Cara dan petua bersalin secara normal


Adakah anda hamil anak sulong?

Belum mempunyai pengalaman yang meluas berkaitan kehamilan?

Masih tertanya-tanya apakah tips dan petua untuk mudah bersalin?

Artikel pada kali ini bakal memberi anda serba sedikit pengetahuan untuk melancarkan proses kehamilan anda dan cara untuk memudahkan anda melalui proses melahirkan bayi dalam keadaan normal.

Mudah sahaja, sekiranya sudah hamil mencecah 28 minggu dan keatas, adalah sangat penting untuk anda tidak ponteng temu janji klinikal. Hal ini nampak macam remeh, tetapi ianya sangat berguna untuk anda mengetahui perkembangan janin dalam rahim anda walaupun ianya sudah mencapai usia yang matang. Selain itu juga, anda berkesempatan untuk mempelajari pendidikan kesihatan berkenaan pemakanan, amalan dan aktiviti yang boleh membantu anda mengikuti aktiviti seharian dengan baik disamping melancarkan proses untuk melahirkan bayi.

Selain itu, perlu diingatkan juga bahawa ibu mengandung tidak digalakkan untuk duduk bersahaja ketika dalam tempoh hamil. Elakkan diri daripada terlalu bersenang lenang tanpa sebarang aktiviti kerana perkara ini akan memberi kesan yang buruk ketika anda sedang melahirkan. Hal ini berlaku kerana kekurangan aktiviti harian boleh menyebabkan anda kekurangan stamina ketika meneran dan hal ini akan menyebabkan anda tidak boleh melahirkan secara normal.

Perbanyakkan aktiviti seperti berjalan sekeliling rumah, melipat pakaian, memasak, membasuh sebagainya selagi ianya bukan aktiviti yang lasak. Senaman untuk ibu hamil juga boleh diamalkan bagi memudahkan anda untuk melalui proses melahirkan dengan normal.

Menurut pengamal kesihatan pula, untuk membantu anda mengurangkan sakit perinium dan pelvis dalam tempoh janin membesar, sangat digalakkan untuk melakukan urutan perinium.

Caranya sangat mudah, ianya dilakukan dengan memasukkan 1 atau 2 jari ke dalam v@g!na dan ditekan ke arah perinium. Urutan ini juga turut membantu rahim anda membesar dan memudahkan anda untuk bersalin. Namun begitu, adalah sangat disarankan agar memastikan tangan dan jari berada dalam keadaan bersih serta kuku dipotong pendek untuk mengelakkan jangkitan dan luka pada v@g!na.


Urutan ini perlu dilakuakan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu dan setelah beberapa minggu, anda akam mendapati v@g!na anda akan lebih anjal dan kenyal bagi memudahkan laluan bayi apabila tiba saat melahirkan.

Jangan lupa juga untuk mengamalkan rawatan minyak zaitun atau minyak kelapa dara sebagai nutrisi sampingan dan juga minyak untuk mengurut.

Hal ini sedikit sebanyak membantu ibu hamil mendapatkan nutrisi tambahan disamping memudahkan pembukaan rahim ketika melahirkan.

Tuntasnya, amalan dan petua yang dicadangkan ini diharapkan sedikit sebanyak membantu anda untuk melalui proses kehamilan dan memudahkan anda untuk melahirkan bayi secara normal.

Ianya juga dapat menjamin kecergasan bayi anda untuk melalui proses tumbesaran dengan sihat dan selamat. Semoga anda mendapat manfaat yang baik melalui tips dan petua mudah bersalin yang dikongsikan ini.
Cara dan petua bersalin secara normal Cara dan petua bersalin secara normal Reviewed by cikguzim on Rabu, April 03, 2019 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.