Jom kita jimatkan gas di dapur. Semasa dapur gas masih baru, nyalaan apinya biru dan cantik. Waktu memasakpun cepat. Namun bila dah lama penggunaan dapur gas, api semakin merah kekuningan. Tungku dapurpun berkarat dan bahagian bawah periuk dan kuali jadi hitam berjelaga.
Ini menandakan tungku dapur anda perlu diservis. Bila diteliti, mesti ada serpihan karat yang menutupi lubang-lubang yang ada pada tungku dapur gas.
Cara untuk servis dapur gas ini tidaklah susah. Boleh dibuat di rumah sendiri. Peralatan yang diperlukan adalah playar, paku saiz 1/2 inci, spray WD-40, steel wool dan pisau.
Cara Servis Dapur Gas & Jimatkan Penggunaan Gas di Dapur
- Tutup gas dan cabut kepala gas.
- Buka tungku dari dapur.
- Spray WD-40 pada keseluruhan tungku dan biarkan selama 5 hingga 10 minit.
- Sental dengan steel wool. Bahagian yang degil boleh dikikis dengan pisau.
- Masukkan paku ke dalam lubang tungku dan ketuk menggunakan playar.
- Ulang pada setiap lubang.
- Keluarkan serpihan karat melalui lubang tungku yang bersambung dengan pemetik dagus gas.
- Sembur sekali lagi WD-40 dan lap kering, kemudian pasang seperti asal.
Terima kasih selamat mencuba jangan lupa share artikel untuk panduan rakan lain.
Cara jimatkan penggunaan gas memasak
Reviewed by cikguzim
on
Sabtu, April 27, 2019
Rating:
Tiada ulasan: