Ramai golongan yang mengamalkan diet pada hari ini akan skip mengambil sarapan di waktu pagi. Tapi, tahukah anda sarapan pagi amat penting untuk tubuh kerana ia dapat membekalkan tenaga kepada tubuh untuk melakukan segala aktiviti sepanjang hari dengan cergas dan produktif. Mengabaikan pengambilan sarapan ini bukan sahaja dapat memudaratkan kesihatan anda tetapi juga dapat menggangu fokus anda dalam melaksanakan tugasan harian.
Pernah dengar bait kata “kalau nak kurus, ambil sarapan pagi”. Namun dengan mengambil sarapan pagi sahaja tidak mencukupi sekiranya anda tidak mengamalkan waktu makan yang betul. Tips kali ini dikongsi dari saudari Fyra Tasya yang mengamalkan waktu makan dengan betul mengikut fisiologi tubuh badan. Menarik bukan? Mari kita baca perkongsian beliau.
Apa itu Fisiologi?
Fisiologi merupakan fungsi bagaimana bahagian badan tertentu ‘bekerja’ yang berkait rapat dengan yang lain. Setiap organ badan manusia bekerja sepanjang masa, namun kita perlu tahu waktu-waktu organ itu berfungsi supaya simbang dengan waktu makan dan aktiviti seharian.
Bagi anda yang sedang berdiet tapi berat badan masih tidak turun, kenalpasti waktu makan anda adakah ianya mengikut waktu makan mengikut fungsi fisiologi badan? Hal ini adalah disebabkan, kalau anda makan tanpa mengikut fungsi fisiologi boleh menyebabkan berat badan menaik secara mendadak.
Berikut merupakan jam waktu fisiologi tubuh badan manusia
5 – 7 pagi
Waktu di mana usus besar bekerja. Mesti disiplinkan diri utk *buang air besar* dalam waktu ini. Jika tak, penyakit akan berkumpul.
7 – 9 pagi
Wajibkan diri utk *bersarapan* . Jika tak, metabolisma badan akan turun mendadak. Sebab tu kadang2 orang bersarapan lewat lepas pukul 9, berat badan naik mendadak walaupun makan sekali sehari!
9 – 11 pagi
Organ limpa bekerja.
*Elakkan makan* dalam waktu ini.
11 – 1 petang
Jantung bekerja secara optimum. *Elakkan bekerja berat, sebaiknya rehat dan tidur seketika* . Serangan jantung kerap terjadi ketika waktu ini.
1 – 3 petang
Usus kecil bekerja. *Sebaiknya buang air besar kali kedua* dalam waktu ini.
3 – 5 petang
Pundi kencing bekerja. *Sebaiknya buang air kecil* dalam waktu ini.
5 – 7 petang
Ginjal bekerja secara optimum. *Elakkan badan terlalu dehydrated. Banyakkan minum air* dalam waktu ini.
7 – 9 malam
Perikardium bekerja. *Elakkan makan makanan yang berat* pada waktu ini.
9 – 11 malam
*Waktu terbaik utk berehat dan tidur* .
11 – 1 pagi
Hempedu bekerja. *Elakkan makan* , berat badan akan naik mendadak.
1 – 3 pagi
Hati bekerja utk singkirkan toksik. *Elakkan berjaga* . Sering berjaga pada waktu ini berpotensi utk kanser. Waktu ini adalah waktu terbaik utk deep sleep.
3 – 5 pagi
Peparu bekerja.
Bagi pesakit asma, *elok amalkan bangun* pada waktu ini. Peparu menyerap oksigen dalam kuantiti yang tinggi. Ibadah solat sangat digalakkan waktu ini.
So dah tahu waktu makan yang terbaik kan? Jadi sama-sama kita amalkan lepas ni ok.
Sebab-sebab kita gagal untuk kurus
Reviewed by cikguzim
on
Isnin, April 01, 2019
Rating:
Tiada ulasan: