Fungsi butang shift lock kereta auto ketika bateri lemah



Baru tahu... 

Butang 'shift lock' pada gear kereta auto fungsinya membolehkan kereta auto ditolak waktu bateri lemah/kong utk recharge semula 👇👇👇 Bagi mereka yang memandu kereta automatik pasti perasan ada satu button 'shift lock' pada gear kereta. 


Tapi percayalah walaupun korang memandu kereta auto, belum tentu korang tahu apa fungsi button tu. 

Button shift lock ya dicipta sebagai salah satu ciri keselamatan kepada pemandu. 

Shift lock berfungsi untuk meriliskan transmisi korang daripada P. Maksudnya, jika dalam situasi tertentu yang korang kena letakkan gear pada N, contohnya macam kereta kena tunda dan sebagainya kat sini lah button shift lock ni digunakan. 

Aku bagi tips mudah utk kitak org.

1. Matikan enjin kereta ketika gear P

2. Cabut kunci kereta

3. Tekan button shift lock dan jangan lepaskan. Pada masa yang sama tarik tombol gear ke dan ubah ke N

4. Ubah ke gear N dan lepaskan butang shift lock yaa. 

5. Lepaskan break tangan dan biarkan free. 

Baru boleh tolak kereta kalau bateri kong dan sebagainya.

Kredit Wan Tan Automotive

Fungsi butang shift lock kereta auto ketika bateri lemah Fungsi butang shift lock kereta auto ketika bateri lemah Reviewed by cikguzim on Jumaat, Mei 24, 2019 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.