Jom jimatkan elektrik dapur anda.
Kadar kos tenaga elektrik meningkat dari sehari ke sehari. Dengan pelbagai peralatan elektrik yang terdapat di rumah, sudah tentu penggunaan tenaga elektrik semakin meningkat dan kosnya juga bertambah tinggi. Kos penggunaan elektrik mungkin mencecah ratusan ringgit jika anda mengguna banyak perkakasan elektrik seperti peti sejuk, alat penghawa dingin, ketuhar, mesen membasuh, sterika dan lain-lain lagi.
Okay, rumah kami ada banyak peralatan dan perkakasan elektrik. Jadi macamana nak jimatkan lektrik ni? Sebenarnya, kita secara tidak sedar telah membazir elektrik secara berterusan walaupun pada kuantiti yang sedikit.
Contohnya:
Jika anda biasanya menggosok pakaian anak-anak ke sekolah dan pakaian ke pejabat setiap hari, cuba ubah cara dengan menggosok pakaian tersebut secara total sekali gus untuk satu minggu. Ini boleh menjimatkan tenaga elektrik, berbanding jika anda menggosoknya setiap hari… kanapa dan bagaimana ini boleh terjadi? Cuba fikirkan sendiri…. ( secara logiknya, anda akan membuat pemanasan awal sterika setiap kali (6 hari – 6x pemanasan) anda ingin menggosok pakaian, berbanding dengan hanya 1 kali pemanasan awal jika dibuat sekali gus)
Berikut adalah tips penggunaan dan penjimatan tenaga elektrik di dapur secara spesifik dan di rumah secara amnya:
1) PETI SEJUK DAN PENYEJUK BEKU
PETI SEJUK
Pilih saiz peti sejuk yang bersesuaian dan menepati keperluan keluarga. Elakkan daripada membeli peralatan yang bersaiz terlau besar.
Jangan lupa untuk mengenal pasti Label Tenaga bagi peti sejuk. Skim pelabelan ini dilaksanakan di abwah selian Suruhanjaya Tenaga dengan kerjasama SIRIM. Data pada plat nama akan memberikan maklumat tentang penggunaan kuasa bagi peti sejuk.
Apabila hendak meninggalkan rumah untuk jangkamasa yang lama, kosongkan dan cuci peti ais anda. Tutupkan suis peti sejuk dan biarkan pintunya terbuka.
Pastikan gelung kondenser sentiasa bersih. Habuk dan kotoran pada gelung kondenser akan mengurangkan kecekapan peti sejuk.
Elakkan meletakkan peti sejuk pada tempat yang panas seperti di tempat yang terdedah kepada pancaran terus sinar cahaya matahari atau pun terlalu hampir dengan dapur memasak.
Ruang perlu disediakan di sekeliling peti sejuk termasuk pada bahagian atas, belakang dantepi peti sejuk bagi membolehkan pengaliran udara bebas.
Elakkan daripada kerap membuka atau pun sengaja membiarkan pintu peti sejuk terbuka.
Jika anda menggunakan peti sejuk yang berfros, pastikan anda kerap menyah fros peti sejuk berkenaan terutama apabila fros telah menebal sebanyak 6mm/0.25 inci.
PENYEJUK BEKU
Penyejuk beku jenis tegak menggunakan lebih banyak tenaga berbanding peti penyejuk jenis peti. Purata kos elektrik penggunaan penyejuk beku jenis peti dan jenis tegak ialah masing-masing RM10 dan RM14 sebulan.
Penyejuk beku seelok-eloknys sentiasa penuh bagi mengelakkan pembentukkan ais.
Gunakan pembalut dan bekas kedap udara dan wap apabila menyimpan makanan yang ingin disejuk beku bagi mengelakkan makanan menjadi kering.
Sebelum membuka penyejuk beku, kenal pasti barangan yang diiginkan. Membuka pintu berulang kali membazirkan tenaga.
Nyah fros penyejuk beku apabila terdapat fros setebal 6mm (1/4 inci)
2) CEREK
Elemen pemanas pada cerek elekrik hendaklah sentiasa dibersihkan untuk mengurangkan penggunaan tenaga.
Jika boleh, amalkan mendidih air dengan menggunakan dapur gas kerana ianya lebih murah dan efisien.
Sediakan thermos di rumah bagi menyimpan air panas yang telah dididihkan. Ini boleh menjimatkan anda daripada sentiasa mendidih air apabila hendak menggunakan air panas.
Pilih cerek elektrik yang saiznya bersesuaian dengan keperluan. Lebih besar saiz cerek, lebih lama masa yang diambil untuk memansakan air. Oleh itu penggunaan tenaga elektrik adalah lebih tinggi.
3) KETUHAR DAN KETUHAR GELOMBANG MIKRO
KETUHAR
Elakkan daripada memanas ketuhar terlebih dahulu sebelum memasak.
Padamkan ketuhar 5 hingga 10 minit sebelum had masa memasak kerana ini dapat menggunakan haba yang tersimpan dalam ketuhar. Ini dapat menjimatkan 10-25% tenaga elektrik untuk memasak.
Pastikan pintu ketuhar sentiasa sentiasa tertutup rapat. Jika perlu memeriksa masakan, intai melalui pintu ketuhar.
Sebelum memasak, defroskan makananan terlebih dahulu kerana ini menjimatkan tenaga yang mungkin diperlukan bagi mendefros makanan tersebut (dan mungkin juga akan menyebabkan makanan tidak masak di sesetengah bahagian)
Rancang penggunaan ketuhar. Masak beberapa jenis makanan sekali gus. Ini menjimatkan elektrik sebanyak 60%.
KETUHAR GELOMBANG MIKRO
Elakkan penggunaan ketuhar semasa kosong kerana ini boleh merosakkan magnetron
Elakkan daripada menggunakan bekas logam.
Makanan di dalam ketuhar gelombnag mikro akan terus dimasak atau dipanaskan walaupun ketuhar telah ditutup suisnya.
Ketuhar gelombang mikro menjadi pilihan kerana ia menggunakan tenaga yang kurang dan masak lebih cepat berbanding ketuhar elektrik biasa. Ia juga boleh memanaskan makanan dengan lebih cepat dan boleh menjimatkan tenaga elekrik sebanyak 10-25%.
Ketuhar gelombang mikro menjimatkan 75% tenaga berbanding ketuhar elektrik biasa kerana keperluan tenaganya yang rendah dan masa memasaknya yang singkat.
4) PERIUK NASI ELEKTRIK, PERIUK BUBUR DAN SUP
Pastikan bahagian luar periuk pemanas berkenaan kering sepenuhnya sebelum memasukkannya ke dalam periuk nasi elektrik.
Wap yang panas akan keluar semasa memasak dan pastikan wap ini tidak mengenai palam kuasa atau soket allir keluar.
Tanggalakan palam kuasa jika periuk pemanas tersebut tiada di tempatnya atau semasa ianya tidak digunakan.
Gunakan kain yang lembap jika hendak mencuci badan luaran periku nasi elektrik. Jangan rendamkan periuk nasi elektrik ke dalam air.
5) PERALATAN-PERALATAN LAIN
i) PENGISAR, PENGISAR MAKANAN DAN PENGISAR JUS
Tutup suis dan cabutkan plug setelah menggunakannya.
Bersihkan mata pengisar selepas menggunakannya. Tenaga dapat dijimatkan sekiranya mata pengisar dalam keadaan bersih dan tajam.
Jangan letakan atau mengangkat bekas kaca pengisar tersebut bila motor sedang berpusing bagi mengelakkan kerosakan pada kmponen yang berpusing.
Jika ianya digunakan dalam jangkamasa yang lama, motor tersebut akan menjadi panas. Pastikan ianya tidak terlalu panas sehingga sistem perlindungan habanya berfungsi. Jika sistem perlindungan habanya berfungsi, beri masa untuk ia sejuk kembali sebelum digunakan semula.
ii) PEMASUK INDUKSI, PIRING PEMANAS, PEMBUKA TIN ELEKTRIK
Tutup suis dan cabutkan plug setelah menggunakannya.
Jom, jimatkan elektrik!
Cara jimatkan penggunaan elektrik di dapur
Reviewed by cikguzim
on
Khamis, April 25, 2019
Rating:
Tiada ulasan: