Kelebihan makan buah nanas




Pakar Dedah Banyak Kelebihan Makan Nenas, Kalau Mampu Ambillah Setiap Hari

Oleh Suhaidah Abd Wahab - January 15, 20198238

NENAS

Mungkin ramai yang tak berapa suka nak makan nenas, sebab rasanya yang masam manis serta jika makan banyak boleh sebabkan lidah berasa lidas atau gatal dan pedih. Sebenarnya, banyak kelebihannya bila kita makan buah nenas, malah disarankan diambil setiap hari. Terutama dari segi kesihatan otak, emosi, serta kecantikan kulit.

Jemput baca pendedahan kelebihan nenas oleh DrRizal Abu Bakar ini.

Nenas adalah superfood. Penting untuk hampir keseluruhan tubuh. Kalau mampu ambillah setiap hari.

1. Kaya Vitamin C

Nenas sarat dengan vitamin C. Vitamin yang cantikkan kulit. Vitamin ini penting untuk hapuskan lendir, kahak dan legakan sinus. Ini berdasarkan kajian di University of Maryland Medical Centre.

2. Kaya Dengan Bromelain

Yang menarik tentang nenas ialah ia ada bromelain. Nutrisi yang hilangkan keradangan, kecilkan tumor serta redakan osteoarthritis.

Bromelain juga disebut antara bahan turunkan berat badan.

Menurut Experimental Neurology Bromelain boleh menghalang berlakunya alzheimer. Kalau kita mahu elak dari jadi pelupa, berjinak-jinaklah dengan nenas.

3. Bekalkan Tenaga Pada Sel Otak

Antara nutrisi lain ialah manganese. Penting untuk otak. Manganese bekalkan tenaga pada sel otak. Bertindak seperti power bank.

4. Vitamin Anti Stress

Seperkara yang saya suka tentang nenas ialah jumlah besar thiamin di dalamnya. Tugasnya tukarkan karbo, lemak dan protein kepada energi untuk tubuh. Ia juga disebut sebagai vitamin anti stress.

Petang petang balik kerja apa kata ambil sepotong nenas. Lepas makan baharulah pandu pulang. Pasti mood lebih baik
Kelebihan makan buah nanas Kelebihan makan buah nanas Reviewed by cikguzim on Ahad, Mei 12, 2019 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.