Cara buat rendang ayam power


Ingat hari raya ingat rendang ayam. Berikut merupakan cara untuk membuat rendang ayam. Tapi kalau nak tukar kepada daging pun boleh juga. Tak sabar nak raya, yang penting sentiasa berhati-hati di jalan raya k!:)


Cara Buat Rendang Ayam 

Bahan A ( Utama )

1 Ekor Ayam ( Potong 14 )
4 Helai Daun Limau ( Dicarik Kasar )
4 Sudu Kerisik Kelapa
2 Keping Asam Gelugor
2 Cawan Santan
1/2 Cawan Gula Melaka
Garam / Kunyit



Bahan B ( Dikisar Halus )

2 Ulas Bawang besar
2 Ulas Bawang Putih
3 Batang serai
1/2 Inch Halia
1/2 Inch Lengkuas
10 Tangkai Cili Kering
5 Tangkai Cili Padi ( Jika nak pedas )
Sedikit minyak masak

Cara Penyediaan

Sediakan kuali, satukan ayam dan bahan yang dikisar tadi, dengan api yang sederhana. Masukkan juga, garam dan kunyit bersama, gaul rata dan biarkan selama 5 minit.

Masukkan santan, kerisik, gula melaka, daun limau dan asam gelugor, kacau rata sampailah jadi pekat. Setiap 10 minit kacau agar tak melekat di kuali.

Bila dah nampak pekat, apa lagi dah boleh hidang terus, makan bersama nasi impit, lemang atau nasi minyak.
Cara buat rendang ayam power Cara buat rendang ayam power Reviewed by cikguzim on Isnin, Mei 13, 2019 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.