1. Ramadhan senantiasa menjadi bulan yang mencetus sikap dalam diri manusia untuk sebuah kebaikan. Ramadhan adalah bulan Badr terjadi yang menjadi pemisah awal dan asasi antara kebenaran dan kebatilan.
2. Kebaikan hadir dengan merangsang melakukan kebaikan (al-Amr bi al-Ma’ruf). Segala yang baik dan murni digerakkan untuk diri dan orang lain. Sikap pantang melihat ruang kebaikan, bakal direbut sama ada ia menyangkut hubungan dengan Allah SWT (ibadah) atau kaitan dengan manusia serta makhluk (muamalah).
3. Namun, ia tidak terhenti maksud kebaikan itu dengan anjuran berbuat baik semata. Menghalang yang buruk, jahat lagi tidak jujur (al-Nahy ‘an al-Munkar) termasuk dalam amal kebaikan yang dituntut agama.
4. Tetapi, pendekatan ini boleh jadi dianggap tidak mesra orang sekeliling dalam berurusan atau dakwah. Dianggap degil, keras kepala dan seumpamanya biasa sekali diterima apabila kesalahan dihadapan mata tidak mampu dianggap remeh dan dibiarkan pergi dan berterusan.
5. Gabungan mencetus kebaikan dan menghalang yang buruk adalah ajaran Quran yang tidak pernah terpisah bersendirian. Kejahatan makin menguat dan berterusan bukan kerana asalnya kejahatan itu punya kekuatan tersendiri tetapi majoriti yang baik-baik memilih untuk senyap dan tidak mahu bertindak menghalangnya. Maka kekal lah yang jahat itu wujud, berkeliling dan menjadi sebahagian budaya kehidupan sehari-hari.
6. Hentikan normalisasi kesalahan dan kejahatan dalam hidup Muslim apatah lagi berorganisasi agama. Kerana ia berlanjutan ke akhirat yang tiada tempat kembali melainkan neraka yang pasti khusus untuk orang agama di jawatan yang mengurus umat.
اللهم فاشهد!
Ramadhan Mubarak!
Sumber : Abu Hafiz
Sumber : Abu Hafiz
Tazkirah ringkas Ramadhan
Reviewed by cikguzim
on
Khamis, Mei 16, 2019
Rating:
Tiada ulasan: