Pencerahan berkenaan cuti sekolah untuk Hari Raya 2019

Makluman terkini cuti hari raya untuk tahun 2019. Ini merangkumi semua perayaan di Malaysia.



Kepada yang masih keliru tentang tarikh cuti perayaan 2019. Rancang cuti anda, elakkan keputusan saat akhir. 

Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyelaraskan tarikh-tarikh cuti perayaan bagi sesi persekolahan 2019. Cuti Sempena Perayaan 2019 ini melibatkan perayaan-perayaan utama di Malaysia.

Seperti tahun-tahun lalu juga, KPM akan memberikan cuti kepada pihak sekolah dan ianya tidak perlu diganti kerana jumlah hari persekolahan telah mencukupi.



Berikut adalah senarai perayaan yang terlibat:

Tahun Baru Cina

Hari Raya Aidilfitri

Deepavali

Hari Kaamatan

Hari Gawai Dayak

Hari Krismas

Berikut adalah cuti sekolah yang diperuntukkan oleh KPM sempena perayaan:




(Klik gambar supaya lebih jelas)


Cuti yang diperuntukkan oleh KPM ini TIDAK PERLU DIGANTI.

Surat Siaran berkenaan hal ini ialah: Surat Siaran Bilangan 10 Tahun 2018, yang boleh dimuat turun di: Surat Siaran Bil 10 2018

Pembahagian Negeri Kumpulan A dan B adalah seperti berikut:
Kumpulan A: Negeri yang cuti pada Jumaat dan Sabtu iaitu Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu.

Kumpulan B: Negeri yang cuti pada hari Sabtu dan Ahad iaitu negeri SELAIN Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu.

Anda juga boleh merujuk kepada Takwim Persekolahan 2019 yang telah dikeluarkan oleh KPM.

Lihat juga : KALENDAR TAHUN 2020
Pencerahan berkenaan cuti sekolah untuk Hari Raya 2019 Pencerahan berkenaan cuti sekolah untuk Hari Raya 2019 Reviewed by cikguzim on Rabu, Mei 15, 2019 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.