Bahaya beli ubat dan produk supplemen online


Tangisan tidak akan mengembalikan beliau...

Seorang ibu menangis; sedih kerana kehilangan anak lelaki kesayangan yang baru berusia 25 tahun. Jasad beliau terlantar kaku; seluruh badan kekuningan, menandakan kerosakan hati yang sangat teruk (jaundice). 


Beliau memang ada penyakit hati dan lemah jantung sudah 2 tahun. Alangkah terkejutnya si ibu bila terjumpa produk XXX di dalam bilik arwah. Rupanya beliau mengambil produk untuk cuba “hilangkan” penyakit tersebut. Entah jurujual mana yang jual benda ini kepada beliau. Sangat mengambil peluang menjana pendapatan ke atas kesempitan beliau. Beliau sakit, tentu beliau percaya bila dijanjikan bulan dan bintang.

Selepas itu, beliau semakin lemah, penat dan badan semakin kuning. Ini penanda fungsi hati semakin teruk. Mana taknya, produk XXX itu sendiri telah dilaporkan risiko kepada organ hati. Kalau hati dah memang masalah, ambil lagi produk ini.....faham-faham sajalah.

Terpaksa juga beliau ke Hospital bila sudah teruk. Beberapa hari sakit tenat dirawat di unit rawatan rapi. Semua organ rosak: buah pinggang (memerlukan dialisis), paru-paru (memerlukan bantuan pernafasan), badan dijangkiti kuman (septicaemia). 

Rawatan yang ada pun tidak boleh selamatkan beliau. Tak sampai beberapa hari, beliau pergi untuk selama-lamanya di bulan yang mulia ini.

Ini kisah benar.

Saya harap jurujual itu tahu kesalahan beliau; jangan berdolak dalik menggunakan pelbagai alasan. Kalau ikut hati, saya nak luku sahaja jurujual tersebut. Tapi ya lah, saya sekarang hanya mampu bersabar dan berdoa agar beliau tidak merosakkan kesihatan orang lain. 

Saya dengan rendah dirinya merayu kepada penjual produk: JANGAN GANGGU pesakit kronik. Mereka ini BERISIKO.

Nak tolong boleh: beri kata-kata semangat, nasihatkan jangan ambil produk dan teruskan mengikuti rawatan hospital sepenuhnya.

Sumber fb Rafidah Abdullah
Pakar Perunding Perubatan. 

PS: gambar carian internet.
Bahaya beli ubat dan produk supplemen online Bahaya beli ubat dan produk supplemen online Reviewed by cikguzim on Rabu, Mei 22, 2019 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.