Resepi oat untuk diet





Oat boleh membantu turunkan berat badankah? Jawapannya adalah ya! Tapi perlu diambil dalam kuantiti yang diperlukan. oat adalah sejenis karbo. Tapi ia amat menyihatkan.

Tiada masalah kalau diet kalori nak makan oat. Mudah sahaja nak buat overnight oatmeal ni. Hanya 5 bahan asas (untuk bekas sederhana besar).

Bahan-bahannya ialah:

1. 5-6 sudu besar rolled oats (oats ini lebih berkhasiat dan tidak terlalu lembik bila dibiarkan semalaman). Boleh juga guna Quaker oats.

2. 1 cawan susu segar (saya gunakan susu Farm Fresh kerana tiada bahan pengawet, susu segar dari ladang).

3. 1-2 sudu besar yogurt asli (jenama Farm Fresh, natural tiada bahan pengawet atau perasa tambahan. Boleh juga guna natural greek yogurt tapi oats akan jadi lebih pekat).

4. 1/2 sudu besar Chia seeds (nak kurus, ni makanan yang sangat sesuai jadi amalan. Terlalu banyak kebaikan antaranya kandungan Omega-3 8 kali lebih daripada ikan salmon, mengawal gula di dalam darah, buat kita rasa kenyang, penambah kesuburan dan bermacam-macam lagi).

5. 1-2 sudu besar madu (pemanis semulajadi. Madu bagus untuk kekalkan tenaga).


Campur semua dalam 1 bekas (saya guna bekas kaca kerana proses penyejukan akan lebih sekata). Biarkan semalaman di dalam peti sejuk. Tambahkan buah-buahan, kekacang, kismis mengikut selera masing-masing.

Sangat sesuai untuk mereka yang berdiet dan nak kurangkan tahap kolesterol dalam badan. Rasanya juga enak dan boleh mengenyangkan. Hendak seribu daya! Yang penting konsistensi dalam diet.

Nak makan waktu pagi pun boleh takde masalah, oat membekalkan tenaga harian.

Sumber : ezdiet

Resepi oat untuk diet Resepi oat untuk diet Reviewed by cikguzim on Isnin, Mei 13, 2019 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.