Bahaya susu kultur, sayangi anak-anak kita





Tulisan ini atas kesedaran saya  sebagai seorang ayah yang ada anak anak kecil yang masih bersekolah 

Sejak kami melibatkan diri di dalam program santuni pelajar pelajar sekolah,kami nampak kegembiraan anak anak kecil.

Yeahh !! Pakcik.susu sampai, Kami suka susu kurma. 💞❤. 

Kegembiraan itu kami rasai sebab selama  ini dah  berkurun lama pelajar sekolah minum susu tepung  bacuhan semula,  di tambah GULA , PERISA ,PEWARNA  dan sebagainya😥😥
,
Tatkala kami memperjuangkan susu segar untuk kebaikkan pelajar pelajar minum, muncul pula jenama baru yang sekarang ini semakin galak masuk ke sekolah. Kami tak kisah jika produk susunya mengunakan susu segar yang penting ianya memberikan kebaikkan yang baik kepada kesihatan pelajar sekolah, dan kami gusar, risau malah terkilan susu kultur ini mendapat “ endorsement “ untuk di bekalkan kepada sekolah

Melihat label  maklumat pemakanan , ramuannya pun kami dah rasakan perlu ada satu perjuangan kesedaran kepada ibu bapa , guru-guru dan pengusaha kantin tentang kesannya pada kesihatan anak anak kita.

1-SUSU TEPUNG   - ini kategori paling bawah dalam senarai khasiat susu, Asalnya susu segar, di panaskan pada suhu tinggi sehingga hilang kesemua nutrien dan zat2 asli susu. Yang tinggal susu kosong shj😥

2-AIR – ini di namakan susu bancuhan semula- nak jadikan cecair susu perlu larutkan di dalam air, Di mana susunya jika air dan bercampur dengan susu, mungkin 10 % shj susu, 90 % lagi air.😥

3-SUSU KULTUR – ianya dah tiada probiotik da ada gula tambahan, lihat pada label , kandungan Sukrosa ( gula tambahan) paling tinggi berbanding Lactosa ( gula semulajadi susu ) Ini yang cukup bahaya, di sumbat banyak gula pada anak anak sekolah, kesannya otak lembap dan obesity dan diabetis dari awal lagi.😥

4-BAHAN PERWARNA – ( Tartazine ) adalah perwarna  makanan dan kesannya jika banyak menyebabkan kesan migraine dan hyperaktif pada kanak kanak.😥

5-PENGAWAL ASID (INS270&INS331) –Ianya bahan pengawet makanan untuk bertahan lama

Kami hanya mampu menulis kesedaran tetapi rasanya ianya tak akan sampai jika tiada response dan tindakan dari rakan sekeliling. Sebarkan dan didik anak anak kita kenal label supaya ianya menjadi pedoman mereka di sekolah, ceritakan yang baik untuk di minum dan yang perlu di kurangkan bila di sekolah🙁

Wahai warga pendidik yang kami sayangi. Andalah tempat kami gantung harap sebab anda dekat di hati pelajar, Sayangilah anak anak kitta, apa yg kita suap itu kesan pada mereka di hari tua nanti, ❤️

Wahai pengusaha kantin  yang kami kasihi, jika keuntungan yang di cari tanpa fikirkan apa yang jual itu merosakkan masa depan anak anak. Maka teruskanlah, Kasihanilah anak anak sekolah itu, anda adalah penyelamat dengan ambik peduli dan tidak menjual makanan & minuman yang tidak baik pada anak2❤️

Wahai warga Kementerian, anda ada kuasa dan upaya,.Anda boleh sahaja menghalang tapi anda biarkan sahaja, kami hanya tiada apa2 hanya mampu berdoa supaya anak anak kecil kita sihat sejahtera.❤️

Wahai Pak Menteri yang kami sayangi, perhalusilah dasar industri tenusu Negara. Matlamat utama untuk memacu sektor perniagaan tani dan meningkatkan sumbangan INDUSTRI TENUSU TEMPATAN sekaligus merancakkan sosioekonomi luar bandar menerusi pewujudan peluang pekerjaan dan keusahawanan. Tapi nampaknya YB membenarkan Syarikat LUAR NEGARA yang berpengkalan di Malaysia menjajah di bumi sendiri.❤️

Sekian

UncleMie
Bahaya susu kultur, sayangi anak-anak kita Bahaya susu kultur, sayangi anak-anak kita Reviewed by cikguzim on Rabu, Mei 01, 2019 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.