Dunia gajet hari ini digemparkan dengan sekatan Huawei dan Honor ke atas apa-apa akses kepada Android. Kerajaan US pimpinan Trump telah meletakkan Huawei dan Honor sebagai salah satu syarikat dalam Entity List.
Apakah itu Entity List?
Entity List adalah senarai syarikat luar US yang tidak dibenarkan untuk bekerjasama dengan syarikat dari dalam US.
Google adalah sebuah syarikat dari US. Hal ini turut menjejaskan jalinan kerjasama di antara Google sebagai pembekal perisian Android kepada Huawei. Google dilarang sama sekali untuk meneruskan sebarang jenis bisnes bersama Huawei, atau dikenakan tindakan undang-undang.
Apakah kesan terhadap peranti-peranti Huawei yang menggunakan perisian Android ini?
Sehingga kini, peranti seperti Huawei Mate 20 Pro, P30, P30 Pro yang dijanjikan akan menerima kemaskini Android Q terpaksa dibatalkan. Begitu juga dengan kemaskini tampalan sekuriti bagi peranti-peranti Huawei yang lain.
Pelancaran Honor 20 pada 21 Mei ini juga masih menjadi tanda tanya, sama ada program ini akan diteruskan atau sebaliknya.
Huawei dikatakan akan mencari jalan penyelesaian bagi isu tergempar ini, memandangkan perkara ini memberikan impak yang mendalam terhadap jutaan pengguna Huawei, 10,000 peluang pekerjaan di US, dan perjalanan bisnes Huawei sebagai pembekal perkakasan kepada syarikat-syarikat di dalam US.
Sebelum ini, kerajaan US telah menuduh Huawei sebagai pengintip melalui peranti mereka tanpa bukti. Kini, kerajaan US menjalankan buah catur mereka dengan permainan yang lebih kasar.
Inilah percaturan jahat Trump untuk mengekang kemaraan teknologi dan ekonomi kuasa besar China.
P/S : Baru je cadang nak beli p30 huhuhu
Sebagai tambahan dan pengharapan :
1. Siapa yang pakai telefon Huawei, tak payah gelabah nak jual kat Mudah.my. Semua aplikasi Google masih boleh diguna pakai untuk telefon Huawei sedia ada.
2. Lagi pun kau beli Huawei sebab kamera saja kan? Kalau tak kamera pun, sebab kau tak ada duit nak angkat Samsung atau iPhone.<8br>
3. Untuk telefon Huawei yang akan datang, itu kita belum pasti.
4. Tapi kalau ikut precedent case, sekatan akibat trade war ni semua hangat-hangat tahi ayam.
5. Sama hangat macam kerajaan PH nak batal ECRL, tapi sudahnya tak batal dan proceed juga.
6. Begitulah juga Google haramkan Huawei guna Android, hangat tahi Trump je.
7. Penyudahnya kapitalis sama kapitalis, mereka akan bekerjasama juga untuk perah duit kita yang taksub dengan telefon pintar.
8. Huawei susah nak hidup tanpa Google dan Android di luar China, tapi Google dan Android juga perlukan Huawei sebagai sebahagian dari pelan perkembangan global mereka. Tak boleh nak harap pada Samsung sahaja.
9. Maka soalnya adalah cepat atau lambat saja, kedua Huawei dan Google akan kembali berdamai dan berkongsi Android untuk keuntungan bersama.
10. Dak-dak Apple tak payah nak geletik sangat, kau punya iPhone pun Foxconn yang buat. Berdoa je Trump tak buat gila masuk Foxconn dalam penampakan entiti dia.
Update terkini : Model sedia ada huawei masih boleh guna google play.
Bersambung..........8br>

Huawei dan Honor disekat untuk akses Android oleh US
Reviewed by cikguzim
on
Isnin, Mei 20, 2019
Rating:
Tiada ulasan: