali rafia.
2. Fasilitator akan menyimpulkan tali rafia tersebut dan setiap pelajar dalam kumpulan masing-masing akan memegang setiap bucu tali.
3. Ahli kumpulan akan berusaha membuka simpulan tanpa melepaskan tali tersebut. Jika ada yang terlepas, kumpulan tersebut dianggap gagal.
4. Akhirnya, setiap ahli kumpulan akan berjumpa dengan pasangan masing-masing.
Twin Sharing
Aktiviti :
Twin Sharing
Aktiviti :
i. Pelajar diarah mencari pasangan masing-masing dalam kumpulan
ii. Setiap pasangan akan menceritakan tentang diri kepada pasangan masing-masing (penerokaan kendiri)
iii. Setelah itu, ahli kumpulan akan membentang atau menceritakan tentang diri pasangan masing-masing dalam kumpulan kecil sambil berdiri di belakang pasangan masing-masing sambil memegang bahu pasangan (jika sama jantina)
Nilai / rasional aktiviti : Berkenalan lebih mendalam di dalam kumpulan serta mewujudkan rasa penerimaan.
Puzzle
Aktiviti :
Puzzle
Aktiviti :
i. Pelajar akan menyiapkan puzzle yang akan diedarkan
ii. Berikan tempoh masa yang sesuai untuk mereka siapkan puzzle tersebut (5 – 10 minit)
iii. Jika belum selesai, sila panggil wakil setiap pelajar ke hadapan untuk melihat demonstrasi menyiapkan puzzle tersebut yang akan ditunjukkan oleh fasilitator.
iv. Markah akan diberikan kepada kumpulan yang berjaya menyiapkan puzzle.
v. Setelah ada kumpulan yang berjaya menyiapkan puzzle, beri arahan supaya pelajar mencipta bentuk yang menarik melalui puzzle itu tadi.
Nilai / rasional aktiviti : Membina percambahan minda dan semangat kerjasama.
Air Dalam Gelas
Aktiviti :
i. Sediakan gelas, tali, kertas A4, tiub motosikal yang telah dipotong dan kayu penyapu.
ii. Pelajar akan diarahkan untuk membawa gelas yang berisi air tersebut tanpa menyentuh gelas tersebut menggunakan tangan/ jari.
iii. Fasilitator akan memastikan tiada pelajar yang menipu dalam menjalankan aktiviti ini.
Nilai / rasional aktiviti : Kreativiti, percambahan minda dan semangat kerjasama.
Simbol / Logo Diri
Simbol / Logo Diri
Aktiviti :
i. Pelajar akan diarahkan untuk mencari satu benda setiap seorang yang terdapat disekeliling mereka contohnya daun, pen, rumput dan lain-lain.
ii. Mereka perlu menerangkan dalam kumpulan kenapa mereka memilih benda tersebut sebagai simbol atau logo diri mereka.
iii. Setelah itu, kumpulan akan memilih benda yang terbaik yang akan mewakili kumpulan masing-masing.
iv. Aktiviti yang seterusnya, setiap ketua kumpulan akan memilih benda yang terbaik untuk dijadikan logo bagi mewakili kumpulan besar.
Nilai / rasional aktiviti : Membina konsep dan matlamat kendiri peserta
Bendera / Logo Kumpulan
Aktiviti :
i. Setiap kumpulan akan diagihkan 1 meter kain putih / kertas mahjong putih serta marker pen berwarna.
ii. Pelajar akan diberi masa untuk menghasilkan bendera kumpulan mengikut kreativiti kumpulan masing-masing dan bendera / logo tersebut perlu mempunyai makna.
iii. Setiap kumpulan akan melakukan pembentangan (5 minit)
Nilai / rasional aktiviti : Kreativiti & membina percambahan minda. Menetapkan matlamat kumpulan.
Si Buta Cerdik
Aktiviti :
Si Buta Cerdik
Aktiviti :
i. Pelajar akan dibekalkan dengan kain penutup mata bewarna hitam
ii. Setiap pelajar akan ditutup mata dan dikumpulkan mengikut jantina.
iii. Pelajar dibawa berjalan / bergerak di dalam dewan dan di luar dewan sambil tangan berpegangan antara 1 sama lain.
iv. Untuk lebih seronok, lantik pelajar untuk menganggu pergerakan mereka.
Nilai / rasional aktiviti : Penghargaan kendiri dan membina keyakinan diri.
Permainan Duit
Aktiviti :
Permainan Duit
Aktiviti :
i. Pelajar diedarkan duit kertas / syiling yang berlainan nilai setiap seorang.
ii. Nilai bermula dari 1 sen sehinggalah duit RM1 akan digunakan
iii. Fasilitator akan mengarahkan setiap pelajar berkumpul dalam kumpulan mengikut nilai terkumpul yang perlu disediakan
iv. Contohnya, fasilitator akan memberi arahan supaya dapat mengumpul duit untuk membeli beras yang bernilai RM2. Sila kumpul rakan-rakan supaya dapat menghasilkan wang terkumpul sebanyak RM2.
v. Pelajar yang berjaya mengumpul ahli kumpulan akan diarahkan duduk supaya dapat mengenalpasti ahli yang tidak termasuk dalam kumpulan.
Nilai / rasional aktiviti : Mewujudkan penghargaan kendiri dan semangat bekerja dalam kumpulan. Setiap ahli kumpulan saling memerlukan.
Straw
Aktiviti :
Aktiviti :
i. Straw minuman akan diedarkan setiap kumpulan (1 paket straw)
ii. Pelajar diarahkan untuk menghasilkan apa-apa sahaja bentuk bangunan dengan menggunakan bahan buatan dari straw ini sahaja.
iii. Pelbagai bentuk bangunan akan dihasilkan dan fasilitator akan menguji kekuatan / keteguhan binaan setiap kumpulan.
Nilai / rasional aktiviti : Kreativiti dan membina hubungan di kalangan pelajar.
Ciptaan
Aktiviti :
i. Surat khabar lama dan masking tape akan diedarkan di setiap kumpulan.
ii. Pelajar akan diarahkan mencipta baju pahlawan yang menggambarkan masa depan seorang hero.
iii. Untuk itu, setiap kumpulan akan memilih seorang hero yang akan dipakaikan dengan pakaian tersebut
Nilai / rasional aktiviti : Pemimpin perlu mempunyai wawasan dan berpandangan ke hadapan
Surat adik angkat / abang angkat / kakak angkat
Aktiviti :
i. Kertas A4 akan diedarkan kepada pelajar
ii. Kertas A4 akan dilipat empat (4) dan dipotong kepada 4 bahagian.
Bahagian 1 : Ditulis nama penuh
Bahagian 2 / 3 / 4 : Disimpan untuk menulis surat
iii. Bahagian 1 dilipat kecil-kecil dan dekumpulkan dalam satu bekas / kotak sebelum diagihkan semula kepada setiap ahli kumpulan.
iv. Nama yang diperolehi adalah adik angkat masing-masing.
v. Sebelum bermula setiap sesi, tulis surat kepada adik angkat dan dikembalikan semula ke dalam kotak untuk dibaca atau diserahkan kepada adik angkat masing-masing.
Nilai / rasional aktiviti : Mengenali diri melalui kaca mata orang lain. Sanggup menerima kritikan bagi merubah diri kea rah yang lebih baik.
Larian Lasak
Aktiviti :
Larian Lasak
Aktiviti :
i. Aktiviti luar yang berbentuk kembara di setiap station yang mempunyai halangan atau tugasan tertentu.
ii. Sediakan 4 – 6 station yang perlu pelajar lalui dan perlu menyelesaikan tugasan di setiap station sebelum pelajar bergerak ke station yang seterusnya.
Nilai / rasional aktiviti : Ketahanan diri & fizikal.
Persembahan Kumpulan
Aktiviti :
Persembahan Kumpulan
Aktiviti :
i. Pelajar akan membuat persembahan mengikut kumpulan di malam terakhir / masa terakhir program dijalankan.
ii. Fasilitator boleh memberi tajuk / tugasan persembahan atau pelajar memilih sendiri tajuk persembahan.
iii. Fasilitator juga perlu menyediakan borang pemarkahan yang mencakupi kreativiti persembahan, mesej yang ingin disampaikan serta kerjasama yang ditunjukkan.
Nilai / rasional aktiviti : Pengalaman dan mencungkil bakat setiap peserta.
Self-Conscious (Aku Pelajar Hebat)
Aktiviti :
Self-Conscious (Aku Pelajar Hebat)
Aktiviti :
1. Sediakan muzik latar yang sesuai. Cth. muzik kitaro
2. Pelajar akan diberi teks berbentuk sajak ringkas “Aku Pelajar Hebat”
3. Pelajar akan membaca teks tersebut dengan penuh semangat dan fasilitator perlu memainkan peranan untuk menaikkan semangat pelajar.
4. Selepas itu, bagi peluang pelajar untuk meluahkan perasaan secara spontan.
Nilai / rasional aktiviti : Konsep kendiri dan motivasi diri.
Rumusan Akhir Pemimpin
Aktiviti :
Rumusan Akhir Pemimpin
Aktiviti :
1. Diakhir aktiviti LDK, fasilitator akan merumuskan aktiviti dengan menggunakan paparan slide / powerpoint tentang kepimpinan.
Nota :
1. Fasilitator perlu membuat refleksi setiap kali selesai menjalankan aktiviti LDK.
2. Dapatkan refleksi / respon daripada pelajar terlebih dahulu sebelum fasilitator membuat refleksi akhir.
Fasilitator boleh menggunakan token seperti gula-gula kepada pelajar sebagai penghargaan / peneguhan.
Fasilitator boleh menggunakan token seperti gula-gula kepada pelajar sebagai penghargaan / peneguhan.
#contohldkmenarik #ldksekolahrendah #ldksekolahmenengah #ldktanpabbm #latihandalamkumpulan #koleksildk
Contoh LDK menarik untuk sekolah rendah dan menengah, peringkat universiti pun boleh
Reviewed by cikguzim
on
Sabtu, April 20, 2019
Rating:
TERBAIK
BalasPadam