Contoh doa Hari Guru


Berita baik kepada anda yang ditugaskan untuk membaca doa sempena hari guru. Samada anda ustaz atau ustaz express/celup, tak perlu risau untuk baca doa boleh pilih salah 1 doa yang mudah di bawah. Semoga diberkati InsyaAllah, selamat hari guru 2019!


Tema hari guru 2019 : Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi



Doa 1
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ , وَالعَاقِبَة لِلْمُتَّقِيْنَ َالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ 
عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ

Ya Allah , Tuhan Semesta Alam

Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk meraikan Majlis sambutan Hari Guru pada pagi yang berbahagia ini.

يا الله ياعزيز يا ستارفعال لما يريد

Sesungguhnya tugas sebagai guru adalah tugas yang mulia dan murni sepanjang zaman , justeru kurniakanlah kepada guru-guru kami hati yang ikhlas untuk menyempurnakan tanggungjawab yang berat ini dengan sebaiknya . Lorongkanlah hati guru-guru kami agar menjadikan seluruh
aktiviti dunia pendidikan sebagai ibadah, mengharapkan rahmat dan
keredhaan-Mu semata-mata .

Pada saat dan detik ini, kami hulurkan tangan pengharapan , memohon ihsan dan pimpinan-Mu agar Engkau anugerahkan rasa kasih sayang kepada barisan pendidik yang budiman terhadap anak-anak didik mereka , sebagaimana mereka mengasihi dan menyayangi anak- anak mereka sendiri . 

Kurniakanlah kepada mereka kesabaran , ketabahan , semangat kerjasama yang tinggi dalam sebuah pasukan , semangat permuafakatan dan semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang pendidik dan berusaha menyumbang tenaga , idea dan kepakaran demi meningkatkan kualiti akademik dan kokurikulum pelajar-pelajar sekolah ini khasnya dan di arena pendidikan perdana amnya .

يا االله يا مكوراليل والنهار

Pada kesempatan ini , berkat kebesaran dan kehebatan-Mu ya Allah kami mohon  kurniakan kepada kami sifat yang mulia dan akhlak yang luhur , mudah-mudahan kami akan menjadi anak didik yang sentiasa menghormati guru-guru kami , mendengar tunjuk ajar daripada guru-guru kami , sentiasa mengharapkan teguran dan bimbingan guru-guru kami , semoga kami
menjadi insan yang sempurna dan berguna kepada agama ,
bangsa dan negara yang tercinta .

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ،
وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ،
وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

Doa 2

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ 

Ya! Allah, ya Tuhan kami, segala puji dan syukur hanya untukMu di atas segala rahmat dan nikmat yang Engkau kurniakan kepada kami sempena sambutan Hari Guru kali ini. Ya! Allah, Tuhan Yang Maha Pengampun, Dengan penuh rasa rendah diri kami menadah tangan bermohon keampunan dan rahmat dari sisiMu. 

Sesungguhnya kami hanyalah hambaMu yang lemah. Maka ampunilah segala kesalahan yang telah kami lakukan sama ada yang disedari atau tidak disedari. 

Kurniakan taufiq dan hidayah kepada kami dan guru-guru kami supaya jalan hidup kami sentiasa diberi petunjuk olehMu di dunia dan mendapat ganjaran setimpal di akhirat kelak. Ya Allah, Tuhan Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat, Dengarkanlan harapan dan pengaduan kami ini. 

Mustajabkanlah permohonan kami agar Engkau mengurniakan kesejahteraan dan kesihatan kepada guru-guru kami yang menjadi payung kepada generasi akan datang. Semoga Engkau mengurniakan kekuatan kepada diri mereka untuk terus menjalankan amanah dan tanggungjawab dalam memainkan peranan bagi memartabatkan pendidikan generasi kami berteraskan al-Quran dan al-Sunnah. 

Ya Allah, Ya Karim, Jadikanlah guru-guru kami mempunyai darjat yang tinggi serta hiasilah mereka dengan kebijaksanaan, binakanlah benteng ketakwaan dan keimanan yang teguh kepada mereka. Hindarilah mereka daripada perkara yang memudaratkan diri, keluarga, agama, bangsa dan negara. Ya Allah, Ya Aziz Ya Ghaffar, Anugerahkanlah segala kemudahan kepada para guru kami agar mereka senantiasa mendapat kejayaan dan kecemerlangan di dunia dan akhirat. 

Berkatilah usaha dan sumbangan kebaikan mereka di dunia ini. Berikanlah kekuatan kepada mereka untuk mencapai kejayaan dan kemajuan diri dalam mendidik anak bangsa ibu pertiwi. Anugerahkanlah kepada mereka kualiti kehidupan yang lebih baik dari hari-hari sebelumnya. Tinggikanlah darjat mereka di sisiMu, sucikanlah hati mereka dengan keikhlasan berbakti untuk agama, bangsa dan negara.

 اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ،


#doahariguru #temahariguru #aktivitihariguru #laguhariguru #sukanhariguru #doahariguru
Contoh doa Hari Guru Contoh doa Hari Guru Reviewed by cikguzim on Selasa, April 23, 2019 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.