Bahayakah kencing berbuih



BAHAYAKAH KENCING BERBUIH


Ramai yang mengalami masalah kencing berbuih, tetapi mereka tidak tahu bahaya keadaan itu sebenarnya menunjukkan bahawa mereka mungkin mengalami pelbagai jenis penyakit. Kencing berbuih saja mungkin menandakan kita kekurangan air dalam tubuh (dehidrasi). Jika kita ada penyakit diabeteis, mungkin kita mula mengalami masalah kerosakan ginjal.

Oleh itu tanda-tanda air kencing berbuih yang bahaya apabila :

1. Tangan dan kaki menjadi bengkak
2. Rasa mudah penat dan letih (rasa mahu baring dan mudah tertidur)
3. Tidak berselera untuk makan
4. Rasa sakit kepala, pening, loya dan muntah
5. Muka dan tangan menjadi pucat

Selalunya kencing berbuih hanya disebabkan kita mengalami dehidrasi. Cuba minum air secukupnya. Jika masih kencing berbuih selepas beberapa hari (walaupun telah minum air secukupnya), dan masih mengalami tanda-tanda di atas, segera mendapat pemeriksaan doktor. Ia mungkin tanda awal keadaan yang lebih berbahaya.

Sumber Dr Zubaidi
Bahayakah kencing berbuih Bahayakah kencing berbuih Reviewed by cikguzim on Rabu, Mei 17, 2017 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.