1/07/19

Surah Al-Kahfi pendinding diri di akhir zaman

Dah baca Surah Al KAHFI?? Kenapa perlunya baca Surah Al Kahfi ni?? Saya nk kongsi 2 kelebihan membaca Surah Al Kahfi setiap hari Jumaat dan cara untuk membaca Surah Al-Kahfi secara mudah dan cepat.




Pertama : Akan dipancarkan cahaya untuknya diantara dua jumaat. 

Mafhum hadis : “Barangsiapa membaca surah Kahfi pada hari Jumaat, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jumaat.”

Kedua : Kita juga akan dilindungi daripada FITNAH DAJAL.

Dalam riwayat Muslim yang lain, dari Abu Darda’ radhiyallahu ‘anhu, bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat dari permulaan surat al-Kahfi, maka ia dilindungi dari Dajjal.” Iaitu dari huru-haranya.

Belum baca bossku.. Susah la nak baca Surah ini bossku.. Berbelit-belit lidah saya ini..Huhu

Tak pe2.. Baca je. Mulakan dengan sikit-sikit.. Contohnya bahagikan kepada 6 kali baca untuk satu surah

Ayat 1-31
Ayat 32-50
Ayat 51-59
Ayat 60-82
ayat 83-99
Ayat 100-110


Tempoh dikira membaca surah Kahfi pada hari Jumaat ialah bermula dari selepas maghrib hari khamis sehingga sebelum maghrib hari jumaat.

Selamat beramal bossku.

2/06/19

Tips elak gemuk di hari raya

Bukan Tips Diet Di Hari Raya. Tiada Diet Di Hari Raya. TAPI...


Nak kongsi macam mana tak KEMBANG MEKAR sepanjang 7 Hari Aidilfitri.

1. Air Kosong Wajib. Minum je tak kira masa. Bukan soal kalori je tapi air kosong ni memang automatik rendahkan selera korang yang membuak buak tu. Minum, jangan tunggu.

2. Berpada Bab Biskut Raya. Merasa sudah lah dari satu rumah ke satu rumah. Biskut raya untuk dirasa kesedapan bukan makan habis sebalang. Satu rumah 2-3 biji cukup. Rumah lain cuba jenis lain pula. Dalam 60 kalori sebiji.

3. Lemang Ketupat Rendang Lontong. Semua ni sihat dan seimbang je. Cuma kuantiti yang mainkan peranan. Pagi ketupat & kuah kacang, tengahari lemang & rendang. Malam banyakkan air kosong. Relaks ada 30 hari lagi beb untuk raikan makanan ni semua.

4. Signal Kenyang Selepas 20 Minit. Kalau korang risau susah nak kawal diri sendiri, rasa kenyang akan sampai ke otak dalam masa 20 minit. Makan perlahan. Mesti tak lebih makan.

5. Kill Time Dengan O Kalori. Raya memang seronok berborak dengan saudara mara lama tak jumpa.

Cuma tahun ni korang nak jaga badan sikit, so jika tahun lepas berborak sambil peluk balang biskut raya dan air cordial, tahun ini tukar sikit. Kopi O kosong kaww atau teh O stevia pun sedap jugak sambil berborak mengimbau kenangan zaman remaja.
.
Kongsi 5 tips dulu nak maintain 7 hari raya. Banyak tips lagi mudah dan praktikal akan menyusul nanti. Bukanlah berdiet cuma taknak baju semua sendat mendat baru seminggu raya.

Kalau korang rasa nak follow, cuba lah. Kalau rasa nak belasah makan sakan pun ikut suka. Asalkan bahagia😂.

Mesti ada yang dah pun sampai kampung kan. Siapa buat open house jangan lupa ajak tau 🤣!

Kredit : Shah Fazreen

29/05/19

Asal usul meriam buluh - fakta yang perlu anda tahu

Bangsa Melayu adalah satu-satunya bangsa yang menjadikan senjata meriam sebagai mainan tradisional ketika musim perayaan~


Saya masih ingat waktu kecil era 90-an, kanak-kanak kampung main meriam buluh. Orang dewasa pula main meriam besi. 

Meriam buluh sebenarnya lebih selamat dan murah berbanding mercun kerana bahan peledak nya terbuat dari minyak tanah, garam (NaCl) dan air saja. 

Dari mana asal usul meriam ini?



(1) teknologi pembuatan meriam atau disebut lela rentaka yang diwarisi oleh masyarakat Melayu secara turun temurun. Rentaka adalah senjata meriam mudah alih pertama di dunia buatan orang Melayu yang kemudiannya ditiru oleh kuasa imperialis Barat.

(2) sumber alam Melayu yang kaya dengan belerang (S) untuk dijadikan peledak dimana 30% gunung berapi dunia terletak di kepulauan ini.

(3) kata melayu diambil dari kata layar (to sail) yang merujuk kepada bangsa pelayar. Maka terbentuklah sebuah kerajaan maritim dan pelabuhan entreport. Senjata meriam diperlukan untuk pertahanan kapal dagang dan negara dari ancaman lanun dan juga musuh.

(4) Bukti aktiviti pembuatan senjata api ini direkodkan oleh W. Linehan didalam kertas kerjanya yang berjudul Some Discoveries on the Tembeling. Di tebing-tebing Sungai Tembeling yang terletak di Pahang, Linehan telah menjumpai acuan-acuan purba yang digunakan untuk membuat meriam yang dianggarkan seawal kurun ke 13 atau 14.

Kalau nak tau, inilah antara senjata tempur kuno alam Melayu yang kita tak sedar telah dikembangkan menjadi peluru berpandu, meriam automatik, dan mortar oleh bangsa penjajah.

27/05/19

Cara didik anak lelaki



Cara mendidik dan mengajar anak lelaki. Nak mendidik anak lelaki ni bukan mudah, fizikalnya nampak gagah, kuat dan lasak, tapi dia punya jiwa yang rapuh dan mudah tersentuh..

Janganlah terlalu mendesak anak, asyik belajar, belajar dan belajar.

Anak lelaki mudah memberontak, kita perlu mendorong minat dia seimbang dengan pelajarannya. Jangan push dia buat itu ini yang kita suka, jadilah pendengar yang baik dan berkongsi minat dengannya.. agar dia rasa lebih dihargai..

Anak lelaki mudah 'meniru' perangai ayah. Sebab ayah yang paling dekat dan banyak persamaan dengannya.

Jangan terlalu manjakan dia dan janganlah mengongkong hidupnya.. macam kita main layang-layang, bila kita lepaskan dia dah terbang agak jauh, kita tarik kembali sampailah ia stabil dan selesa. Hasilnya kita nampak ia tersergam indah di langit.

Jadi ayah, kita tidak boleh tegas semata-mata. Ayah perlu jadi mata dan telinga untuk anak, utk guide dia ke arah kebaikan.

Kunci utama ' SABAR'.

8 cara didik anak lelaki untuk rujukan anda..










Moga bermanfaat!

Kredit guzel baby.

Syarat kelayakan jadi polis



Ada pelbagai syarat untuk seseorang memohon untuk jadi polis. Syarat ini termasuk untuk lelaki dan perempuan. Syarat kelayakan fizikal bagi memohon jawatan-jawatan dalam PDRM adalah seperti berikut:


a. Jawatan Inspektor Polis (YA13)

• Tinggi tidak kurang atau lebih daripada 1.63 m bagi lelaki dan 1.57 m bagi wanita tanpa bersepatu.
• Ukuran dada 81 cm (biasa) dan semasa menarik nafas 86 cm (lelaki sahaja).
• Berat badan sekurang-kurangnya 50 kg bagi lelaki dan 48 kg bagi wanita.
• Mempunyai Ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) diantara julat 19 hingga 26. 
• Lulus ujian penglihatan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata atau alat bantuan kanta lekap oleh pemeriksa yang bertauliah di hospital kerajaan.
• Pemeriksaan pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat oleh pegawai perubatan kerajaan. 
• Diperiksa dan diakui sihat untuk berkhidmat oleh pegawai perubatan kerajaan termasuk pemeriksaan X-ray.

b. Jawatan Sarjan Polis (YA5)

• Tinggi tidak kurang atau lebih daripada 1.63 m bagi lelaki dan 1.57 m bagi wanita tanpa bersepatu.
• Ukuran dada 81 cm (biasa) dan semasa menarik nafas 86 cm (lelaki sahaja).
• Berat badan sekurang-kurangnya 50 kg bagi lelaki dan 48 kg bagi wanita.
• Mempunyai Ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) diantara julat 19 hingga 26. 
• Lulus ujian penglihatan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata atau alat bantuan kanta lekap oleh pemeriksa yang bertauliah di hospital kerajaan.
• Pemeriksaan pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat oleh pegawai perubatan kerajaan. 
• Diperiksa dan diakui sihat untuk berkhidmat oleh pegawai perubatan kerajaan termasuk pemeriksaan X-ray.

c. Jawatan Konstabel Polis (YA1)

• Tinggi tidak kurang atau lebih daripada 1.63 m bagi lelaki dan 1.57 m bagi wanita tanpa bersepatu.
• Ukuran dada 81 cm (biasa) dan semasa menarik nafas 86 cm (lelaki sahaja).
• Berat badan sekurang-kurangnya 50 kg bagi lelaki dan 48 kg bagi wanita.
• Mempunyai Ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) diantara julat 19 hingga 26. 
• Lulus ujian penglihatan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata atau alat bantuan kanta lekap oleh pemeriksa yang bertauliah di hospital kerajaan.
• Pemeriksaan pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat oleh pegawai perubatan kerajaan. 
• Diperiksa dan diakui sihat untuk berkhidmat oleh pegawai perubatan kerajaan termasuk pemeriksaan X-ray.

d. Jawatan Konstabel Polis Orang Asli (YP1):

• Tinggi tidak kurang atau lebih daripada 1.63 m (lelaki) dan 1.57 m bagi wanita tanpa bersepatu.
• Ukuran dada 81 cm (biasa) dan semasa menarik nafas 86 cm (lelaki sahaja)
• Berat badan sekurang-kurangnya 50 kg bagi lelaki dan 48 kg bagi wanita.
• Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) antara julat 19 hingga 26.
• Lulus ujian penglihatan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 menggunakan cermin mata atau alat bantuan kanta lekap oleh pemeriksa yang bertauliah di hospital kerajaan.
• Pemeriksaan pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat oleh pegawai perubatan kerajaan.
• Diperiksa dan diakui sihat untuk berkhidmat oleh pegawai perubatan kerajaan termasuk pemeriksaan X-ray.

e. Jawatan Konstabel Polis (YT1):

• Tinggi tidak kurang daripada 1.63 m bagi lelaki dan 1.57 m bagi wanita tanpa bersepatu.
• Ukuran dada 81 cm (biasa) dan semasa menarik nafas 86 cm (lelaki sahaja)
• Lulus ujian penglihatan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata atau alat bantuan kanta lekap oleh pemeriksa yang bertauliah di hospital kerajaan.
• Pemeriksaan pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat oleh pegawai perubatan kerajaan.
• Diperiksa dan diakui sihat untuk berkhidmat oleh pegawai perubatan kerajaan termasuk pemeriksaan X-ray.

 Bagaimanapun, nak jadi polis di Gerak Khas tak perlu syarat di atas hanya perlu bakat. Jadilah polis yang berhemah. 


26/05/19

Cara hilangkan jerawat muka

PETUA HILANGKAN JERAWAT DIMUKA

Dah tua dan melepasi umur remaja masih ada jerawat memang memeningkan. Petua ni sangat mudah nak dapat, senang nak buat.

1. Tip yang pertama dengan menggunakan bawang putih.


Bawang putih ni bagus untuk yang mempunyai kulit berjerawat kerana bawang putih mengandungi bahan yang boleh mengecutkan jerawat.Selain dari jerawat diwajah hilang,ia juga  menghindarkan dari jerawat kembali bertandang di muka.

Cara2 nya adalah :

Ambil seulas atau dua ulas bawang putih,buang kulit nya dan kemudian tumbuk lumat.Setelah lumat ambil sedikit lalu di tepek kan di kawasan yang berjerawat selama 5minit sahaja.setelah 5minit bilas muka dengan air suam.amalkan 3kali seminggu atau sehingga jerawat hilang.

2. Tip yang kedua pulak adalah menggunakan timun.


Timun bagus sebab ia mengandungi antioksida,vit c yang berfingsi untuk menyerap racun.selain tu timun jugak bagus tuk melembabkan kulit wajah tau.

Cara2nye adalah :

Ambil sebiji timun yang sudah dicuci kemudian potong nipis2.Lepastu tepekkan timun yang dah dipotong tu di tempat yang berjerawat dan biarkan selama 15minit.Kemudian barulah dibilas

Ha senang kan petua@tip kite harini.cuba tau jangan tak cuba. Selamat hilangkan jerawat degil.

Kredit to Noor Shaizan

AEW saingan terbaru WWE dalam arena gusti

Untuk menjadi pesaing dan alternatif terbaik kepada peminat gusti khususnya yang masih setia bersama WWE, AEW wajar melakukan beberapa langkah berikut:


1. Tidak terlalu bergantung harap kepada bekas-bekas bintang WWE. Afdhalnya, mereka membina bintang utama mereka. 

Jangan jadi macam WCW dulu. Bawak masuk Hulk Hogan, Macho Man dan lain-lain, home grown talent seperti Sting terpaksa beralah.

2. Jangan terus attack personal atau mana-mana perkara yang berkaitan WWE. Sebagai sebuah organisasi baharu, mereka perlu mengukuhkan jenama sendiri dan tidak menyerang pesaing mereka secara keterlaluan.

Tindakan Cody yang memusnahkan singgahsana yang acapkali digunakan Triple H di acara Double or Nothing tadi kelihatan sangat serangan tanpa berselindung. Pada hemat saya, ia bukan sesuatu yang agak bijak.

3. Acara bayar dan tonton yang tidak meleret dan masa yang sedang-sedang elok. Di zaman Attitude Era dan WCW era nWo dulu pun, biasanya satu acara tak sampai 3 jam.

Biar penonton tak penat, dan seakan tak puas dengan acara yang tiba-tiba dah habis.

4. Memandangkan AEW kini boleh dianggap promotion besar dengan sumber kewangan yang kukuh daripada Tony Khan, seeloknya mereka memberi lebih peluang serta kolaborasi dengan promotion-promotion lain seperti Impact, ROH, NJPW dan lain-lain.

Cody dan pasukannya mampu mendapat manfaat hasil kerjasama ini dan boleh cipta "internal war" dengan promotion-promotion tersebut.

5. Bagus apabila AEW ingin memberi kebebasan kreatif buat para bintangnya untuk menonjolkan diri. Namun jangan terlalu bebas sehingga masing-masing nak bawa kepala sendiri dan tidak mahu "put over" kepada bintang lain. Mengambil kira pertikaian antara PAC dan Hangman Page baru-baru ini.

Kerana bawak kepala masing-masing inilah, WCW bungkus awal dulu akibat Hogan, Nash dan sekutu mereka buat syarikat itu macam jiran laki mak mereka yang punya.

6. Format TV-14 harus dikekalkan di mana aksi-aksi lasak dan darah berjejeran amat didambakan oleh peminat gusti sekian lama sejak WWE memilih untuk lebih mesra kepada kanak-kanak.

Even masa zaman WCW Monday Nitro dulu pun, format mereka juga adalah PG 13. Itu yang WWE muncul dengan TV14 untuk bersaing. Pulangkan semula paku buah keras kepada Vince McMahon.

7. Untuk permulaan, diharap acara mingguan mereka tidak mengikut acuan Nitro dulu dengan bersiaran serentak dengan Raw. Kalau boleh cari hari yang tiada program utama WWE bersiaran. Jangan biarkan peminat tukar-tukar channel.

Dari situ barulah AEW boleh bina fanbase yang kukuh bukan sahaja daripada peminat bukan WWE, malah akan mampu mencuri tumpuan peminat-peminat yang setia bersama WWE selama ini.

Apapun, kita sebagai peminat mengharapkan yang terbaik buat AEW. Persaingan yang sengit akan menatijahkan produk yang lebih baik kepada peminat. Tiada lagi monopoli dan boleh sewenang-wenangnya melakukan apa saja.

Kesudahannya, kita sebagai peminat akan gumbira dan bertepuk tangan pada akhirnya.

Kredit kepada En Hafiz Azwany 

Khasiat pokok buah belimbing buluh

Pokok Buah Belimbing Buluh


Ternyata selain buahnya yang sedap dimakan,bahagian2 lain pokok ini juga mempunyai banyak khasiat:

DAUN:

*Untuk bayi yang diserang penyakit kuning, Cara:mandikan dengan air rebusan daun belimbing untuk meredakannya.

*merawat sawan@sawan tarik.
Cara:kerap mandi dengan memasukkan daun ini ke dalam air mandian. Guna beberapa helai daun, lagi banyak lagi bagus.

Merawat:
*Gatal-gatal kulit yang ringan.
*Jerawat, panau dan sakit-sakit sendi.
*Melembutkan kulit muka.
Cara:Ambil beberapa helai daun, tumbuk halus dan dilumurkan pada tempat yang dimahukan.

BUNGA:

*Rawat sakit gigi:
 Cara: Bunga ditampal digigit yang sakit.


*Rawat batuk:
Cara 1: Bunga direbus dgn gula batu (rock Sugar) dan minum airnya.

Cara 2, bahan-bahan:
*Segenggam bunga belimbing buluh.
*Sedikit jus dari pegaga yg ditumbuk.
*2 biji bawang merah
*Kulit kayu manis sebesar jari kelingking.
CARA ambil: Rebus semuanya,tapis dan campurkan sedikit madu.
Minum segelas, 3 kali sehari.

BUAH:


*menurunkan tekanan darah tinggi
*merawat pitam
Cara: Petik 3 biji buah belimbing buluh.
Potong kecil-kecil dan rebus bersama air.
(Terbaik, guna air doa)
Minum air rebusannya selepas mengambil sarapan pagi, setiap hari.

Sumber dan kredit : Ras Abdullah

Cara keluarkan kahak bayi

TEKNIK PERCUSSION BANTU KELUARKAN KAHAK BAYI

Cara tepukan percussion:

1) Pastikan bayi dalam keadaan meniarap dan diletakkan bantal di bawah perut.

2) Condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala bayi ke bawah dan kaki di atas, pastikan kaki lurus.

3) Ibu atau bapa ( yang buat teknik ni) perlu bentukkan tapak tangan seakan mangkuk dan gunakan kekuatan dari pergelangan tangan utuk menepuk perlahan dibelakang bayi.


4) Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih ke kiri dan kanan tubuh bayi.

5) Buat depan dan belakang.

Semoga membantu 😘😘😘

Petua Imam Ghazali mencari malam Lailatul Qadar



Petua dan cara Imam Ghazali mencari malam Lailatul Qadar | Dalam melakukan ibadat dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, sudah pastinya kita sentiasa ternanti-nanti malam Lailatul Qadar pada 10 malam yang terakhir. Itulah malam yang mana ia berlaku pada satu malam ganjil daripada 10 malam terakhir Ramadhan.

Adakah malam Lailatul Qadar ini jatuh pada 21, 23, 25, 27 atau 29 Ramadhan tahun ini? Hanya orang yang berusaha mengimarahkannya sahaja yang akan merasai nikmat beribadat di malam Lailatul Qadar tersebut.

Petua Imam Ghazali Mencari Lailatul Qadar


Terdapat petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama untuk cari mencari malam Lailatul Qadar. Imam Gazali dan lainnya ada menyebut bahawa malam Lailatul-Qadar boleh ditemui berpandukan kepada tarikh permulaan puasa atau awal Ramadhan, seperti kaedah berikut:

* Jika awal Ramadhannya jatuh pada hari Ahad atau Rabu: Lailatul Qadarnya pada malam yang ke-29.

* Jika awal Ramadhannya jatuh pada hari Isnin: Lailatul Qadarnya pada malam yang ke-21.

* Jika awal Ramadhannya jatuh pada hari Selasa atau Jumaat: Lailatul Qadarnya pada malam yang ke-27.

* Jika awal Ramadhannya jatuh pada hari Khamis: Lailatul Qadarnya pada malam yang ke-25.

* Jika awal Ramadhannya jatuh pada hari Sabtu: Lailatul Qadarnya pada malam yang ke-23.

Maka, bagaimanakah caranya untuk mendapatkan Lailatul Qadar ini?

Contohnya;

Jika satu hari bulan iaitu Awal Ramadhan jatuh pada hari Ahad atau hari Rabu, maka malam Lailatul-Qadar dijngka berlaku pada malam yang ke dua puluh embilan. Dan begitulah seterusnya seperti jadual berikut :



Cara beli tiket kapal terbang murah AirAsia MAS Malindo



Trick untuk dapatkan tiket tambang kapal terbang yang harga lebih murah ini boleh digunakan untuk membeli dari mana-mana saja syarikat pernerbangan samada AirAsia, MAS, Malindo, Lion Air, dan penerbangan yang lain-lain samada dalam atau luar negara. Saya kongsikan antara cara yang lebih mudah dan ringkas untuk dapatkan tiket kapal terbang yang  lebih rendah. dari biasa.


1. Beli tiket awal

Lihatlah kalendar anda, rancang percutian selewatnya 3 bulan sebelum perjalanan. Paling bagus beli 6 hingga 12 bulan sebelum perjalanan. Memang lambat lagi nak terbang tapi ianya berbaloi untuk perjalanan jauh. Contohnya, ada rakan saya beli tiket ke Perth Australia dengan harga RM99 3 bulan sebelum penerbangan tetapi harga terus naik kepada RM399 seminggu sebelum penerbangan. Jadi plan percutian anda sebaiknya.


2. Promosi murah biasanya tengah malam (12 tengah malam)

Ini memang saya amalkan sejak dulu lagi untuk web AirAsia. Memang mereka akan turunkan harga tapi anda perlu juga pantas bertindak kerana sekejap sahaja harga akan berubah normal kembali. Bukan AirAsia saha malah Malinda, MAS juga ada buka promosi tambah murah merah waktu jam 12 tengah malam dan awal pagi. Nampaknya anda  kena selalulah berjaga hehe.




3. Tidak travel pada waktu cuti sekolah, waktu puncak dan musim perayaan

Pada waktu sekolah, musim perayaan memang akan melambung tinggi harga tiket kapal terbang. Bisnes is bisnes mereka akan kaut untung seboleh mungkin. Sangat tinggi kemungkinan anda untuk dapat tiket murah sehari sebelum dan selepas cuti sekolah atau ketika musim perayaan. 

Contohnya, pada 1hb Januari tiket mahal dan pada 2hb Januari harganya akan jadi lebih berbeza. Anda perlulah rancang dan simpan cuti anda sebaiknya supaya percutian anda tidak bertembung waktu hari cuti persekolahan tidak kira samada anda bercuti dalam mahupun luar negara.


4. Cari destinasi murah terlebih dahulu

Cari destinasi yang murah-murah sahaja dulu. Anda teringin nak pergi ke Seoul (RM499) tapi tiket ke Tokyo (RM99) lebih murah. Pergilah ke Jepun dahulu kerana setiap destinasi yang jarang anda pergi ini mempunyai tempat yang menarik dan tak menyesal beli. 

Jadi tak perlu gigit jari dulu nak pergi ke destinasi yang harga tiket penerbangannya masih mahal. Kejar harga bukan kejar destinasi. Anda akan bercuti lebih senang hati.


5. Guna search engine

Search engine ni adalah ejen carian secara online yang dapat membanding beza harga tiket kapal terbang antara yang popular adalah skyscanner, kayak dan momondo. Boleh subscribe ke newsfeed juga.




6. Jadi pelanggan setia. Tumpukan pada 1 syarikat penerbangan

Jadilah pelanggan setia mereka. Tumpukan pada 1 syarikat penerbangan sahaja kerana lagi kerap anda membeli tiket lagi banyak anda dapat mata ganjaran yang dikenali mata ganjaran kesetiaan. Anda akan peroleh pelbagai keistimewaan contohnya dapat diskaun tiket, hot seat dan lain-lain. Trik untuk mengumpulkan mata ganjaran juga anda bolehlah membeli tiket kapal terbang untuk kawan-kawan anda.


7. Beli tiket selain dari hari Jumaat, Sabtu dan Ahad

Travel selain dari hari Jumaat, Sabtu, Ahad. Biasanya tiket memang murah waktu hari Isnin hingga Khamis. Hari Isnin biasanya hari tiket kapal terbang jadi lebih rendah kerana memang tidak ramai orang travel waktu itu. Begitu juga travel pada waktu awal pagi dan tengah malam juga tiket murah pada waktu tersebut. Pastikan anda dapatkan rehat yang secukupnya, kalau travel tengah malam pun boleh tidur, siang dah sampai ke destinasi :)


8. Jangan terus beli tiket 2 arah

Beli tiket 1 arah sahaja kerana tiket 2 arah ni macam ada trik mereka untuk menaikkan sedikit harga. Maksudnya kita perlu beli tiket 2 kali iaitu waktu pergi tiket yang berlainan dan waktu balik tiket yang berlainan. 

Contohnya tiket pergi dan balik kawan saya KL-Perth pergi dan balik kosnya RM499, seorang lagi kawan saya ke KL-Perth menggunakan Air Asia (RM99) dan pulang semula menggunakan MAS Perth-KL (RM199). Lebih jimat bukan? Agak leceh tapi percayalah sangat berbaloi.




9. Guna debit card

Bayar tiket guna debit kad, jangan guna kad kredit! Simple kerana tiada caj.


10. Follow media sosial syarikat penerbangan

Sentiasa follow media sosial rasmi syarikat penerbangan atau subscribe newsletter terus newsfeed informasi terkini mereka terus ke email anda. Boleh explore laman web mereka. Contohnya saya ada subscribe laman web Airasia dan Malindo jadi mereka sentiasa akan maklumkan tawaran ke destinasi yang tertentu dan juga harganya sekali. Anda akan sentiasa update dan dapat berita terbaru mereka. 



Jadi tidak kira samada MAS, AirAsia, Malindo, Lion Air atau mana-mana syarikat penerbangan. Cara ini sangat berkesan untuk dapatkan tiket yang lebih murah dari biasa. Harapan saya supaya banyak lagi syarikat penerbangan muncul supaya lebih saingan dan automatik tiket jadi semakin murah.

Jom tengok video tentang cara beli tiket flight murah:



Jangan lupa kongsikan artikel ini kepada rakan yang lain. Mungkin anda ada rahsia tersendiri untuk tiket murah boleh kongsi di ruang komen? Selamat bercuti!


Bersambung........

Foto 3 generasi kesultanan Pahang


FOTO BERSEJARAH TIGA GENERASI KESULTANAN PAHANG DARUL MAKMUR



Kami kongsikan nukilan KDYMM Pemangku Raja Pahang khusus buat Almarhum Nenda tercinta

For His Majesty,

My Grandfather

You will never be forgotten, we shall always remember what you have taught us . That is to be kind, generous and sincere. You Ruled with love, great pride and honour for the People of Pahang Darul Makmur. You served with loyalty in protecting and preserving our sacred religion of Islam. Most importantly you sacrified all for the Almighty ALLAH S.W.T. 

You are my inspiration and Idol. You are one of the Greatest Kings I know . You are part of the reason of the person I have become today. I shall never forget you and my prayers are always with you . I promise I will take care of your people with great care and love, as will all of your descendants after me. We shall lead by the examples you have set for us, and the examples of our forefathers. Your Majesty's legacy has not ended, it is only the beginning. 
I love you Tok Bok

For Allah SWT, We Serve

Kebawah Duli tidak akan pernah dilupai, patik akan selalu mengingati setiap apa yang telah Kebawah Duli titah dan tunjuk ajar pada patik selama ini iaitu menjadi manusia yang baik, pemurah hati dan ikhlas pada setiap manusia . Tuanku memerintah dengan penuh kebanggaan dan kehormatan kepada Rakyat Negeri Pahang Darul Makmur. Kebawah Duli berkhidmat dengan penuh dengan penuh kesetiaan dalam melindungi dan memelihata agama suci kita iaitu Agama Islam . Yang paling penting adalah Kebawah Duli mengorbankan kesemuanya kerana ALLAH S.W.T . 

Kebawah Duli adalah Inspirasi, Idola dan Kebawah Duli adalah seorang Raja yang paling hebat patik kenali. Kebawah Duli adalah sebahagian daripada sebab apa yang telah pada diri patik . Patik tidak akan pernah lupa pada Kebawah Duli dan patik sentiasa iringkan jua doa patik untuk Kebawah Duli . Patik berjanji akan menjaga Rakyat Kebawah Duli dengan penuh perhatian, kasih dan sayang serta jua seperti kehendak keturunan Kebawah Duli sebelum atau selepas patik Tuanku . Patik berjanji patik akan kekalkan legasi Kebawah Duli.

Ampun Tuanku

Ya Allah Selamatkan Raja Kami

Al-Fatihah

Credit Gambar : House Of Pahang

25/05/19

Ini sebab kita perlu hentikan guna krim Nutella



Sebelum ini, produk popular ini disangka sebagai makanan yang sihat. 


Ia dipasarkan sebagai produk krim kacang hazel tanpa bahan pengawet dan pewarna tiruan.

Iklan produk ini sering menunjukkan imej kanak kanak dengan sapuan krim coklat melimpah ruah. 

Hakikatnya, ianya penuh dengan gula dan lemak! 


Setiap 15g sudu sapuan mengandungi 8.5g gula. Ini bermakna , setiap 400g balang krim sapuan ini mengandungi 227.2 g gula— hampir separuh.

Menu viral di Malaysia sering menggunakan sapuan ini sebagai tarikan. Kuih raya juga tidak terkecuali

Sumber businessinsider.com

Pencuri nampak lautan luas dan tak jumpa pintu keluar. Ini doa untuk lindungi dan pagar rumah



Awas pencuri ada di mana sahaja. Usaha dan berdoalah untuk keselamatan rumah kita. Pernah dengar ada kes di mana pencuri dapat masuk tetapi tak dapat keluar, pencuri tak jumpa pintu, nampak lautan atau api berkobar. Ini semua adalah dari pertolongan Allah.


Ketika rumah anda telah dikunci dengan rapi, maka letakkan tapak tangan kanan anda ke pintu atau dinding rumah dan bacalah ayat-ayat doa seperti berikut :

1) Mengucap dua kalimah syahadah.. (1x)
2) Berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.. (3x)
3) Baca Ayatul Kursi.. (1x)
4) Baca Surah Yasin ayat ke-9.. (1x)

“Wa ja’alna mim baini aidihim saddaw wamin kholfihim saddan fa aghsyaina hum fa hum laa yubsiruun”

Bermaksud : “Dan KAMI adakan di hadapan mereka dinding-dinding dan di belakang mereka dinding-dinding (pula), dan KAMI menutup mata mereka sehingga mereka tidak dapat melihat”.

5) Lafazkan “Bismillahitawakkaltu’Alallah” ; “La haulawala khuwwata illabillah ‘ill ‘Aliyil ‘Aziim”

Semoga kita mendapat perlindungan Allah jua.

Amalan kita sewaktu dalam rumah....


Sebenarnya amaln daripada penghuni rumah itulah yang lebih utama untuk mereka melakukan perkara-perkara yang boleh dikatakan dapat menjauhkan rumah mereka itu dari terkena gangguan makhluk halus atau gangguan manusia.

1. Pertama: Membaca surah al-Baqarah

Jika anda masih sangsi sudah terlalu banyak dalil-dalil yang menceritakan tentang kelebihan apabila seseorang itu mengamalkan membaca surah Al-Baqarah. Apatahlagi kalau selalu di baca di dalam rumah.

Rumah tersebut tidak dimasuki syaitan: Imam Ahmad, At-Tirmidzi, Muslim dan An-Nasa-I pernah meriwayatkan dari Suhail bin shalih, dari ayahnya, dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda :“ Janganlah kamu menjadikan rumah kamu sebagai kuburan,sesungguhnya rumah yang di bacakan Surah Al Baqarah tidak akan dimasuki syaitan“.

At Tirmidzi mengatakan : hadis ini hadis yang sahih.

2. Kedua: Cara-Cara Untuk Elak Rumah Dimasuki Pencuri Atau Jin/Iblis



Ketika rumah, pejabat, kedai anda telah selesai dikunci, letakkan tapak tangan anda ke dinding atau pintu rumah lalu baca doa berikut :

Mengucap dua kalimah syahadah (1 kali)
Selawat ke atas nabi (2 kali)
Ayat kursi (1 kali)
Baca ayat 9 dari Surah Yasin (1 kali)
“Wa ja’alna mim baini aidihim saddaw wa min kholfihim saddan fa agsyaina hum fa hum laa yubsiruun”

Maksud ayat:

“Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding(pula), dan kami tutup(mata), mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.”

3. Ketiga: Perbanyakkan membaca al-Quran

Termasuk juga, apabila didapati kita selalu membaca Al-Quran di dalam rumah, ianya bukan sahaja boleh memberikan kelebihan kepada kita yang membacanya, lebih dari itu jin dan syaitan juga akan lebih menjauhkan diri dari rumah yang selalu diperdengarkan dengan bacaan Al-Quran di dalamnya.

Sumber dari Pusat Rawatan As-Syifa,An-Nur.



Kalori makanan Hari Raya dan cara membakar kalorinya



Hari raya bakal menjelang. Seronok sebulan puasa turun sampai 15kg tapi bila hari raya tiba makan tak ingat dah naik 10kg hahaha. 

Berikut merupakan makanan yang terkenal waktu hari raya. Mengandungi maklumat kalori dan info yang berkaitan untuk mengelak dari makan berlebihan. Kredit to UPM.
















Makanlah pada kadar sederhana, enjoy nikmat makan pada hari raya. Jangan stress sangat pasal diet, kembali ke track asal selepas raya nanti.

Ok nanti Rodong aan bincang pasal cara workout yang mudah dan berkesan pula.

Bersambung...


Contoh surat rayuan semakan semula egtukar guru


Keputusan eg tukar guru 2019 sudah pun keluar. Ramai berjaya ada juga yang gagal. Kepada yang gagal boleh cuba buat surat rayuan susulan supaya pihak atasan dapat semak semula pertukaran anda.


Sertakan SEGALA SURAT sokongan; laporan perubatan, laporan polis, geran rumah, surat nikah, surat beranak anak, etc segala jenis dokumen yang perlu. Ingat, secara psikologinya bila pihak atasan lihat surat anda TEBAL, lagi ada peluang untuk anda berjaya tukar. Usaha dan usaha lagi membuat rayuan ya cikgu2 semua. InsyaAllah...

CONTOH SURAT RAYUAN KEPADA MENTERI PENDIDIKAN / PEGAWAI ATASAN YG BERKENAAN

Kemudian boleh SK kepada pegawai-pegawai berkenaan

NAMA ANDA
sekolah anda
alamat sekolah anda

Y.B. Dato’ Seri DiRaja Mahdzir Bin Khalid
Menteri Pendidikan Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 10, Blok E8, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya

Y.B. Dato’ Seri,

RAYUAN SEMAKAN SEMULA
PERMOHONAN PERTUKARAN DARI __________ KE PPD ________, NEGERI _________ BAGI SESI JANUARI 2019

Saya seperti nama di atas ingin membuat rayuan agar permohonon saya ke PPD ________, NEGERI __________ bagi sesi Januari 2019 dipertimbangkan semula.

2. Bagi tujuan tersebut, berikut merupakan maklumat saya untuk rujukan pihak Y.B. Dato’ Seri. :

Nama : xxxxxx
No. KP :
No. Fail JPN :
No. Siri Permohonan :
Opsyen :
Pengalaman Mengajar :
PPD Semasa :
PPD Dipohon :

3. Tujuan utama permohonan pertukaran ini dibuat adalah bagi membolehkan saya untuk menjaga ibu saya di kampung. Ibu saya merupakan seorang ibu tunggal yang tinggal bersendirian di kampung. Buat masa sekarang, saya perlu berulang-alik dari _______________
 ke kampung saya untuk menjenguk ibu saya di kampung. Perkara ini sangat membebankan saya dari segi kos dan masa.

4. Selain itu, permohonan pertukaran ini juga akan membolehkan saya untuk menyambung pengajian di peringkat Master dalam bidang pendidikan kelak. Saya berhasrat untuk menyambung pengajian bagi memantapkan lagi pengetahuan saya dalam mendepani murid-murid di sekolah, seterusnya menjadikan sesi pembelajaran lebih menarik.

5. Bersama ini saya sertakan dokumen berkaitan bagi tujuan semakan semula ini. :

1. Borang permohonan EG-TUKAR sesi Januari 2019
2. Salinan Sijil Perkahwinan (dll dokumen)

6. Saya amat berharap agar Y.B. Dato’ Seri dapat mempertimbangkan rayuan semakan semula ini. Kerjasama dan keprihatinan pihak Y.B. Dato’ Seri amat saya hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,

( xxxxxxxx )

No. Tel :

-----------------------
Ingat cikgu semua jangan putus asa. Usaha doa tawakkal. Semoga egtukar guru berjaya. Sharing is caring. Park dan kongsikan kepada rakan yang lain di FB menggunakan butang share di bawah.